Malaysia buat kali pertamanya tersenarai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang menyekat kebebasan agama yang berbeza.
Satu kajian yang dibuat oleh Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada dalam kumpulan yang sama dengan Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.
Malah hasil kajian itu menunjukkan Malaysia antara negara kelima yang mempamerkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2006.
Kajian yang dilakukan ke atas 198 negara itu mendapati, sekatan terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 hingga 2009 di 23 negara, termasuk Malaysia dan Mesir.
Kaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi.
Tujuan mereka adalah untuk melihat sejauh mana tolak ansur setiap negara berhubung agama yang berlainan.
Di Malaysia, beberapa kejadian, dikatakan faktor penyumbang kepada kedudukan yang tidak diingini itu.
Ini termasuk rampasan buku dan CD berkaitan agama Kristian seperti kes Jill Ireland di mahkamah dan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk akhbar Herald.
Tindakan pihak berkuasa ke atas pengikut mazhab Wahabi dan Syiah serta penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga dipercayai mempengaruhi kajian itu.
Begitu juga dengan laporan dan aduan mengenai perobohan kuil-kuil Hindu, sehingga menyaksikan pembentukan Hindraf dan demonstrasi besar-besaran pada 2007 yang sebelum ini belum pernah terjadi di Malaysia. -tvsnews
Thursday, August 11, 2011
Malaysia Antara 10 Negara Sekat Kebebasan Beragama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Malaysia memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. tidak ada halangan beragama di Malaysia.
ReplyDeleteyang penting setiap orang bebas mengamalkan amalan agama masing-masing dan kita hidup saling menghormati.
ReplyDeleteapa puncanya peningkatan sekatan terhadap kepercayaan dan kebebasan beragama ni? tapi hairanlah pula walaupun isu ini berhubung penekanan terhadap agama tapi keadaan moral dan akhlak masyarakat sekarang bukan pula bertambah baik.
ReplyDeletebagi saya agama ni hak individu. kalau benar2 sudah kuatnya pegangan seseorang itu dalam agamanya sudah pasti individu tersebut tidak akan murtad dari agama yang sudah dianutinya.
ReplyDeleteTak hairan dengan laporan ini. Yang tinggal di M'sia, tahulah bagaimana keadaan sebenar. Mentaliti sesetengah golongan harus diubah jika hendak bergerak meju ke depan.
ReplyDeleteSetiap agama mengajar umatnya untuk berbuat baik antara satu sama yang lain dan membimbing ke jalan yang benar. Tetapi sikap mereka yang fanatik dan ekstrim inilah yang mencanangkan kesucian agama tersebut.
ReplyDeletesetiap individu perlulah sentiasa saling menghormati dan mengamalkan toleransi.
ReplyDeleteSaya lagi la tidak heran kalau M'sia top 5 dalam kajian tu. Kita di M'sia boleh rasa ba tu.
ReplyDeleteMungkin cuma mereka yang menyalah gunakan agama atau ajaran songsang saja yang dikawal. Tapi yang lain tetap bebas beragama.
ReplyDeletenanti bila kerajaan bagi 200% kebebasan, ada pula yang cakap kerajaan menggalakkan murtad.. apa2pun yang penting saya masih boleh menganut agama saya tanpa ada halangan..
ReplyDeleteSudah sama tahap dengan Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.
ReplyDelete