Saturday, October 13, 2012

Dasar dan Janji Boleh Jahanamkan Ekonomi

PADA mulanya saya memang tidak bercadang mengulas mengenai Belanjawan 2013 kerana secara ikhlas, saya kurang yakin dengan kemampuan saya untuk memahaminya.

Ini mungkin kerana kefahaman dan pengetahuan saya mengenai belanjawan dan ekonomi tidak cukup mendalam atau kerana dokumen itu canggih dan kompleks.

Manakala saya mengalu-alukan langkah mengurangkan defisit belanjawan (daripada 4.5% kepada 4%) dan menjanjikan pembahagian sumber yang berkesan dan saksama seperti mengembalikan rancangan rumah murah, namun saya kurang selesa dengan pemberian tunai yang berterusan kepada pihak itu dan ini.

Saya tergerak untuk menulis mengenai belanjawan secara umum hanyalah setelah mendengar pandangan dua orang bekas menteri kanan yang saya tahu pernah menjadi penyokong tegar dan mentor Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan.

Seorang bercakap secara terbuka kepada khalayak. Beliau menyatakan kehairanannya mengenai dari mana Mohd Najib mendapat begitu banyak wang untuk ditaburkan. “Macam keluar dari hidung,” kata beliau. Tetapi maklum sajalah kalau kenyataan itu tidak mendapat liputan media tradisional.

Seorang lagi bercakap di belakang tabir. Kedua-dua mereka keliru dan bimbang mengenai keghairahan Perdana Menteri memberikan duit kepada pihak itu dan ini, yang terakhir dalam bentuk bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam.

Malangnya, dalam usaha mencari populariti jangka pendek menjelang pilihan raya umum itu, kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang – nampaknya mengabaikan apa yang dalam dunia kewangan disebut sebagai “financial prudence.”

Kerajaan memberikan berbagai macam pemberian tunai dan peruntukan luar belanjawan. Pembangkang pula, antara lain, memberikan air percuma dan menjanjikan kereta murah dan memiliknegarakan semula bekalan air.

Orang Ramai Keliru

Masalahnya, orang ramai yang kurang arif atau jahil mengenai perjalanan ekonomi dan pengurusan kewangan mungkin termakan janji-janji itu dan membuat pilihan yang akhirnya memufliskan negara.

Saya tidak menentang usaha mana-mana pihak membahagikan kekayaan dan sumber ekonomi negara secara meluas dan saksama. Itulah pun landasan Dasar Ekonomi Baru yang menggabungkan pertumbuhan ekonomi dengan pembahagian kekayaan.

Walaupun DEB tidak berjaya seratus peratus, tetapi ia berjaya mengurangkan kemiskinan, memperbesarkan bilangan anggota kelas menengah dan sedikit sebanyak menyusun semula masyarakat.

Tetapi, yang perlu atau wajib dielakkan adalah memberi subsidi untuk kepenggunaan, iaitu memberi wang kepada orang ramai untuk berbelanja.

Ada ungkapan mengatakan, lebih baik memberi alat menangkap ikan kepada seorang yang lapar daripada memberikannya ikan. Beri ikan, dia makan. Esok kena bagi sekali lagi. Tetapi kalau kita berikan alat menangkap ikan dan mengajarnya menangkap ikan, insya-Allah dia boleh mencari makan sendiri.

Utamakan Subsidi Pengeluaran

Kita beri bantuan dan subsidi untuk tujuan menambah dan menaikkan produktiviti dan bukan untuk kepenggunaan.

Jadi, saya sokong cadangan mengurangkan subsidi gula yang memudaratkan dan tidak adil. Mudarat dari segi kesihatan kerana gula murah menyebabkan merebaknya penyakit kencing manis dan tidak adil kerana syarikat raksasa yang mengeluarkan minuman dan makanan pun dapat gula subsidi.

Harga mungkin naik, tetapi kalau Kementerian Perdagangan Dalam Negara, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna cekap, tahap kenaikan boleh dikawal dan bekalan dijamin.

Penjimatan subsidi itu boleh disalurkan kepada kegiatan yang produktif seperti menaikkan taraf sistem pengairan dan perparitan di kawasan-kawasan tanaman padi, memulihkan sawah yang keracunan dan melatih petani amalan pertanian terkini.

Tidak guna kereta murah seperti yang dijanjikan oleh pembangkang kalau jalan raya makin sesak dan tidak diselia dengan baik kerana pembangkang juga bercadang menghapuskan tol.

Saya pun tidak tahu dari mana kerajaan dan pembangkang – kalau ia menang – hendak mendapatkan hasil bagi menampung perbelanjaan negara kerana pada masa yang sama mereka berjanji mengurangkan cukai itu dan ini.

Yang kita dengar, Petronas pun secara terbuka sudah berkata ia tidak akan membayar dividen yang tinggi lagi kepada Kerajaan kerana ia perlu membuat pelaburan baru yang banyak.

Sementara itu, syarikat swasta, termasuk yang berkait dengan kerajaan (GLC) pula sedang ditekan oleh krisis ekonomi dunia. Serentak dengan itu, harga minyak kelapa sawit dan getah juga semakin menurun.

Daripada 100 buah syarikat terbesar di Bursa Malaysia mengikut nilai pasaran, 10 mengalami kerugian dan 34 menderita kemerosotan keuntungan pada tahun kewangan semasa berbanding tahun sebelumnya. Yang rugi tidak akan bayar cukai dan yang kurang keuntungan akan bayar cukai lebih rendah.

Jangan Sedap Cakap Saja

Saya rasa, kerajaan dan pembangkang hendaklah realistik dan berterus terang dengan rakyat jelata, khasnya pengundi. Realitinya, dunia sedang melalui krisis ekonomi paling getir selepas Perang Dunia Kedua.

Ekonomi Amerika runtuh pada tahun 2008. Kini giliran Eropah pula. Greece sudah muflis dan Sepanyol bernyawa ikan. Pertumbuhan ekonomi China dan India mula menurun dan Jepun terumbang-ambing. Sebagai negara perdagangan, naik-turun ekonomi dunia memberi kesan langsung kepada kita.

Pakar-pakar ekonomi meramalkan yang kemelesetan tahun 2008 itu akan mengambil masa 10 tahun untuk diatasi dan pakar-pakar antarabangsa meramalkan sehingga 100 juta penduduk dunia akan mati kebuluran menjelang 2030.

Saya mula membuat laporan ekonomi pada tahun 1972 dan terbabit sedikit sebanyak dengan perniagaan. Saya melalui kemelesetan ekonomi tahun 1973/74, 1985/86 dan 1997/98.

Orang yang berniaga, bekerja dengan sektor swasta atau bekerja sendiri tahulah pahit getirnya. Banyak yang muflis atau kena buang kerja. Orang yang makan gaji dengan kerajaan mungkin tidak tahu atau tidak peduli.

Melihatkan keadaan hari ini, saya sangat bimbang. Dan dua orang bekas menteri yang memberikan pandangan mengenai Belanjawan 2013 dan cara Mohd Najib berbelanja adalah dua pakar ekonomi terulung di Malaysia dan di dunia. Kalau cakap mereka tidak boleh dipakai, saya tidak tahu cakap siapa lagi boleh dipercayai. Wallahualam.

Oleh A Kadir Jasin

16 comments:
Write comments
  1. Tu lah, kadir.. dah bengap nak tunjuk lagiii bangangg!! Nak tembak juga, supaya digelar `cerdik`. Alahaii.

    Dari justifikasi ekonomi makro, analogi hutang negara2 ini dgn bank2 luar:

    Malaysia - rm477 billion. Pembangkang dakwa hutang negara hampir rm 505 billion.. mendakwa risau dgn kebobrokan.. kerabunan Najib & bajet 2013nya. ..Malaysia didakwa rabun dekat & membawa negara bankrup. Mari kita buat kalkulus mudah -

    SINGAPORE rm510 billion (kecik negara ni mendakwa negara mewah & kaya, tapi hutangnya amat tinggi berbanding jumlah penduduknya). INDIA – rm2 trillion, INDONESIA rm 1 trillion; *JeEPUN – lebih rm 2 trillion; BRITAIN lebih rm2 trillion; USA lebih rm 1 trillion; di CHINA hutang kerajaan tempatannya shj - RMB 1.07 trilion yuan. IRELAND lebih rm 3 trillion (nombor satu kuat berhutang duit).

    So, apa masalah jika Bajet Najib focus memajukan negara & buka lebih 200 ribu peluang pekerjaan pada rakyat. Bantu rakyat susah. Bantu org muda, bantu orang nak kawin. makmurkan negara demi merancakkan peluang ekonomi? Malaysia dijamin tiada langsung masalah membayar hutang dgn bank2 luar! IMF cuba buat teguran sebab Malaysia sentiasa mengelak dari berhutang dengannya! Tapi, buat masa ni, siapalah IMF.. sejakn zaman Mahathir, Malaysia sentiasa berusaha tidak berhutang dgn bank yahudi ini.

    Apa yg ada di Kelantan walau hutangnya hanya 11 juta dgn Pusat? Ikan Lumahan 20sen sekilo? Beras Siam Seludup rm 30 sekilo? Emas Seludup Gua Musang rm 10 sekilo. Balak Seludup seluruh Kelantan rm3 setan metric. Air mandi- free? Analogi hutang Selangor kini rm 587- segala2 barang mahal kecuali arak dan DARA? atau Kedah berhutang rm385 dgn rakyatnya yg ketegaq & TAK SEDAR DEK UNTUNG! . Ketiga negeri ini gagal melunaskan hutang! GAGAL pula menyediakan peluang pekerjaan pada rakyat. GAGAL kutip cukai! Gagal dalam peruntukan2 IPTA tanggungannya.

    Bajet Malaysia adalah myopic & akan muflis dalam tahun depan (MalaysiaKini)?? Mari kita saksikan..atau pembangkang cari alasan lain. Maklumlah, asyik mengikut `kecerdikan `Anwar LGBT, Milo Suam, Untung Atas Angin & Pro Yahudi. Kadir pun sokong Yahudi dan Syiah, kan?? Sekarang, media2 PR yg rata2nya ditaja oleh Yahudi juga berusaha membiasakan Yahudi pada rakyat. Hingga PM pun diiklan sujud + minta dana pada Soros sdgkan niat & sebabnya adalah lain. Telah dimaklumkan pada UMNO dan rakyat dlm tv dan Utusan Malaysia. Tujuan media massa PR ialah membiasakan bantuan Yahudi untuk Anwar pada mata rakyat!! Rakyat yg mengikut akan digelar ``cerdik``!

    ReplyDelete
  2. Media PR rata2 dbantu oleh yahudi. Kah kah kah. Lucunya weii... Lepas tu yahudi nak tolong PR. Apa kejadah nak tolong pembangkang? Baik tolong KERAjaan,dpt hasilnya. Hey barua umngokk..lu nak kelentong pun pakai tak le jgn sampai org kata awak tu bodoh. Dah UMNO guna APCO dlm petadbiran negara...betul le tu yg yahudi mesti bantu kerajaan bukan kena bantu PR.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  3. Bagus Kadir punya arikel. Tepat da bernas. Ya lah,org lama dlm BN apa. Dia tahu dr A - Z apa yg ada dlm BN dan apa yg ada dlm UMNO tu sndiri.

    ReplyDelete
  4. Berapa bilion yg dpruntukkan pd Pembangunan Sistem Pertahanan negara dlm bajet 2013 ? Dah lah hutang negara yg Najib cipta dah cecah RM502b dan ndak pernah bayar. Sebodoh2 MB Kelantan, mampu bayar hutang yg UMporno tinggalkan dKel utk dbayar oleh PAS stelah menang dKel pd tahun 1990. UMNO buat hutang Nik Aziz tolong bayar. TALAM Corp dSelngor pun sama.Kurus kering kena hisap darah oleh UMNO/BN, MB PKR tolong gemukkan balik entiti tu sama spt UNISEL. Dah gemuk balik sebab tu UMNO meroyan nak rampas balik Sel dgn kaedah wujud 500 ribu pengundi baru.

    A Kadir Jasin.

    ReplyDelete
  5. kadir, kau org umno kah? kau pernah masuk umno? sepanjang pengetahuan kau kau hanya barua + upahan anwar!! kan?

    ReplyDelete
  6. ya. sepanjang pangatahuan aku kau ini bukan BN kan? kau karib dgn anwar & pas. dari dulu lagi. kadir, nik aziz penaung syiah.. kau tau? dari aspek akidah dah ndak btul. tapi siapa berani tegur dia bawa panganut2 pas sesat??!!

    *yasir arafat

    ReplyDelete
  7. Mantap sekali tulisan dan ulasan A KADIR JASIN diatas. Gambaran betapa jeleknya UMNO dr pandangan bekas org kanan UMNo era Tun Mahathir. Selain dr mengingatkan manusia agar menjauhi parti syaithan yg dikenali menyeru agar manusia memilih gerakan Islam PAS. Tahniah A KADIR JASIN.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  8. Yg penting dketahui, UMNO dah guna Yahudi ( APCO ) dlm pentadbiran negara,mbah. Lepas tu masalah lain, warga asing dpt ic segera dr BN (bukan PKR) dan dpt status warganegara. Lepas tu, duit negara dsapu oleh kroni melalui BN. Apa kamurang nak kata pd Anwar ke Lim k Siang ke sapa kata lah, aku ndak paduli suma ituh.

    ReplyDelete
  9. Kalau tidak faham tidak payah keluarkan artikel.

    ReplyDelete
  10. Pengurusan kewangan yang baik diharap dapat mengimbangi semua krsis ekonomi global

    ReplyDelete
  11. pembangkang pun beri janji yang boleh menjahamkan ekonomi. lagi mengarut.

    ReplyDelete
  12. Kalau Kadir penyokong kerajaan, tentu takkan cakap begitu kot?

    ReplyDelete
  13. Pembangkang bagi janji boleh mnjahanamkan ekonomi negara. Mcm Tuhan je. Dah tau bnda2 masa depan? pmbangkang blum mmerintah lagi tapi dah tau. JGN LAH KAMU MNDAHULUI HUKUM TUHAN KELAK KAMU DSAMBAR API NERAKA.

    ReplyDelete
  14. Yg pentingnya, UMNO dah benarkan aktiviti penyeludupan dnegara ni. Yahoooo..mari kita ramai2 pakat seludupkan jugak barang2 kita. Contoh teladan dah ada. Kan Mahathir kutty bapa parti syaitan dikenali dah gariskan perkara nimasa dia jadi PM dulu. Katanya, Kepimpinan Melalui Teladan.

    ReplyDelete
  15. Tidak perlulah beri janji setinggi gunung kalau rasa tidak berupaya untuk laksanakannya. nanti memakan diri sendiri pula.

    ReplyDelete
  16. Kalau janji macam pembangkang, semuanya mahu diturunkan dan mahu diberi percuma-samata2 mahu sedapkan hati rakyat, tidak payahlah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.