Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.
Menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.
“Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.
“Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya.
Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.
“PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.
“Slogan 'langkah mayat saya dulu' begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.
“Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa 'melangkah mayat' Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik,” kata Zaini.
Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai “cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.
“Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,” tulisnya.
Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.
“ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.
“Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap,” katanya lagi.
Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.
“Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu,” tulisnya. -MK
adakah Nasharudin berminat nk sertai UMNO
ReplyDeleteRasanya Nashrudin tidak akan sertai UMNO walaupun tewas jawatan timbalan presiden.
ReplyDeletebiarlah Nasharudin sendiri menentukan parti mana yang beliau suka.
ReplyDeletePerjuangan harus sesuai dengan peredaran masa. Selagi perjuangan hanya memihak kepada kepentingan satu pihak saja, memang sukar dapat sokongan.
ReplyDeleteUtusan Malaysia ini sudah tidak releven.
ReplyDeleteTidak semestinya sokongan Nashrudin berubah walaupun tewas jawatan timbalan presiden.
ReplyDeletepasti tidak lama lagi akan berlaku krisis kefahaman dikalangan ahli PAS terutama yang tidak jelas dengan konsep sebenar serta hala tuju parti berkenaan.
ReplyDeleteapa ne..bila tewas saja mahu tukarkah..?tim.peng. ne agaknya maca tu..kalah terus tukkar orang cam ne hati-hati..dia ne cam pentingkan diri sendiri bukan pati...
ReplyDeleteNasharudin fikirlah sendiri. Keputusan ditangan sendiri dan bukan ditangan orang lain.
ReplyDelete