Thursday, October 11, 2012

Serangan Lajim Bersifat Dendam Politik

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan 'politik peribadi' Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat 'dendam politik dan agenda peribadi' menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.
“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan 'political mileage' dan sebagai justifikasi menyertai Pembangkang.

“Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, katanya kepada UMNO-Online sebagai mengulas serangan Lajim terhadap kepimpinan UMNO dalam temuramah bersama 'Sinar Harian' pada Isnin lepas,

Jelas beliau lagi dakwaan mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

“Dalam konteks UMNO, keputusan akhir terserah kepada Presiden Parti dengan mengambil kira pelbagai aspek. Dalam konteks Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman merupakan seorang yang bersikap terbuka untuk perbincangan, baik soal politik mahu pun isu pembangunan.

“Dalam soal pembangunan, Lajim yang pernah dalam kerajaan tentu memahami mengenai prosedur dan tatacara pelaksanaannya yang bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, tetapi melalui peringkat proses demi proses sebelum projek itu sampai kepada rakyat”, ujarnya.

Mengenai isu royalti minyak untuk Sabah, beliau yang juga Speaker DUN Sabah berkata kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah membuat kenyataan mengalu-alukan perbincangan terbuka mengenai perkara tersebut.

“Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

“Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

Justeru beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Oleh : ALKAM AB LATIF
-Sabahkini

34 comments:
Write comments
  1. mmm..macam saya setuju..

    ReplyDelete
  2. betul o apa yg datuk Salleh cakap tu.realitinya begitu la

    ReplyDelete
  3. Memangpun dendam. Bayangkan org yg pernah membantu UMNO menumbangkan PBS juga membantu UMNO mengekalkan kerusi Parlimen Beaufort dan DUN Klias dan Kuala Penyu serta Lumadan dipinggirkan sebaliknya diseruh jadi Anjing!
    Mau cakap apa pun Lajim tatap manang di Beaufort. DUN Klias, Lumadan dan Kuala Penyu pasti jatuh ke tangan Pakatan. Tunggu sahaja tindakan Datuk Rahim hahahaha...

    ReplyDelete
  4. Datuk Salleh pun hampir join Anwar tahun lalu tetapi dapat dihidu oleh CM lalu diberi jawatan Speaker dan projek2. Kalu tidak beliau juga lompat bah...

    ReplyDelete
  5. rakyat sabah tidak lagi mau undi parti yg mesra PTI mcm BN. parti syaitan bilang mahathir.

    ReplyDelete
  6. ingatlah org sabah ikan buruk bermula dari kepala bukan dari ekor.. kalu badan atau ekor masi bule dimakan macam mana pun bau busuk juga... bgitu juga UMNO pemimpin atasnya teruk/beruk tempiasnya org bawah juga wlupun baik...

    ReplyDelete
  7. Hehehehe BN/Umno adalah diakui syaitan dan buruk sampai keusus ini bapa UMNO yang cakap DR Mathir so wahai orang Sabahan kita kuburkan ini BN dan gantikan PR pulah,kalau tidak dipecahkan ruyung macamana nak dapat sagunya.

    ReplyDelete
  8. Jgn undi parti syaitan yg di kenali

    ReplyDelete
  9. UMNO Sabah termasuk Ketua Menteri dan Salleh hanya pak turut pada pemimpin UMNO di semananjung. Kepala mereka dipijak-pijak oleh pemimpin UMNO semananjung. Contoh jelas Nazri kata PATI di Sabah tidak mendatangkan masalah kenapa Musa dan Salleh diam. Jelas sekali mereka ini pak turut pada pemimpin UMNO di semananjung. Mereka takut pada pemimpin UMNO di semananjung! Mereka ini yang kita harap untuk membela kita?

    ReplyDelete
  10. Kesian Lajim kempunan mahu jadi KM sabah.

    ReplyDelete
  11. Lebih baik si Lajim tu bersara saja la. rehat2 di masa tua.

    ReplyDelete
  12. Anon 11.44 dorang ini di Sabah saja suara lantang tapi kalau depan Nazri takuuut! Apa lagi depan Najib, najib bagi tangki air tadah air hujan, jawab Ya tuaaaan! Najib kata jangan minta lebih-lebih royalti petronas, jawab Ya tuaaaan sambil mengigil!

    ReplyDelete
  13. "Mengenai isu royalti minyak untuk Sabah, beliau yang juga Speaker DUN Sabah berkata kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah membuat kenyataan mengalu-alukan perbincangan terbuka mengenai perkara tersebut."

    “Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan".

    “Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

    Justeru beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.
    ...ungkapan di atas Oleh :Speker DUN Sabah Salleh Tun Said

    _Pendapat/Komen:
    ...!!!Mana itu Kesamarataan antara Malaya, Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
    ---!!!Sepatutnya selepas 30 tahun merdeka dahulu peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak dilipatgandakan 80-20 supaya Sabah dan Sarawak setanding dengan Malaya. Jadi selepas 50 tahun merdeka (sekarang ini tahun 2012) ketiga2 wilayah ini sudah seimbang. Tapi apa yang terjadi sekarang...Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dalam semua aspek kecuali maruah sebagai Negara yang MERDEKA. Penyelesaiannya...wahai pemerintah akan datang selepas PRU13 ialah JANGAN ANGGAP SABAH DAN SARAWAK INI JAJAHAN MALAYA. Kalau masih berterusan samada persepsi atau muslihat...Jangan Hairan Negara Persekutuan Malaysia akan HANCUR/LENYAP TINGGAL SEJARAH. Selamatkan Sabah dan Sarawak untuk menyelamatkan Malaysia.

    ReplyDelete
  14. lajim memang mahu balas dendam sebab tidak dicalonkan semula pada pru13 nanti di bawah tiket UMNO..

    ReplyDelete
  15. lajim kini dalam quest untuk mengejar kerusi KM sabah yang mana tidak mungkin akan disandang oleh beliau jika masih dalam UMNO...pasal tu lah beliau lompat...cita2 politik didahulukan kalau si lajim..

    ReplyDelete
  16. bagus juga kalau si lajim bersara terus dari politik...bagi peluang sama pemimpin muda dan lebih berkelayakkan...

    ReplyDelete
  17. Di sebabkan umno bn memerintah bukan saja Sabah Sarawak jauh ketingalan dari arus pembangunan tetapi Sabah seperti di wilayah selatan filipina di penuhi oleh pendatang haram yang di taja oleh umno bn.apakah ini satu kesalamatan bagi negara khasnya Sabah. Inikah pemerintahan kerajaan yang patut kita sanjung.sudahlah mengaut hasil Sabah yang mana kekayaan Sabah di monopli semananjung.rakyat Sabah harus bangkit menentang ketidakadilan.apa gunanya Sabah merdeka darI British tetapi berkerajaan yang sama seperti penjajah. Mungkin lebih teruk lagi apa bila pendatang bukan saja dibiarkan masuk tampa kawalan tetapi seolah-olah ada satu galakan pendatang haram datang ke Sabah oleh kerajaan umnobn di mana mereka di beri IC warganegara supaya dapat mengundi untuk kemenangan umnobn. Kebanyakan pemimpin Sabah jadi hamba kuasa saja apa bila kerajaan sekarang...bukannya benar-benar berjuang untuk Sabah buktinya mereka tunduk kehendak pemimpin lebih tinggi dari pusat.tidak seperti lajim yang sanggup tinggalkan bn dan korbankan kuasa pangkat gaji dari kerajaan bn.

    ReplyDelete
  18. Ni kali lah!! orang sabah dibodoh,dilembukan, disapi lagi isu perti ni..

    ReplyDelete
  19. Hutang negara: @NajibRazak letak negara dalam keadaan berjaga-jaga.

    Hutang negara jepun banyak sebab gempa bumi, tsunami bencana alam.

    Hutang negara Malaysia banyak sebab pemimpin umno kaki rembat!!!

    Prestasi BN memerintah negara selama 55 tahun..Lihat lah sendiri:-
    1.Pengeluaran kad pengenalan biru pada Pendatang Tanpa Inzin di Sabah hingga menyebakkan peribumi Sabah menjadi minority di tanah
    air sendiri dan kegiatan pengkianati Negara dan Rakyat Sabah masih diteruskan. Mahathir, Pak Lah dan Najib PM.

    ReplyDelete
  20. pemimpin BN SABAH ni manalah ikhlas halau PATI kerna ada perempuan simpanan tagalog.tanya datuk salleh.

    ReplyDelete
  21. Dendam? apa yg Datuk Lajim harus dendam? Kan dia dberi jawatan Timb menteri oleh Pusat. Gaji dan elaun amat besar hoo!!. Bukan dendam aku rasa,bah. Dia nampak UMNO memang dah ndak betul,bah. Mngkin dia dah tarbayang yg UMNO akan karam dsabah. Yg harus dendam kalu dia ndak dpt apa2 dr UMNO walau dah sumbang keringat selama ini. Tapi sanggup lepas gaji besar,bah. Nampak ??

    ReplyDelete
  22. apa kamu bising-bising dengan hasil bumi disabah,cuba kamu cari dalam blog Che Det,nercaya kamu akan terjumpa bahasa Che Det kalau belum dipadamkan,Royalti Hasil Bumi tidak perlu diberikan dimana hasil bumi itu di jumpai sebab bukan rakyaat yang baja dan siram ia adalah anugerah kan oleh "Allah"..saya ada terbaca dalam blognya beberapa bulan yang lalu.....

    ReplyDelete
  23. apa kamu bising-bising dengan hasil bumi disabah,cuba kamu cari dalam blog Che Det,nercaya kamu akan terjumpa bahasa Che Det kalau belum dipadamkan,Royalti Hasil Bumi tidak perlu diberikan dimana hasil bumi itu di jumpai sebab bukan rakyaat yang baja dan siram ia adalah anugerah kan oleh "Allah"..saya ada terbaca dalam blognya beberapa bulan yang lalu.....

    ReplyDelete
  24. semua perkara yang dilaku oleh BN semua tak salah . inilah bukti yang nyata BN ialah parti yang langsung tidak hormat undang2 yang direka oleh mereka .wahai semua rakyat Malaysia yang saya sayangi, kita terpaksa bangkit kalau tidak , negara kita akan bankelap nanti .Berilah peluang kepada pakatan rakyat supaya anak cucu kita dapat hidup pada masa depan .cintailah negara, cintai rumahtangga kita.kalau tak biar PATI yang ambil alih..

    ReplyDelete
  25. BILA KHAZAH NEGARA DAN RAKYAT DIJADIKAN HAK PARTI TERTUA BERKUASA.....KHAZANAH RAKYAT DAN NEGARA JADI BERTABUR DAN HURU HARA....SIANG MALAM MEREKA FIKIRKAN KUASA--KUASA....YANG USANG DAN TUA....55 TAHUN LAMA SANGAT....

    ReplyDelete
  26. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta supaya rakyat bijak menilai serangan politik peribadi Datuk Seri Panglima Lajim Ukin terhadap kepemimpinan Umno peringkat negeri.

    ReplyDelete
  27. Menurutnya, dakwaan dan tuduhan dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan Umno lebih bersifat “dendam politik dan agenda peribadi,

    ReplyDelete
  28. “Isu-isu yang dibangkitkan oleh dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk ‘political mileage’ dan sebagai justifikasi menyertai pembangkang.

    ReplyDelete
  29. “Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu sekali gus memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik,” katanya

    ReplyDelete
  30. Menurutnya, dakwaan mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

    ReplyDelete
  31. mau jawatan yang lebih tinggi lagi, itu sebab keluar parti.

    ReplyDelete
  32. Lajim tiada pendirian, itu sebab beliau lompat parti, lebih baik beliau berehat sahaja.

    ReplyDelete
  33. Pemimpin Bn iklas dalam membantu rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.