Wednesday, August 10, 2011

Bekas tunang saman RM1.1 juta

KOTA BHARU - Seorang penjawat awam memfailkan saman sebanyak RM1.1 juta ke atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi di sini semalam kerana membatalkan perkahwinan kira-kira enam jam sebelum mereka sepatutnya diijabkabulkan pada 3 Jun lalu.



Plaintif, Mohd. Masran Ab. Rahman, 32, dari Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah memfailkan writ saman tersebut menerusi dua peguam, Latifah Ariffin dan Mohd. Murtadza Mohd. Mokhtar, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif tidak hadir di mahkamah kerana bekerja di Kuala Lumpur.

Selain bekas tunangnya, Norzulyana Mat Hasan @ Mat Hussin, 28, yang dinamakan sebagai defendan pertama, Mohd. Masran turut menamakan bapa wanita itu, Mat Hasan @ Mat Hussin Ibrahim, 60, dari Taman Maka, Tanah Merah di sini sebagai defendan kedua.

Lelaki itu menuntut daripada defendan-defendan ganti rugi am sebanyak RM100,000, ganti rugi teruk sebanyak RM500,000, ganti rugi malu sebanyak RM500,000 dan ganti rugi khas yang akan ditentukan kemudian.

Mohd. Masran yang bekerja di Kuala Lumpur kecewa dengan tindakan bekas tunangnya yang membatalkan perkahwinan pada hari mereka sepatutnya bernikah iaitu pada 3 Jun lalu setelah mengikat tali pertunangan sejak tahun lalu.

Norzulyana yang merupakan seorang juruteknik makmal di sebuah hospital di Kuala Lumpur didakwa membatalkan perkahwinan mereka pada pukul 11 pagi, kira-kira enam jam sebelum majlis akad nikah yang dijadualkan selepas Asar tanpa memberitahu apa puncanya. -Kosmo

9 comments:
Write comments
  1. membatalkan perkahwinan 6 jam sebelum diijabkabulkan tanpa alasan sebarang alasan. mmg mengecewakan. jmlah saman ini bukannya sedikit.

    ReplyDelete
  2. pandai2lah hadapi akibat dari keputusan yang dibuat.

    ReplyDelete
  3. siapa-siapa pun akan kecewa jika pasangan membatalkan perkahwinan mereka enam jam sebelum majlis akad nikah.

    ReplyDelete
  4. Membatalkan perkhawinan pun boleh disaman. Baik jangan suka hati meminang orang kalau tidak berniat berkhawin dengannya. Nanti kena saman baru tahu.

    ReplyDelete
  5. Wah, sekarang nak saman terus juta2...kaya raya terus ni.

    ReplyDelete
  6. Punca itu yang kita mahukan sebenarnya. Harap bekas tunangnya itu dapat memberikan punca kenapa perkahwinan itu terpaksa dibatalkan.

    ReplyDelete
  7. bekas tunang dengan bapanya sekali kena saman. 1 keluarga dapat ganti rugi dan 1 keluarga lagi pokai abis duit.

    ReplyDelete
  8. Manyak wang sudah pakai ohhh, manyak malu ohhh, jemputan manyak ohhh, ini perempuan manyak gila, kalau lia titak mau kawin sama tu yantan, kasi tau awal-awal lagi, jangan bikin susuah olang tidak bagut punya kirja. luu olang yangan suka-suka, tengok siapa lugi manyak, balu tau ni orang gila.

    ReplyDelete
  9. hanya disebabkan buat keputusan terburu2 tanpa memikirkan perasaan dan beban pihak lain, nah rasa la bayar saman 1 juta..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.