Thursday, August 11, 2011

Pengerusi, Setiausaha SPR Perlu Letak Jawatan

Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletakkan jawatan sekiranya masih tidak dapat menyelesaikan isu daftar pemilih yang tercemar.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas isu pengundi hantu samada yang melebihi umur 100 tahun, penduduk tetap yang mendapat status warganegara dan kewujudan pengundi klon yang mempunyai dua hak mengundi.

Menurutnya, kenyataan SPR bahawa isu-isu tersebut merupakan kesilapan teknikal dan menyalahkan agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), merupakan jawapan dangkal.

“Jawapan yang diberikan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof adalah jawapan dangkal, sepatutnya beliau mesti bertanggungjawab bagaimana boleh adanya pengundi yang tidak sah.

“Selagi pengerusi SPR tidak boleh jawab isu pengundi berumur 100 tahun, isu Mismah, pengundi bernama Kg Baru dan pengundi klon ini, Pengerusi, timbalan dan setiausaha SPR digesa berundur,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilan Daily.com.

Beliau mengambil contoh isu Kg Baru baru-baru ini yang didaftarkan sebagai pengundi, sekaligus menunjukkan kelemahan yang dilakukan petugas SPR.

“Bagaimana nama kampung boleh didaftar sebagai pengundi, di sini saya lihat pihak SPR tergesa-gesa mendaftar pengundi.

“Proses untuk jadi pengundi perlu melalui proses yang dikhaskan, jika dibuat dengan betul dan teliti tidak munasabah boleh berlaku perkara itu. Takkan pekerja dan petugas SPR tiada pendidikan, boleh jadi nama kampung sebagai pengundi,” katanya.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan terdapatnya 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di Perak dengan pengundi paling tua di negeri itu berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.

Baru-baru ini, media alternatif mendedahkan penduduk tetap (PR) yang didaftarkan dalam daftar pemilih SPR, bernama Mismah yang memegang kad MyPR bernombor 640704715238. Bagaimanapun, SPR menukar status tersebut kepada warganegara kira-kira empat jam selepas isu itu dihebohkan.

Selain itu, SPR turut mencipta sejarah apabila mendaftar sebuah ‘kampung’ bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Manakala terbaru, beberapa nama pengundi yang diklonkan dikesan berada dalam daftar pemilih SPR dan memiliki dua hak untuk mengundi di dua kawasan parlimen berbeza.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 7 nama tersebut dikesan didaftar di Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa, Taiping dan Bukit Gantang, Perak dan Hulu Terengganu, Terengganu.

Namun carian terbaru mendapati enam nama yang bertindih tersebut dibuang, manakala satu lagi masih kekal dalam daftar SPR. -KD

14 comments:
Write comments
  1. harp masalah daftar pemilih ini dpt diselesaikan. SPR dan JPN perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete
  2. sebaiknya jika pihak-pihak yang berkaitan bekerjasama untuk menyelesaikan sebarang isu yang berlaku.

    ReplyDelete
  3. harap isu-isu yang timbul akan diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. '..digesa meletakkan jawatan sekiranya masih tidak dapat menyelesaikan isu..'

    kenyataan ini sering sangat keluar bila ada pemimpin yang tidak dapat selesaikan sesuatu masalah. sama seperti yang dilontarkan kepada Pak Lah dan Najib. inikah satu2nya jalan penyelesaian?

    ReplyDelete
  5. 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di Perak? benar ke ni? baik kita minta petua mereka untuk umur lebih panjang:-)

    ReplyDelete
  6. Lebih baik SPR mengaku kelemahan yang ada dan perbaikinya.

    ReplyDelete
  7. Alasan demi alasan membuatkan rakyat muak dengan SPR. Majoriti pengundi pergi ke sekolah. Rakyat bukannya bodoh untuk telan semua alasan2 yang diberikan.

    ReplyDelete
  8. Apa macam ni. Hampeh.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya SPR tengah sibuk sekarang ini dengan pelbagai dakwaan dari pelbagai pihak. Buktikan SPR mampu memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. SPR hamya membuat ulasan dangkal bukan mau cari penyelasaian tetapi ulasan berbelit nampak sangat buduuuuus macam tak ada sekolah,memang patut letak jawatan banyak lagi remaja berkelayakan dari orang tua nyayuk ini.Kita mau dengar jawapan munasabah dan tindakan sewajarnya bukan ulasan nyayuk cuba membuduskan kita sakit hati bila rupanya keluar kat TV buat ulasan menampakan kebuduuusnya tahap caban.

    ReplyDelete
  11. semua itu sudah dijelaskan tetapi sengaja dibelakangkan oleh pihak pembangkang, malah masih berminat memainkan isu yang sama walaupun pembohongan mereka sudah terbongkar.. isu Kg baru tidak wujud setelah saya sendiri menyemak no MyKad pemilik di laman web SPR.. berkenaan dengan Mismah, beliau berasa kesal kerana pihak pembangkang tidak berusaha mencari kebenaran sebelum membuat tuduhan...

    ReplyDelete
  12. Isu Neji utarakan sebenarnya telah diakui SPR dan telah diubah mungkin Neji ketinggalan Bas media semasa.Sebagai wargenagara kita kena peka benda ini sebab ia melibatkan Negara kita so politik ketepikan yang penting SPR,JPN,NGO dan orang awam membantu agar kepentingan negara terjamin dan jangan benar PATI dapat mengundi.

    ReplyDelete
  13. SPR patut menjalankan pendaftaran pengundi dengan adil.

    ReplyDelete
  14. Macam mana kita boleh mengadakan pilihan raya yang adil jika pendaftaran pengundi tidak adil?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.