Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas Malaysia (Mafrel) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pemilih yang didakwa turut melibatkan kehadiran “pemastautin tetap” yang diragui bagi mengelakkan implikasi besar ketika pilihan raya umum ke-13.
Mengikut perkembangan semasa pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.
Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu melihat secara serius pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat berhubung isu status kewarganegaraan yang diberikan kepada pemastautin tetap, sekali membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya.
Tegas beliau, SPR perlu menjalankan siasatan itu dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membersihkan daftar pemilih.
“Saya rasa kalau pendedahan itu benar, SPR perlu melakukan siasatan segera mengenai apa yang berlaku, apa yang boleh SPR lakukan ialah siasat latar belakang pengundi itu, adakah mereka betul-betul (warganegara), sebab kini terdapat banyak keraguan yang mana pemastautin tetap bertukar ke warganegara dalam tempoh yang singkat.
“Kini lebih banyak keraguan, kita rasa ragu-ragu (tentang daftar pemilih), untuk menghilangkan keraguan ini SPR perlu mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara ini dengan kerjasama JPN,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Syed Ibrahim percaya SPR akan memberi alasan tidak mempunyai kuasa, namun beliau menegaskan pembersihan daftar pemilih adalah di bawah bidang kuasa badan pengurusan pilihan raya itu.
“Memang daftar pemilih terletak di bawah bidang kuasa SPR, tidak boleh (kata) tiada kuasa kerana sebagai badan pengurusan pilihan raya SPR mempunyai kuasa itu.
“Sudah menjadi faktor utama yang mana daftar pemilih dan pembersihannya adalah kuasa SPR, kes ini sangat jelas... ini kes faktor yang mana ia jelas bagaimana pemilik kad pengenalan merah memperoleh kad pengenalan biru dalam tempoh singkat, untuk itu, SPR perlu siasat dengan serius,” katanya.
Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR.
Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi di kalangan warga asing yang diberikan taraf kewarganegaraan.
Tambah Syed Ibrahim, kegagalan SPR membersihkan daftar pemilih akan memberi implikasi yang besar dalam sistem pilihan raya negara.
“Implikasinya sangat besar, sekiranya warga asing dibenarkan mengundi keputusan itu boleh dicabar, kalau ada parti yang tidak berpuas hati... sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.
“Sebab itu saya minta SPR mengambil tindakan segera dengan kerjasama JPN, siasat dengan serius kerana SPR adalah badan bebas,” katanya.
Sebelum ini Pakatan Rakyat juga mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.
Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13. -TMI
Thursday, August 11, 2011
MAFREL: Bersihkan Daftar Pemilih Sebelum PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul, pendaftaran pengundi perlulah ditangani sebelum PRU-13.
ReplyDeleteSPR perlulah bekerjasama dengan JPN untuk sama-sama menangani isu ini.
ReplyDeletedaftar pemilh perlu dikemaskini dan dibersihkan bagi memstikan tiada masalah berlaku semasa PRU.
ReplyDeleteharap setiap isu yang timbul akan ditangani dengan sebaiknya.
ReplyDeletebagaimana sudah dengan cadangan untuk mengambil pemantau dari luar negara? cadangan tersebut mungkin boleh digunakan sama seperti misi pemantau komanwel yang datang ketika PRU 1990.
ReplyDeleteRasanya perkara ini sudah diambil perhatian. Maka pihak tertentu akan menangani isu ini sebaiknya.
ReplyDeleteSiapa siasat siapa dua-dua 2 X 5 selalu beralasan tak munasabah apa diorang fikir kita tak sekolah kah.
ReplyDeleteDiharap SPR bertindak dengan segera dan tidak melengah-lengahkan hal ini.
ReplyDeleteRakyat sudah bosanlah dengan alasan2 cliche. Rakyat mahukan p/raya yang adil dan bersih.
ReplyDeletesya pun sudah rasa bosan juga ni. 1 pihak cakap lain, 1 pihak lagi cerita lain. Entah la. cepat sikit PRU cepat abis suma ni.
ReplyDeleteSampai bila pun tidak settle2 ni isu, sebab tindakan diambil sambil lewa.
ReplyDeletewalau berkali2 diberikan penjelasan pun mereka tetap timbulkan isu yang sama.. malah tuduhan itu ditambah lagi berlipat kali ganda sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai bukti selain sekadar meletakkan angka.. dalam Pakatan juga ramai pemimpin2nya yang berstatus PR, kenapa tidak dedahkan?
ReplyDeleteBantu negaramu itulah yang baik untuk menyelesaikan masalah ini tanpa kira politik sebab MAEFEL tujuan yang baik lainlah kalau pati dah dapat mayhad biru pasti akan membantah usaha murni ini .
ReplyDelete"..banyak keraguan yang mana pemastautin tetap bertukar ke warganegara dalam tempoh yang singkat. "
ReplyDeleteterdapat juga banyak keraguan dalam setiap tuduhan pemimpin2 pembangkang berkenaan dengan SPR..