Thursday, August 11, 2011

8,000 Bakal Terima Biasiswa JPA

http://www.graduan2u.com/wp-content/uploads/2011/08/logo_jpa.pngJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal menawarkan biasiswa 'pusingan kedua' kepada 8,000 pemohon yang layak bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara bagi sesi 2011/2012.

Tawaran biasiswa 'pusingan pertama' telahpun dikeluarkan iaitu kepada pelajar-pelajar cemerlang yang dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat JPA, Suziyana Sukri, memberitahu mStar Online, jumlah peruntukan untuk membiayai biasiswa tersebut bagaimanapun tidak dapat didedahkan kerana maklumat itu dikategorikan sebagai sulit.

Ahad lalu adalah hari terakhir permohonan biasiswa JPA bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS dalam negara bagi sesi tersebut.

Menurut iklan yang disiarkan oleh JPA dalam akhbar-akhbar utama tempatan minggu lalu, permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran belajar di IPTA/IPTS.

Permohonan semua dilakukan melalui proses di dalam talian sepenuhnya.

Bagaimanapun, calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana Program Penajaan JPA ke IPTA tidak layak memohon.

Bagi IPTS pula ia hanya terhad kepada Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia.

1 comment:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.