Thursday, October 11, 2012

Diam-diam PM Najib bertemu Soros di New York?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

najib abdul razak in perth chogm 1Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

NONESejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

NONEBulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia,  terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak." -MK

39 comments:
Write comments
  1. Dulu tuduh Soros penyangak matawang yg sebabkan BNM rugi on the spot RM5.7b,kini tuduh Soros bantu PR nak jatuhkan kerajaan. Macam2 Umngok ni ya. Nak sembunyi yg BN bodoh dlm FOREX maka dtuduhnya Soros lepas tu nak sembunyi yg mantan PM dan PM sekarang brjumpa Soros, dkatakan Soros nak bantu PR. Betul le parti syaitan yg dkenali ni. Tipu balaci umngok boleh le..

    ReplyDelete
  2. jangan percayalah UMNO/BN dalam apa saja..! semuanya penipu... dorang fikir rakyat bodoh macam org Umno /BN dan pemimpinnya.. apa yang dorang buat dulu2 org tau dan nampak samada perbuatan atau lisan hanya dorang saja yang lupa/nyanyuk...benci soros tapi salam juga..talur!

    ReplyDelete
  3. Syaitan kalu cakap jangan percaya hehehehe diakui syaitan itu umno oleh dr mathir bekas PM Malaysia.Jangan undi syaitan iaitu musuh yang nyata pembelit nombor satu.

    ReplyDelete
  4. Kita kata jgn undi parti syaitan,masalahnya ialah ada jugak org umno kata Nik Aziz yg ndak betul manakala mahathir tu betul. Atau dgn kata lain parti Islam tak betul manakala parti syaitan dkenali betul. Haa.. camne nih? Aku ndak faham ni.

    ReplyDelete
  5. isu makan tuan daaa..nah apalagi NGO yg lentang bersuara tu apa mau komen bila najib sendiri tapuk tapuk p jumpa soros? seumpama ayam berkokok berderai derai tapi ekor bergelumang taik'' kalau akulah najib, aku pi masuk gua batu tak mau keluar2 sampai 1 tahun sorok muka yg teramat malu tu'' mmg betullah mahathir bilang BN parti syaitan yg dikenali. palis palis..hanya PTI saja yg setia mengundi BN di sabah dan malaysia seluruhnya.

    ReplyDelete
  6. Nanti Najib bersumpah laknat tak pernah jumpa Soros macam yang sudah-sudah!

    ReplyDelete
  7. dr in the toilet bilang, undi pembangkang adalah undi utk soros...nampaknya haji logiut najib sudah "tahu" keputusan GE13...ibrahim ali/perkasa lupa kc cas bateri???

    ReplyDelete
  8. Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman
    ( Sumbangan untuk PKR kuat pula anjing-anjing UMNO menyalak. Apa punya anjing! )

    ReplyDelete
  9. UMNO dah nazak dah ni , tunggu PRU-13 je . Mahadey yang bermesra-mesra dengan Soros dulu , sekarang dikatanya "satu undi untuk pembangkang , satu undi untuk Soros" bila dikata nyanyuk tahu pulak . ASALKAN BUKAN UMNO ! TURUN BN TURUN

    ReplyDelete
  10. Dorang lupa.. sekarang era tanpa sempadan.. rakyat tahu apa yg berlaku diseluruh dunia..fakta pemimpin yg retorik pasti dikritik oleh rakyat...Najib dan UMNO mungkin menyangka pertemuan itu gagal dihidu.. teori aku Najib yg melantik APCO dan FCB sebagai perunding konsultant cuba mendapatkan pinjaman dari Soros....logik tak logik aku tak peduli.. hehe

    ReplyDelete
  11. BN menuduh pemimpin PR jd talibarut Soros, tetapi tidak memberikan bukti konkrit, dan pemimpin PR tidak pernah mengadakan pertemuan dgn Soros, tdk seperti pemimpin Umno sendiri berjumpa dgn Soros, iaitu Mahathir dan Najib..Ini membuktikan HANYA pemimpin umno sahaja yg mengenali Soros, .kemudian tuduh PR jd talibarut Soros, apa hal nih? macam org gila lah UMNO bercakap dan membuat tuduhan tak logik..

    Tidak kah ini membodohkan rakyat...

    ReplyDelete
  12. sabahdaily pun dapat dana dari yahudi, kan? tu yang buat statement merapu-rapu nih..

    no locus standi

    ReplyDelete
  13. Nampak sgt org parti pembangkang ni byk yg kurang bijak,ckp pun merapu,pastu percaya semue cerita bohong tanpa siasat betul ke tidak. Bahlol betul,teruslah diperbodohkan oleh kafir laknat tu.

    ReplyDelete
  14. kesian 2 ekor macai BN ni, jelas sgt mcm org bodoh. sudah malu bila kedapatan BN terima rasuah tetapi najib bilang cuma sumbangan saja. alalalaal apa bendanya cerita bohong, najib sudah mengaku terima rasuah(sumbangan). najib dan mahathir pula sudah berjumpa soros, mimang benarlah org cakap kalau org yg dah hampir mati pandai cakap merapu2, mcm BN lah..sekejap cakap syaitan, sekejap soros, sekejap anuar, sekejap2 BRIm, TRIM dll..ini kali la gaman..

    ReplyDelete
  15. Semacam je nadanya apabila berkali-kali mengaitkan bahawa Dr M terlebih dahulu berjumpa dengan Soros. Nak berlindung di belakang Dr M ke DS Najib? Itu la, lain kali jangan pakai tembak je orang, bila terkena batang hidung sendiri, baru tau nak cari pelindung.

    ReplyDelete
  16. mana sudah ibrahim ali ni?dah mampus ka?

    ReplyDelete
  17. Pembangkang muka tak malu,buat fitnah no 1.bila bagi bantuan rakyat dia la yg berkejar dtg.real pekak melayu mengutuk org yg dah buat jasa kt negara. Buta hati n jual maruah bangsa n agama demi kepentingan politik hapaknye..yek....pui..

    ReplyDelete
  18. October 13, 2012 1:15 PM
    Meroyankah, mabuk todi atau salah makan ubat yang jual maruah bangsa dan negara itu BN/UMNO kerana bagi IC palsu kepada PATI ada faham.

    ReplyDelete
  19. Anon 1.15 pm yang penabur fitnah itu UMNO melalui UTUSAN buktinya sudah kerap kali kena saman di mahkamah dan kalah. Kogutan kali kau gaman!

    ReplyDelete
  20. PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

    Anonymous October 13, 2012 12:58 AM ini bukan cerita bohong Najib sendiri akui temui Soros!

    ReplyDelete
  21. berjumpa/ bertemu bukan ada salah apa2 pun! bukan macam Nuar, terus dapat dana, kereta2 mewah, istana mewah & jet! bukan macam hadi & ulamak2 syiah dan penuh muslihat. bukan mcm nik aziz yg berjanji sehidup semati dgn syaitan!!! bukan macam Lim yg berkait rapat dgn US & Singapore!

    so, mahadir dah buktikan dia mmg tiada masalah berjumpe dgn sesapa pun!! so, statement majalah ni pun kata hanya bertemu! andaikata Mahadir slm dgn Nuar pun aku tak kisahh. tiada tipu2 & beritahu secara terus terang tujuan berjumpa bila ditanya. bukan macam Nuar..penuh penafian & tipu daya!

    Mahadir tu mahupun Najib bukan mcm Nuar, minta dana yahudi! cium sana cium sini demi jwtn PM yg diidami. pastu simpan beratus juta duit di merata bank dunia atas nama kroni2......depan orang dakwa tak de duit. pilihanraya di Permatang Pauh pun bagi pengundi2 rm100 seorang! itulah muslihat orang `cerdik` pujaan kauu

    *no locus standi

    ReplyDelete
  22. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Ia x semudah itu utk coverline wahai datuk najib. Sekali citer ini keluar, amat buruk impaknya pd umno/bn. Selama ini dituduh suaram menerima dana dari soros & lain2 lagi citer berkaitan. Rupa2nya ada citer lain yg terdedah skrg, bahawa awk sendiri pun ada jumpa soros. Utk tujuan apa pun x tahu. penerangan awk kat atas itu x akan menghilangkan sifat ingin tahu rakyat knape sbnarnya perjumpaan itu berlaku. Itulah, lain kali fikir 2 kali sblom menyerang mana2 pihak dgn tuduhan semberono. krn disa'at kita mengaibkan org lain sedemikian, kita sbnarnya bakal mengaibkan diri kita sendiri, sperti yg telah berlaku. What goes around will come around, what u give u get back. & ketentuan Allah itu mengatasi sgala ketentuan. Fikirkan....

    ReplyDelete
  23. wal fitnatu asyaddu minal khotr..." Jgn kita bersama umno dlm menyebar fitnah celaka."

    ReplyDelete
  24. Bagus la tu, org melayu pkr n pas, semua jasa kerajaan selame 55 tahun semue tak nsmpak,asyik cacian saje dpt. Apekah tiade kebaikan langsung? jgnla kerana politik kita berpecah belah sebangsa dn agama kita ketepikan.fikirkan keburukan yg lebih teruk akan belaku jika kita ditindas oleh org kafir yg menunggu utk ambil kesempatan diatas kelemahan kite. Sitidak2nye kerajaan bn tetap mengutamakan bangsa kite. Fikir la......

    ReplyDelete
  25. Undi pembangkang adalah undi Soros..

    ReplyDelete
  26. George Soros ada banyak muslihat di M'sia. diharap para pemimpin tidak masuk dalam perangkap

    ReplyDelete
  27. betul ke tidak ni?

    ReplyDelete
  28. Perjumpaan Najib dengan Soros tiada apa yang menarik

    ReplyDelete
  29. Bukan Mahathir yang tak ngam dengan Soros ke?

    ReplyDelete
  30. coverage yang tak berasas

    ReplyDelete
  31. sabar sjalah para pemimpin. asyik ada shja liputan-liputan yg menyakitkan hati. yg tak ada apa-apapun trus jadi ada sesuatu yg besar

    ReplyDelete
  32. Malaysian very proud of Najib. he has a gud leadership

    ReplyDelete
  33. My view of Soros is that he is still a rogue currency trader and he compounds this evil by using the money to put his kind of people to rule the countries targeted by him. And Malaysia obviously is one of his targets-Mahathir wrote in New Straits Times.

    ReplyDelete
  34. "A vote for the opposition is a vote for Soros."-Mahathir

    ReplyDelete
  35. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pertemuan antara Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan George Soros bukan menjadi satu kesalahan dan menjelaskan konteks pertemuan antara kedua-dua pihak adalah berbeza sama sekali dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendapatkan dana daripada penyangak mata wang asing terbabit.

    ReplyDelete
  36. Chua juga menjelaskan para pemimpin utama negara banyak mengadakan pertemuan dengan pemimpin besar dunia bagi tujuan diplomatik dan perhubungan dua hala sambil menyifatkan ia adalah perkara yang biasa dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

    ReplyDelete
  37. "Sebagai seorang pemimpin agung, dia (Najib) berjumpa dengan banyak orang. Dahulu Tunku Abdul Rahman pun pernah berjumpa dengan pemimpin komunis Chin Peng, tapi beliau tidak dituduh pun sebagai seorang komunis," kata Chua dalam sidang media selepas mesyuarat di Wisma MCA kelmarin

    ReplyDelete
  38. Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.

    ReplyDelete
  39. Najib telah mengaku mengadakan perjumpaan dengan Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh spekulator mata wang asing tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.