Thursday, August 11, 2011

PAS jangka pilihan raya tahun depan

PAS akan terus mempersiapkan semua jenteranya untuk menghadapi pilihan raya ke-13 walaupun percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan membubarkan Parlimen pada tahun ini.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmadMenurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, BN dijangka terpaksa menangguhkan pilihan raya umum daripada diadakan tahun ini kerana kemelut ekonomi yang sedang meruncing di seluruh dunia.

"Cakap-cakap yang PM akan adakan pilihan raya mengejut tahun ini saya rasa tidak munasabah lagi kerana para penganalisis politik dan ekonomi hanya menjangkakan krisis ini akan pulih tahun depan.

"Seperti telahan ramai pihak penganalisis dan pundit politik, saya sukar meramalkan Najib akan berani membuat pilihan raya mengejut dalam bulan September.

"Permintaan global akan menguncup dan pertumbuhan ekonomi negara juga terjejas kerana penguncupan permintaan global. Saya yakin PM tak akan buat pilihan raya umum," kata Dr Dzulkefly yang dipetik Harakahdaily.

NONEOrgan rasmi PAS itu juga memetik beliau berkata Bursa Malaysia sedang mengalami kemersotan RM91 bilion dalam tempoh lapan hari lalu berdasarkan rekod yang diperolehi pada jam 10 pagi ini.

Kedudukan panik kini melanda seluruh dunia khususnya di Eropah dan Amerika berikutan penerapan hutang negara itu yang memberikan kesan kepada bursa saham seluruh dunia.

Keruntuhan ekonomi global

Sejak beberapa hari lalu pasaran saham utama Asia di Tokyo, Taipei, Shanghai dan juga Sydney juga terus merudum. Bursa Malaysia juga mengalami pengucupan sejak Jumaat lalu.

malaysia stock exchange market klse 141008 09Indeks Dow Jones Amerika Syarikat dilaporkan jatuh 4.1 peratus dalam masa 10 hari - kejatuhan terbesar sejak tahun 2008 manakala indeks FTSE London pula susut RM245 bilion sejak seminggu lalu.

Berikutan itu juga, mata wang Euro merosot dengan mendadak dan dilaporkan hampir lumpuh.

Perkara itu diburukkan lagi dengan rusuhan di kota London yang bermula dengan protes kecil Sabtu lalu apabila seorang remaja kulit hitam ditembak mati tetapi kini merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.

Justeru, kata Dr Dzulkefly yang juga adalah ahli parlimen Kuala Selangor, keruntuhan ekonomi global itu juga akan menyebabkan eksport Malaysia, khususnya petrol terjejas dan pendapatan negara berkurangan.

NONEKesannya bakal ditambah-buruk lagi apabila harga komoditi makanan beras, gandum, gula terus meningkat akibat permintaan yang tinggi.

Suasana ini dikatakan akan menghimpit perdana menteri dengan suasana serba salah untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

“Tetapi kini dengan krisis ini ia (cadangan membubarkan parlimen) akan tergendala..., ia bakal menjadi mimpi ngeri untuk Najib (jika pilihan raya umum diadakan tahun ini)," katanya. -MK

10 comments:
Write comments
  1. Setiap rakyat haruslah bersiap sedai menghadapi pilihan raya tidak kira bila ia diadakan.

    ReplyDelete
  2. Bagi mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, daftar jangan kamu tidak daftar.

    ReplyDelete
  3. apapun, PRU13 mmg makin dekat dan persedian perlu ada.

    ReplyDelete
  4. tidak tahu bila pilihanraya akan diadakan..yang penting sentiasalah bersedia.

    ReplyDelete
  5. Tunggu saja Najib umumkan. Jadi bersiap sedia dengan jentera masing2.

    ReplyDelete
  6. Mungkinkah apa yang telah terjadi kepada Pak Lah akan berlaku sekali lagi ke atas Najib?

    ReplyDelete
  7. banyak alasan yang memperlihatkan PRU tidak diadakan tahun ini. isu2 yang melibatkan rakyat harus diselesaikan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  8. Sebelum ini PAS kata tahun ini, lepas itu tahun depan pula sudah.. PAS tidak perlu risau pasti ada juga PRU13 itu. Tunggu saja.

    ReplyDelete
  9. Bukan PAS sahaja yang jangka, ramai lagi yang jangka malah rakyat pun jangka tahun depan PRU.

    ReplyDelete
  10. tidak payah bersusah payah meramal bila pilihanraya akan diadakan. kalau mahu buat persediaan tu, buat la dengan bersungguh2.. pihak itu yang sibuk buat ramalan, kemudian pihak itu juga yang sangkal balik..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.