Thursday, August 11, 2011

Pegawai Penyamun vs Menteri Lanun?

PENAFIAN demi penafian dan ugutan demi ugutan yang saya terima daripada pelbagai pihak menarik minat saya untuk mengkaji Sistem Tender Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang begitu rapuh, berdaya rasuah dan membelakangkan akauntabiliti kerajaan.

Kehebatan dua Timbalan Setiausaha Bahagian (Teknikal) Bahagian Infrastruktur KKLW iaitu Mohd Fauzi bin Mat Zin dan Ahmad Tajuddin bin Mohd Yusof yang dinamakan sebagai Pengarah Projek dalam setiap projek KKLW dan Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-Ekonomi) KKLW Dato' Haji Yussoff bin Dohab dan Juruperunding Swasta Azmi, telah berjaya memperdaya Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mungkin tidak keterlaluan jika saya menggelarkan pegawai kanan di KKLW ini sebagai ‘Pegawai Penyamun’ dan Shafie Apdal sebagai ‘Menteri Lanun’ kerana menghalalkan penipuan dan penyelewengan berlaku di KKLW, terutama membenarkan syarikat Sama-Sama Maju Sdn.Bhd yang dimiliki saudara terdekatnya menyertai tender berkenaan sekalipun menggunakan dokumen palsu dan memalsukan data dalam borang tender.

Laporan awal telah dibuat di Pejabat SPRM Sabah dan saya turut membuat laporan polis baru-baru ini berhubung penyelewengan dan Skandal Tender di KKLW.

Dalam tender terbaru, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau, Lembaga Tender telah memberikan tender berkenaan kepada sebuah syarikat ‘Maggi Mi’ dan tidak sumber kewangan serta tidak mempunyai pengalaman langsung; iaitu Menara Gading Development Sdn.Bhd bagi menjalankan projek yang bernilai RM89.892 juta; seperti memberi Laptop 1Malaysia kepada orang buta.

Akibatnya, kontraktor tersebut membawa Surat Tawaran Projek tersebut menemui beberapa kontraktor bagi mendapatkan harga yang tertinggi untuk membayar hutang mereka kepada Pegawai KKLW yang telah meluluskan projek berkenaan kepada mereka dengan memalsukan semua dokumen tender dan maklumat syarikat.

Jika kontraktor berkenaan mengambil keuntungan atas angin 20 % dan Pegawai KKLW mendapat 10 % serta Menteri atau Orang Kepercayaan Menteri KKLW memperoleh 10 % daripada nilai projek, maka projek tersebut sebenarnya hanya bernilai RM53.935 juta sahaja setelah ditolak komisyen 40 % kepada semua pihak terbabit.

Lalu mampukah Sub-Kontraktor menyiapkan projek penting berkenaan untuk rakyat jika KKLW tidak telus dalam pemberian kontrak; menafikan hak kontraktor berdaya maju untuk diberikan kepada kontraktor berdaya penipu?

Kedengaran suara garau yang marah kepada Shafie kerana kontrak mega berkenaan diberikan kepada bukan kroni dan mungkin tanpa pengetahuan Shafie setelah diperdaya bahawa kontraktor tersebut hanya nominee; sedangkan tidak ada siapapun yang mengenali syarikat berkenaan.

Semakan saya dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) mendapati syarikat tersebut tidak berdaftar dengan PKK, tetapi saya gagal mendapatkan maklumat daripada Pukonsa; tetapi jelas, melalui rekod CIDB, syarikat ini tidak pernah mendapat projek kerajaan dan hanya menggunakan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Lahad Datu ketika mendaftar dengan CIDB pada 2010.

Mengikut semakan saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat yang didaftarkan pada 8 Oktober 2007 ini hanya mempunyai modal berbayar RM50,002 dan tidak mempunyai sebarang rekod kewangan atau langsung tidak mempunyai akaun bank.

Menara Gading Development Sdn.Bhd ini dimiliki oleh Simon Pius Ariffin (740328-12-5223) dan Florence Chin Kim Chu (711020-12-5320) yang keduanya beralamat MDLD 6903, Happy Garden, Jalan Bakawali 1, 91100 Lahad Datu, Sabah dengan memegang jumlah saham yang sama iaitu RM25,001 setiap seorang.

Berikut Harga Tender yang dikemukakan oleh 10 Kontraktor yang menyertai ‘Tender Olok-Olok’ berkenaan, tetapi tidak tahu kenapa Lembaga Tender KKLW memilih Menara Gading Development Sdn.Bhd yang menawarkan harga kelima terendah;

01.Syarikat Sawtech Sdn.Bhd RM84,620,363.50

02.Uni-way Sdn.Bhd RM84,603,725.00

03.Aml Jutamas Sdn.Bhd RM85,573,524.00

04.Sama-Sama Maju Sdn.Bhd RM87,400,000.00

05.Menara Gading Development Sdn.Bhd RM89,892,000.00

06.WBS Construction Sdn.Bhd RM90,888,885.00

07.Bisajuta Sdn.Bhd RM91,102,904.00

08.Sasaran Naluri Sdn.Bhd RM91,117,904.00

09.Jayaexi Sdn.Bhd RM91,129,204.00

10. Saja Cahaya Sdn.Bhd RM91,149,354.00

Sehubungan itu, saya menggesa agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad agar mengarahkan Pengarah SPRM Sabah, Jalil Jaafar agar menyegerakan siasatan berhubung Konspirasi dan Skandal Rasuah di dalam KKLW; terutama projek NKRA di Sabah.

Saya juga turut mencabar agar Menteri KKLW, Datuk Seri MOhd Shafie Apdal menyatakan kepentingan dan pendiriannya dalam Menara Gading Development Sdn.Bhd dan membatalkan segera projek ini kerana diperolehi melalui cara yang salah dan melanggar Akta Kontrak kerajaan dan Arahan Perbendaharaan.

Oleh : CITRA MASADI (sabahkini)
Maklumat Bergambar Di Sabahkini

42 comments:
Write comments
  1. Lucu betul ada Captain Sparrow punya gambar diphotoshopkan dengan muka si Shafie Apdal.

    ReplyDelete
  2. Mungkin Shafie Apdal perlu tampil memberi penjelasan beliau mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  3. Lakukan segera siasatan terhadap nama2 yang telah disebut diatas. Pastikan tidak ada yang terlepas.

    ReplyDelete
  4. Sertakan bukti jika ada bukti yang mengatakan bahawa mereka menjalankan tanggungjawab songsang. Jika bukti ada semua kesalahan tidak akan dapat disangkal lagi.

    ReplyDelete
  5. Adakah amounts tu benar2 tepat

    ReplyDelete
  6. Kalau dia begitu yakin, rasanya dia harus buat report polis. Agar siasatan boleh dibuat.

    ReplyDelete
  7. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Siasatan harus dibuat dengan teliti.

    ReplyDelete
  8. harap kementerian Musa lakukan siasatan terperinci mengenai hal ini, jika tidak maruah kerajaan negeri akan tercemar.

    ReplyDelete
  9. Shafie Apdal perlu tampil ke depan dan menjelaskan perkara sebenar jika tidak mahu dicapkan sebagai ‘Menteri Lanun’.

    ReplyDelete
  10. nescaya, keupayaan Shafie Apdal untuk menarik undi yang ramai di PRU-13 tentu tidak akan tercapai jika perkara seperti di atas berterusan.

    ReplyDelete
  11. "Saya juga turut mencabar agar Menteri KKLW, Datuk Seri MOhd Shafie Apdal menyatakan kepentingan dan pendiriannya dalam Menara Gading Development Sdn.Bhd dan membatalkan segera projek ini kerana diperolehi melalui cara yang salah dan melanggar Akta Kontrak kerajaan dan Arahan Perbendaharaan."

    harap Shafie Apdal menerima cabaran ini dan dapat 'menjernihkan' keadaan yang telah keruh.

    ReplyDelete
  12. jangan dibiarkan masalah ini berterusan dan menjadi 'suapan' pihak pembangkang untuk menjatuhkan imej kerajaan komponen BN.

    ReplyDelete
  13. entah benar ke tidak hal ini, sebaiknya ia disiasat dan diberi penjelasan.

    ReplyDelete
  14. jangan dengar dari sebelah pihak saja..dengarlah dari kedu-dua pihak..

    ReplyDelete
  15. apa pun, sebaiknya penjelasan diberikan berhubung dengan isu ini.

    ReplyDelete
  16. pemberian tender sepatutnya kepada syarikat2 yang layak. wujudnya unsur2 kronisme seharusnya patut dielakkan.

    ReplyDelete
  17. banyak sangat isu mengenai Shafie ni. adalah lebih baik jika siasatan dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan ia benar ataupun tidak. media juga sering memutar belitkan sesuatu cerita.

    ReplyDelete
  18. cabar-mencabar apa pula ni? kalau ada bukti, buat saja laporan..tidak payah cari publisiti..

    ReplyDelete
  19. kalau ada penjelasan, sila berikan...

    ReplyDelete
  20. perlu siasatan yang sewajarnya

    ReplyDelete
  21. Ramai yang nak tahu apa penjelasan si Shafie ni, tapi kalaupun hal ni diperjelaskan adakah penjelasan itu akan diterima dengan hati terbuka???

    ReplyDelete
  22. Siasata hanrus dibuat untuk dapatkan bukti. Kalau ternyata benar buatlah apa yang patut.

    ReplyDelete
  23. Dalam hal sebegini agak kalau ada kaitan, walaupun tak buat salah tetap juga dipandang serong. huhu

    ReplyDelete
  24. Justeru sebolehnya elakkan pemberian tender kepada pihak yang ada kaitan keluaarga bagi mengelakkan salah faham timbul. Memanglah tak baik buruk sangka tapi setakat ni, rasanya itu saja cara yang terbaik.

    ReplyDelete
  25. Semoga rakyat menilai hal ini secara matang dan rasional.

    ReplyDelete
  26. Jangan biarkan perkara ini menjadi persoalan sepanjang masa. Pihak tertentu perlulah memberikan penjelasan tetang masalah ini.

    ReplyDelete
  27. Mungkin pemilihan tender ini disebabkan oleh pengaruh keluarga dalam jabatan itu juga. Janganlah berbuat demikian. Biar mereka yang benar-benar layak saja menerima tender tersebut.

    ReplyDelete
  28. saya tidak kisah tentang siapa yang dapat projek itu jika semua projek itu sampai kepada rakyat tepat pada masanya dan sedia dinikmati oleh rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete
  29. Is this true??? I find it difficult to believe.

    ReplyDelete
  30. Shafie needs to step up to prove he is innocent (if he is la). Explanation must be given.

    ReplyDelete
  31. With the GE rumors to be held soon, this problem will cause shafie to loss vote.

    ReplyDelete
  32. Demi keadilan untuk semua pihak, sisiatan perlu dijalankan terhadap mereka yang berkenaan.

    ReplyDelete
  33. Bagaimana pun penjelasan diberi, beberapa antaranya yang boleh terima penjelasan tersebut. kalau ada bukti yagn kukuh, tindakan boleh diambil segera, jika tidak, ia cuma khabar angin dan topik kedai kopi je.

    ReplyDelete
  34. Mungkin tidak keterlaluan jika saya menggelarkan pegawai kanan di KKLW ini sebagai ‘Pegawai Penyamun’ dan Shafie Apdal sebagai ‘Menteri Lanun’ kerana menghalalkan penipuan dan penyelewengan berlaku di KKLW, terutama membenarkan syarikat Sama-Sama Maju Sdn.Bhd yang dimiliki saudara terdekatnya menyertai tender berkenaan sekalipun menggunakan dokumen palsu dan memalsukan data dalam borang tender.

    Betul ke statement yang dibuat ni? Harap kerajaan negeri boleh buat siasatan terhadap isu sebegini.

    ReplyDelete
  35. Adakaha semua tender projek negeri dibuka untuk semua syarikat untuk buat tender? keputusan berdasarkan tender yang paling baik i.e. latar belakang developer, kestabilan status kewangan syarikat, pengalaman dll.

    ReplyDelete
  36. "Berikut Harga Tender yang dikemukakan oleh 10 Kontraktor yang menyertai ‘Tender Olok-Olok’ berkenaan, tetapi tidak tahu kenapa Lembaga Tender KKLW memilih Menara Gading Development Sdn.Bhd yang menawarkan harga kelima terendah; "

    Perlu juga memberi penjelasan terhadap tuduhan tersebut sebab memang berdasarkan angka tender, berkemungkian syarikat lain lebih berkelayakan, adakah usur lain diambil kira juga untuk mendapat tender tersebut?

    ReplyDelete
  37. Kalau ada bukti, baik juga dikemukakan, kami ingin tahu kebenaran atau hal yang sebenar juga.

    ReplyDelete
  38. Apakah ciri-ciri yang dipertimbangkan untuk setiap tender?

    ReplyDelete
  39. Kami sedia menantikan penjelasan dari anda! Seharusnya diberi penjelasan keatas tuduhan tersebut jika beliau tidak berlaku sindiket demikian.

    ReplyDelete
  40. Pasal tender projek pasti ada masalah sebegini. Harap kerajaan menilai betul-betul setiap tender yang dikeluarkan supaya syarikat yang layak yang dapat tender tersebut.

    ReplyDelete
  41. Rasa-rasa dah ada bukti atas tuduhan tersebut. Seharusnya diberi jawapan kepada kami semua.

    ReplyDelete
  42. Kontraktor yang hendak menjalankan projek kerajaan perlulah mempunyai lesen PKK. Jika tiada, awal-awal lagi mereka sudah dikeluarkan dari senarai tender. Kenapa mereka dilantik jika tiada lesen PKK. Ini tidak adil kepada kontraktor yang lain kerana untuk memohon lesen A PKK adalah amat ketat dan perlu modal berbayar RM700,000. Sedangkan syarikat ini cuma ada modal berbayar RM50,000 dan memdapat kontrak lebih RM80 juta. Ini adalah sesuatu yang pincang dan harus diberi perhatian yang sewajar-wajarnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.