Sunday, October 14, 2012

Nasha Sengaja Cari Pasal Supaya Dipecat

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.

Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

“(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok, sikap itu seperti 'lidah panjang',” kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini. -SH


Nasha mahu dipecat PAS kerana tidak berani langgar ‘Bai’ah’

Tindakan Nasharuddin Mat Isa memprovokasi hubungan diantara PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini dalam isu Hudud dan negara Islam dipercayai mahu dipecat daripada parti tersebut kerana tidak berani melanggar “Bai’ah” dengan meninggalkan PAS secara sukarela.

“Jika kita lihat, semenjak dua menjak ni, Nasha agresif melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Pakatan Rakyat (PR) berpecah," kata seorang pemimpin tertinggi PAS kepada The Malaysian Insider.

“Beliau lakukan semua ini dengan tujuan agar PAS memecat beliau dan bukannya beliau meninggalkan PAS.

“Meninggalkan PAS bererti melanggar sumpah ‘Bai’ah’ dan ini mungkin menjadi sebab besar mengapa beliau tidak tinggalkan PAS secara sukarela.

” “Bai’ah” bermaksud sumpah untuk taat kepada perjuangan Islam yang kebiasaan diamalkan oleh gerakan Islam.

Jika melanggar Bai’ah, dipercayai balasan daripada Allah akan menimpa seseorang itu.

Nasharuddin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas ditangan Mohamad Sabu dalam Muktamar Agung PAS pada tahun 2011 dalam pertarungan tiga penjuru diantara dirinya, Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, apa sahaja yang berlaku kepada Nasharuddin tidak akan memberikan impak yang besar kepada PAS dari sokongan.

“Pada saya, apa yang dilakukan oleh Nasha ini lebih kepada mengukuhkan orang Umno yang sudah Umno,” kata penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM) itu apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Prof Mohamad juga menambah, jika Nasha meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekalipun, beliau hanya akan mengulangi nasib pemimpin PAS terdahulu yang menyertai Umno seperti Datuk Mohd Asri Muda (bekas presiden) dan Nakhaie Ahmad (timbalan presiden).

“Jika Nasha menyertai Umno, beliau tidak akan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada parti tersebut kerana semua sudah tahu hati dan sanubarinya bersama PAS,” katanya sambil menjadikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai contoh terkini.

Dr Hasan walaupun telah meninggalkan PAS tidak disambut menyertai Umno sebaliknya terpaksa menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati) yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tentang keikhlasan Nasharuddin dalam memperjuangkan agenda Hudud seperti yang dilakukan kebelakangan ini.

“Dulu masa nak yakinkan PAS menyertai Umno tubuhkan kerajaan perpaduan, Ustaz Nasa (Nasharuddin) beritahu PAS, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) nak beri tiga kerusi menteri jika PAS bersetuju bersama Umno.

“Saya nak tanya dia, masa Pak Lah tawar tiga kerusi menteri tu, ada tak beliau dibincangkan sekali tentang pelaksanaan hukum Hudud?” kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider beberapa hari lalu.

Tambah Husam lagi dengan sinis, jika Umno benar-benar ikhlas mahu bermuzakarah dengan PAS, Nasharuddin harus diberikan laluan untuk menang tanpa bertanding di kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya ke 13 nanti.

“Kita nak tengok Umno letak atau tidak calon di Bachok nanti,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di parlimen beberapa hari lalu menegaskan kenyataan-kenyataan Nasha seolah-olah mempunyai agenda politik tertentu yang menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan cuba mewujudkan ketegangan dalam PR.

“Kebelakangan ini hubungan beliau (Nasha) dengan PAS tidak serapat berbanding hubungannya dengan kerajaan (Barisan Nasional) BN.

“Kenyataan dikeluarkan jelas bertujuan untuk menguntungkan BN dan wujudkan ketegangan antara parti PR walaupun dikeluarkan tanpa bukti,” kata Khalid kepada pemberita di lobi Parlimen.

Kenyataan terbaru dikeluarkan Nasha adalah DAP cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dengan mendakwa parti komponen PR itu pernah menganjurkan majlis dan berdoa memohon negara dijadikan sebagai negara Kristian selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak tahun lalu.

Khalid turut menegaskan, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Nasha dalam pertemuan dengan Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Prof Mohamad bersetuju dengan kenyataan Khalid itu dengan mengatakan menjelang pilihan raya ke 13 yang semakin hampir ini, strategi Umno adalah untuk mewujudkan konflik dalam PR.

“Apabila parti dalam PR berlaga sepertimana perselisihan PAS dan DAP dalam isu Hudud, Umno dan BN yang untung.

“PR akan dilihat tidak bersatu jika terus bergaduh sesama sendiri dan inilah yang dimahukan Umno,” katanya lagi.

25 comments:
Write comments
  1. mana yg penting, agama Allah atau parti? BN dah benarkan hudud di 5 buah negeri. tapi apa muslihat MB? di di Kedah lain, Penang hanya tertawa, Perak lagilah lain. Selangor x mau buat (TV3, Utusan Malaysia, 2008)

    mengapa BN dimusuhi sdgkan pemimpin2 sngt mendengar & mudah berkerjasama? mengapa doktrin mahathir hingga sekarang amat dibimbangi oleh nik aziz si tua nyanyuk? skrg pemerintahan siapa?

    ingt! BN masih membenarkan hudud/ mana2 hukum islam dilaksana dan mmg akan disokong UMNO di parlimen hingga sekarang (Najib. Muhyiddin, KL & Putrajaya, 2009 TV 3, Utusan Malaysia, BH, Kosmo 2009)

    ReplyDelete
  2. AGAMA PERLU WAJIB DIUTAMAKAN, TAPI BUKAN DENGAN CARA MEMECAHKAN PERPADUAN KAUM PELBAGAI.. CUBA JADI SEORANG ISLAM YG BERAKHLAK, BERBAIK DENGAN SEMUA KAUM, AGAMA... BERI MEREKA PENGETAHUAN APA ITU HUDUD, APA ITU ISLAM... INSAALLAH MEREKA AKAN FAHAM... BUKAN NAK KUTUK MEREKA YG BUKAN ISLAM...

    ReplyDelete
  3. Betuk islam amat cantik kerana menlingkupi seluruh kehidupan termasuk ahlak islam itu sendiri,apapun ingatlah segala perbuatan akan dipertangungjawab diMasyar disaksikan tbuh badan yang kita pinjam/diamanahkan.

    ReplyDelete
  4. PAS tidak perlu berfikir lebih lama lagi, tendang keluar Nasha dari Parti akan menggembirakan ramai penyokong PAS diluar sana. Nasha tidak lebih dari gunting dalam lipatan dan ini tidak baik untuk keharmonian Parti PAS, PKR, DAP.Tujuan kita hanyalah satu iaitu menumbangkan UBN pada PRU 13, tapi ini Nasha sudah kasi jahanam PR punya program lah...

    ReplyDelete
  5. sepatutnya pecat sekali dgn hasan ali...tgk hasan ali dah diam...paling lama sebulan tv3/utusan bagi dia bercakap dalam tajuk utama berita...daripada menjadi duri dalam daging PAS/PR amnya..dalam majlis syura tak bersuara di luar lantang dgn angkuh dan sombong mengeluarkan kenyataaan...

    ReplyDelete
  6. kali ini PAS perlu pecat nasha sebab macam gunting dalam selimut....sebab kenapa hanya DAP diserang sedangkan MCA lantang menghina islam dibiarkan saja....najib tolak Hudud mentah2 dibiarkan sahaja..Tun M Hina Hudud dan Nabi dibiar sahaja.....

    ReplyDelete
  7. Yang penting skrg kita tumbangkan BN/UMNO, sudah 55 thn memerintah tapi masih ditakuk lama, rasuah byk kos rumah tinggi dll...

    ReplyDelete
  8. Dah hampir 50 tahun menjadi parti politik tak pernah pun DAP berdosa sama Islam, hahaha...beza dengan parti yg pegang kuasa sejak merdeka tetapi enggan melaksanakan hudud. Yang berdosa kepada PAS itu sepa kalau bukan UMNO/Mahathir apabila mengarahkan mahkamah menolak pelaksaan hudud di Kelantan. UMNO memang pandai main wayang.

    ReplyDelete
  9. Beasalah kalau orang sudah kecewa macam cinta juga apabila cinta ditolak orang sanggup buat apa sahaja. Pertama, mungkin dia bunuh diri, kedua, mungkin dia memaksa dengan bentuk ancaman dan ugutan supaya cintanya diterima, Terakhir, dia akan cari kekasih baru. Di bahagian mana Nasha ini yaaa...

    ReplyDelete
  10. Memang PAS akan tendang keluar si Nasha Umngok tu. Just matter of time aje. Masa msyuarat tempohari ndak bole sebab UTUSEX dan UMNGOKK dah tunggu nak heboh 1Malaysia. Bijak pemimpin PAS yg 'kekalkan' Nasha dlm PAS buat seketika. Aku ndak faham la, kalu dah ndak trpilih dlm Muktamar agung PAS kejawatan tinggi parti, turun le bawah dan brjuang dr bawah. Apa masalahnya. Istiqomah dlm gerakan Islam TAKKAN nak brjuang dlm parti syaitan,walau syaitan itu dkenali.

    ReplyDelete
  11. lepas PRU 13 nanti, ngam Nasha ini dipecat terus. tak layak jadi calon pas suda. ini kali laa, tau la langit itu tinggi atau rendah..

    ReplyDelete
  12. Ustz Nasha mmg berani menyanggah hubungan kasih PAS dan DAP! tapi dia dikeluar & disenyapkan tertentu dlm PAS!

    Buat masa ni, menanglah puak2 merapu nie. mm, dah tentu lah kena marah & digelar mcm2 Ustz Nasha bila dia terus2 an bersuara.. PAS & DAP tengah berkasih! PANTANG BESARLA DITEGUR & DITEGAH OLEH SESAPA!! Waktu ni garam pon dikata gula.. perot boncit hirup otak babi pun tetap ayu jelita. & passionate dicium PAS (rujuk foto Theresa dicium tangan+muka dan berpeluk dgn muslimat PAS selepas panggang 3 ekor babi dlm NST, 2008)**Inilah balasan jika berani menyanggah KEINTIMAN PAS. * mengapa berani di kala semua panganut PAS dah sanggup sehidup semati dgn DAP (PAS hanya pengikut, apatah lg pemimpin DAP rata2 - lawyers)??!!

    GE Lim yg cahuvinis pon didakwa adalah khalifah @ umarak Islam sedangkan di pihak `sinun` mendakwa GE Lim adalah `tokong` mereka! Biarkan.. biarkan… biarkan si luncai terjun dgn labu2nya……biarkan.., nak memerintah Putrajaya yg dihadiah Dr Mahathir pada rakyat Malaysia tuu.. nak jual kat negara2 kaya, kan?? Eh, ada pihak yg kata PAS teringin sgt Putrajaya sebenarnya!! hihihi

    n.ajis pemutar alam ni (bagila apapun tajuk, pasti dia menang cakap!! Itu yg Kelate majuu sgt tu) belum tau lagi apa akibatnya.. azan pon n.ajis minta pelan2 di Penang! BN & Muslim Penang terkejut..tapi panganut2 PAS tak dengar pula, sokong isu PAS tu membabi buta! bukan tengok tv @ baca paper perdana.. biarkan..biarkan…`orang cerdik`` bukan suka ditegur! Jika ditegur beremosi & mencerca pulak.

    isu royalty Petronas pun dimarah2, dikempen, diceramah & dibawa ke mahkamah! Disokong panganut2 yg mental block. FAKTANYA – ROYALTI MINERAL ADALAH HAK KRJ NEGERI HINGGA KE 3 BATU NAUTIKA KE LAUT NEGERI. BUKAN SAMPAI 60 BATU NAUTIKA DARI TANAH NEGERI! JNGN TIRU TERENGGANU CZ TERENGGANU SENTIASA PUJUK PM!! APA KATA JIKA PERLIS & MELAKA dakwa mereka juga berhak tuntut royalty?? ALASAN TUNTUTAN ROYALTI ini adalah `jalan pintas` PAS slps GAGAL memaju 23 tahun Kelantan (rujuk 22 tuntutan BN Kelantan)! Negeri kotor, kerja & air tak ada! Yg maju adalah ceramah hingga hampir semua rakyatnya suka mencerca & -ve dgn Pusat yg sentiasa membantu. Dah dibantu kerja dgn kerajaan BN pon seronok mencemuh / bersangka buruk dgn BN!!

    *Nak minta sisik, mintalah pada `ikan` yg ada sisik. Ini dijauh, dimusuh & dimarah2 pulak! Diputar belit dlm ceramah2 oleh `mahaguru` yg sentiasa dakwa `tak tau apa2` termasuklah cukai galian emas di Gua Musang! Maklumlah dgn kalimah `tak tau apa2 adalah alasan terbaik` bagi menyalahkan org lain masa di akhirat nanti!! Pandai `TokGuruMu` nak ekspress mashuuk syurga!!???? Dgn pelajaran putar belit dari Deobond, India serta Lughatul Arabiyyah dari Mesir, inilah produknya! Itu yg Kelate majuu sangat!! Mewah dgn putar belit, tuduh menuduh, air, system pembentungan dan perparitan!! huhu

    So, Ustz Nasha betul.. Cuma org tengah `ashik mashuuk` bercinta.. marah & mencerca lah bila ditegur! Waktu ni, hudud pon diam2 jew. Nanti DAP marah2 kat `sayangg`!! huhuhu

    ReplyDelete
  13. Untuk PAS,PKR dan DAP rapatkan barisan anda dan rempuh apa jua halangan yg bisa menghancurkan kerjasama murni ini...kami sebagai rakyat sentiasa menyokong kerjasama antara anda dan kami mahu DSAB menjadi pemimpin negara.

    ReplyDelete
  14. Aku mcm susah nak pecaya si Nasha UMNO nih. Dari bawah dlantik kejawatan tinggi dan dpt lagi jawatan no 2 trtinggi dlm parti. Tapi bila ndak trpilih sja kjawatan trtinggi tu, terus lari dr perjuangan Islam malah brjinak2 dgn kump dr parti syaitan. Itu yg aku cakkap ndak paham tu,bah. Aku dr pandalaman Sabah pun mcm suda nampak kebaikan PAS jua kelebihan yg ada pd PR, tau2 ust Nasha tu menentang arus dr gerakan Islam dan brsama parti syaitan. Susa nak paham,bah.

    ReplyDelete
  15. Biarkan dia dgn syaitan2 gondol tu. Nak buat mcm mana lagi. Dah sifatnya begitu. Zaman Nabi Adam lagi dah wujud anasir desakan syaitan, apa nak peliknya kalau zaman akhir2 dunia ni. Kalau tak ada desakan syaitan tu, peristiwa pembunohan antara Habil dan Qabil takkan berlaku hanya kerana perebutan calon2 isteri shj. Zaman sekaarang, lagi banyak masalah perebutannya.

    **888

    ReplyDelete
  16. Nengok gambor di atas tu dah tau dah apa taraf Nashaumngok tu

    ReplyDelete
  17. Reaksi keras daripada Nik Aziz ini sebenarnya berkait rapat dengan kontroversi terbaru membabitkan Nasharudin yang dalam ucapannya minggu lepas, secara terbuka telah menegur sikap sesetengah orang Islam yang terlampau mendahulukan matlamat mengejar kuasa hingga mengabaikan prinsip Islam itu sendiri.

    Nasha, bekas Timbalan Presiden Pas, dalam ucapannya di PWTC ketika Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah juga telah mengkritik tindakan pihak tertentu yang memandang enteng isu kesatuan ummah terutama sekali membabitkan penyatuan UMNO dan Pas.

    Walau dibaca berkali-kali ucapan Nasharudin itu, tiada satu pun yang bertentangan dengan ajaran Islam tapi peliknya ia begitu menyakitkan hati Mursyidul Am Pas sehingga tergamak memanggil pemimpin separti dengannya sebagai berlidah panjang.

    Nik Aziz ulama yg tak bole ditegur! yg menegur adalah musuh dan akan dihamunnya!!

    ReplyDelete
  18. Ni macam kes lajim, mahu kena pecat untuk mendapat simpati..

    ReplyDelete
  19. PAS sudah terbalik. Sekarang kepentingan peribadi didahulukan

    ReplyDelete
  20. kenapa PAS sukar sgt nak berbaik dgn UMNO?

    ReplyDelete
  21. Bidanya taktik Nasha ni?

    ReplyDelete
  22. Keluar saja la dari parti dengan berhemah.

    ReplyDelete
  23. Kenapa PAS sukar nak brbaik dgn UMNO?. Dah parti syaitan di kenali, mcm mana nak brbaik. Bagus lagi DAP dan PKR. Mereka tu mngaku sejak brkawan dgn PAS melalui PR,dah faham mereka semua akan agama Islam. Mereka ndakfaham Islam selama mereka dlm BN dulu. Lim G Eng tu jauh lebih baik dr Nazri aziz atau bberapa kerat YB UMNO. Walau dia Cina tapi lebih melayu dr melayu.

    ReplyDelete
  24. Dulu UMNO dan PAS kan sama2 berjuang. tidak salah berbaik semula atas dasar perjuangan agama.

    ReplyDelete
  25. sudah boring dalam PR la tu. kalau tidak mahu berjuang, terus terang saja ba. mau lompat parti ka apa. tidak perlu berselindung.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.