Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.
"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
- Bernama
Thursday, August 11, 2011
Isu Babi di juadah Ramadan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itukan artikel mengenai berbuka puasa, jadi kenalah muat cerita mengenai restoran2 yg halal.
ReplyDeleteharap pekara ini tidak berlaku lagi..
ReplyDeletemungkin kalau setakat nama2 restoran yang tidak halal boleh terima juga. sekurang2nya mereka yang beragama Islam tidak tersilap. tapi kalau siarkan makanan2 yang tidak halal tu memang tak patut pun.
ReplyDeleteCubalah bertimbang rasa.
ReplyDeleteBerfikir sebelum bertindak.
ReplyDeleteOrg smcm itu bagi pengajaran yg keras ..
ReplyDeleteyang penting akhbar itu sudah mengakui kesilapan dan akan memohon maaf..
ReplyDeleteKesilapan kecil dari pihak The Star, harap perkara ini tidak akan diulangi lagi.
ReplyDelete