Tak sangka… rupa-rupanya RTM masih lagi mengulangi kesilapan yang serupa dari tahun 80-an. Suatu ketika Rangkaian Nasional mendapat sambutan ramai terutama ketika tengah malam… kalau nak diturut-turutkan, tak ramai pendengar dari generasi muda yang teringin nak mendengar saluran radio yang dipenuhi kempen dan propaganda tahap SUPER GABAN… tapi juruhebah-juruhebah yang ditugaskan, meskipun dengan tangan yang terikat, masih mampu memikat pendengar…
Anehnya, apabila rating semakin tinggi, pendengar semakin ramai dan saluran semakin mendapat perhatian, THINK-TANK yang sentiasa berasa mereka lebih pandai daripada orang lain, yang berasakan mereka lebih hebat dan tersangat faham dengan pasaran, membuat keputusan yang sangat merugikan!
Perpindahan besar-besaran juruhebah yang berjaya menaikkan rating saluran utama ini, akhirnya menjadikan Rangkaian Nasional umpama dinosaur zaman Jurassic. Sedangkan sepatutnya KAUM PEMIKIR yang kononnya hebat sangat, mengekalkan reputasi serta rating yang diperolehi selain pada masa yang sama meningkatkannya.
Inilah masalahnya apabila terdapat banyak ORANG POLITIK dalam sesebuah organisasi kerajaan. Masing-masing melihat peluang untuk menonjolkan diri dan nak tunjuk pandai…. dan masing-masing cuba nak jaga punggung mereka agar tidak kepanasan!
Ia seperti juga pembekalan drama-drama tv untuk RTM.
Kalau ikut prosedur, drama-drama yang bakal ditayangkan oleh RTM, sepatutnya bermutu tinggi… tapi malangnya, selepas melalui pelbagai tapisan, yang disiarkan di saluran-saluran RTM, berstatus, ‘Asal Ada’… atau lebih tepat lagi, bayar tinggi tapi hasil yang disiarkan, berstatus HAMPEHHHHH!!!
Mungkin apa yang dicoretkan ini, AMAT TIDAK MENYENANGKAN kaum pembodek, pengampu dan YES DATUK SERI… tapi inilah hakikatnya yang membuatkan segala macam propaganda dan kempen yang digalas oleh RTM, tidak ubah seperti nasi basi yang dihidangkan di hadapan orang kenyang…
Barangkali para pegawai atasan yang membuat keputusan itu, kebanyakannya mempunyai perangai SI KUDUNG MENDAPAT CINCIN!!!
Dan perlu juga diingat, ini adalah zaman di mana, segala-galanya boleh bercakap dan berfikir… perangai nak sorok bawah karpet segala masalah, sudah lama berlalu. Ini adalah zaman pengundi tahu hak mereka, bukan zaman pemimpin dan segala macam manusia hipokrit YES DATUK SERI rasa mereka boleh ubah pemikiran golongan pengundi!
Aneh tetapi benar, ini merupakan salah satu daripada kaedah yang digunakan oleh kakitangan kerajaan sendiri untuk menikam kerajaan!
-http://www.rontogdaily.com
Friday, August 12, 2011
RTM Di Huni Golongan Syok Sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RTM kena tingkatkan mutu penyiaran mereka.
ReplyDeleteapa pun, yang penting RTM perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka..
ReplyDeletepolitik ada di mana2. tidak hairan juga adanya pengaruh politik di RTM.
ReplyDeleteorang politik ni kenalah juga bataskan politik mereka. berpolitik biarlah bertempat.
ReplyDeleteDulu tengok RTM tapi sekarang tak. Program2nya tak bestlah. Huhu.
ReplyDeleteSiapa2 yang berkuasa memanglah ada kelebihan dalam media penyiaran negara.
ReplyDeleteSetiap mereka ada perancangan mereka sendiri untuk menarik pendengar dan penonton.
ReplyDeleteRTM sungguh memboringkan dah lama aku tak nak lihat kalau pun mau lihat cuma berita dunia sehaja kalau berita perdana boring terlalu banyak propaganda umno tampa ada komen side pihak lain begitu juga forum hanya pembodek sehaja tak ada belah lawan so boringlah semua yes BOS dan ampu dan mengampu.harini ramai remaja tak berminat menjadikan RTM sebagai bahan rujukan pasal tak tepat ulasan nya.
ReplyDeletebooooooooooooo...
ReplyDeleteguna isu RTM untuk tarik pengundi la ni? takpa teruskan usaha mana tau berjaya.. kalau boleh kasi politik semua yang ada di Malaysia..
ReplyDeleteBiarkanlah mereka sahaja. Jika rakyat tidak mahu menonton, janganlah peduli dengan apa yang RTM buat. Tengoklah salaruan lain.
ReplyDeleteSudahlah, biarkan mereka saja. Lagipun, RTM sudah kurang popular sekarang.
ReplyDeleteRTM untuk orang kampung ,kami orang bandar tak mau tengok RTM sebab kami ada ASTRO lagi banyak chanel dan memuaskan.
ReplyDeleteRTM tak nak tengok asto ok gak
ReplyDelete