KOTA KINABALU, – Andaian Puteri Umno Sabah bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi digunakan sebagai motivasi untuk mempersiapkan semua bilik gerakannya, kata ketuanya Musliati Moslimin. Kini, semua bilik gerakan Puteri Umno di 25 bahagian di negeri ini bersedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa, katanya.
“Saya berani katakan Puteri Umno Sabah sudah bersedia menghadapi pilihan raya kerana saya sendiri telah melawat dan melihat proses persediaan semua bilik gerakan Puteri daripada segi maklumat pengundi, jumlah pengundi dan jentera yang akan digerakkan untuk berkempen. “Kami membuat andaian pilihan raya akan diadakan pada tahun ini dan ini digunakan sebagai motivasi untuk memastikan semua persediaan dibuat sebelum pertengahan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan berbuka puasa di sini malam tadi.
Musliati berkata Puteri Sabah juga sedang memperhebatkan usaha mendaftarkan rakyat yang layak mengundi sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini termasuk membuka kaunter pendaftaran di lokasi strategik, terutama di kawasan pedalaman bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk mendaftar, katanya. “Kami mendapati kebanyakan belia mempunyai sikap malas untuk ke pejabat pos atau pejabat daerah untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun. Kaunter-kaunter ini juga penting di kawasan pedalaman kerana ramai rakyat di sana sukar untuk pergi ke tempat mendaftar kerana masalah pengangkutan,” jelasnya.
Musliati berkata Puteri Sabah, yang mempunyai jumlah ahli tertinggi berbanding negeri lain dengan 45,538 orang sehingga akhir bulan lepas, giat mendaftarkan lebih 13,000 ahlinya, yang dikenal pasti belum menjadi pengundi berdaftar sehingga 31 Dis tahun lepas.
-rontogdaily.com
Friday, August 12, 2011
Puteri UMNO Sabah Siapkan Bilik Gerakan Lebih Awal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tidak tahu bila PRU akan diadakan. namun, sebaiknya jika semua pihak sentiasa bersedia.
ReplyDeletepersediaan awal sememangnya penting untuk menyediakan jentera yang kuat.
ReplyDeletemmg perlu ada persediaan awal agar tidak kelam kabut apabila PRU hendak diadakan.
ReplyDeleteRamainya penyumbang keahlian di Sabah ni.
ReplyDeletebaguslah adanya motivasi tu. mungkin walaupun bukan diadakan tahun ini, apa yang mereka lakukan itu menunjukkan mereka siap untuk menghadapi pilihan raya bila2 masa saja. syabas!
ReplyDeleteAura2 PRU 13 semakin kuat. Memang lebih baik bersiap sedia awal.
ReplyDeleteTak sangka keahlian Puteri UMNO Sabah adalah yang tertinggi di M'sia.
ReplyDeleteBaguslah. Bersedialah dari sekarang.
ReplyDeletecuba buat pendaftaran secara automatik.. dapat jimat masa, tenaga dan kos..
ReplyDeleteKita perlulah bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa dari sekarang.
ReplyDeleteSelamat berjuang kepada semua parti yang bakal bertanding bila PRU-13.
ReplyDelete