Wednesday, October 10, 2012

Tarif Eletrik Naik Apabila BN Menang PRU13

Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, hari ini.

Beliau berkata kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Chin berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

"Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini hari ini.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Chin juga berkata rundingan semula mengenai perjanjian pembelian tenaga (PPA) pengeluar tenaga bebas akan menyumbang kepada kadar yang lebih kompetitif.

"Kita perlu menunggu Suruhanjaya Tenaga membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Chin menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan meter digital baharu.

Beliau berkata kementerian itu telah berbincang dengan TNB berikutan aduan daripada pengguna yang mereka kini membayar bil elektrik yang lebih tinggi.

Kementerian mengambil perhatian terhadap masalah itu dan menggesa TNB menyediakan SOP yang dapat meyakinkan pengguna.

"Mereka perlu menjelaskan kepada pengguna bahawa meter baharu itu baik dan tidak ada yang salah mengenainya," katanya.

- Bernama

13 comments:
Write comments
  1. Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.
    ( Kalau peniaga kerajaan suruh serapkan kenaikan harga minyak kenapa kerajaan tak serapkan kenaikan harga gas ini. Inilah otak tadika punya menteri. Sebab itulah Najib kata perlukan mandat besar dalam PRU13 ini supaya dapat naikkan tarif elektrik laksanakan cukai GST dan naikkan harga barang yang lain. Wahai rakyat jangan TERTIPU lagi dengan kerajaan PENIPU ini!)

    ReplyDelete
  2. Betul le tu. Kena tahan dulu kenaikan harga sebab nak tunggu election dulu. Itu biasa,bah. Mcm tol kat Kempas dan Senai ke yg kat JOHOR nun pd PRU ke 12 dulu. Mansuh tiba2 tol itu demi kesejahteraan rakyat kata BN. Menang je BN pd PRU ke 12 tu, dua tol naik dSungai Way/Puchong rasanya. Cover balik atas tol yg dah mansuh tu. Karut je BN nih. Oleh itu,hati2 lah rakyat Sabah atas permainan karut BN. Gelaran memalukan oleh BN keatas Sabah iaitu FIX DEP mesti dhapuskan.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  3. bersangka buruk dgn umarak? jgnlah terlalu suka mengeji & marah2. anda masih gagal memahami siapa Najib. hanya bersangka buruk menyebabkan anda ini merapu2 & x bersyukur. dengar guruh, mula naik minyak!!

    *elektrik mmg naik secara relatifnya. tapi BN berupaya menolak tarifan2 baru. BN sentiasa juara bagi menyelesaikan permasalahan2 rakyat. belum tentu hujan yg akan turun adalah penyelamat kita semua??!! barangkali ia adalah bala yg menimpa kita.

    tengok aja Selangor dgn masalah talam, pembelian bas mewah... jeling pula kedah yg bermasalah mengurus negeri.. usha pula pulau pinang yg hanya berpihak pada org kaya. tanah untuk rumah rakyat pun dijual dgn harga tak munasabah sambil ketawa2 sinis pada BN. rakyat susah jadi mangsa! `diubat` pengundi dgn jerkah dan simpati menggila

    sebagai pengguna, apa yg boleh kita buat? guna elektrik sesuka hati lagi? gula?? makan manis2 menyebabkan penyakit2 bertambah & mengundang kematian! minyak? kurang memandu berseorangan. lebihkan masa menikmati pengangkutan awam. fikir positif2

    jangan menunjuk jaguh dgn hanya negatif, mencemuh & marah2. elakkan mengguna perkataan `raja` bagi menggerunkan orang lain, sedangkan siapalah anda!?? persepsi bersilang juga menunjukkan akal budi dan kualiti ibu bapa mendidik anda

    selesaikan sebarang masalah dgn doa yg bersungguh pada tuhan.

    kurang guna gula, minyak & kurang elektrik

    ReplyDelete
  4. Kan dah BN tu Barang Naik. Betul lah.

    ReplyDelete
  5. minyak? kurang memandu berseorangan. lebihkan masa menikmati pengangkutan awam. ( Kerana kebohohan BN memerintah Sabah maka ada tempat yang tidak ada pangangkutan bas macam sepanjang jalan Lintas dari simpang Petagas ke Kolombong. Harapkan LRT alamat sampai kiamat menunggu. Anda ingat ini Kuala Lumpur yang pengangkutan awamnya mudah! Fikir sikit tuan jangan membodek Najib tak tentu fasal. Undi rakyat Sabah bagi Najib sama nilainya dengan sebuah tangki air tempat pembiakan nyamuk aedes)

    ReplyDelete
  6. Anonymous October 11, 2012 3:00 PM
    Saya pun kalau boleh tidak mahu guna kereta sendiri tapi tolong bagitahu saya perhentian bas dari Donggongon ke Inanam dan dari Donggongon ke Kinarut. Kalau tidak bas bagi destinasi ini tolong tunjukkan saya stesen LRT atau monorail yang BN sediakan untuk sektor ini.

    ReplyDelete
  7. October 11, 2012 3:00 PM
    Dia salah makan ubat itu sebab itu suruh guna pengangkutan awam jelas sekali dia ini katak di bawah tempurung tidak tahu yang Sabah ini bukan semua tempat ada pengangkutan awam. Kesian!

    ReplyDelete
  8. October 11, 2012 3:00 PM :

    kau x tau pun masalah sabah ttp komen mcm tiada akal...isu talam adalah masalah BN yg diwarisi kerajaan PR selangor...lebih baik diam2 drpd cakap banyak ttp TEMBIRANG!!!

    ReplyDelete
  9. Hehehehehe tarif elektrik naik,cas GST,minyak naik dan barang naik yahoo aku sokong sebab kami orang lembu ikut aje bah.

    ReplyDelete
  10. sah kau lembu umno patut dijadikan korban di PRU 13 nie,ini kalil ah

    ReplyDelete
  11. Yang aku tahu, tahun depan.. takrif elektrik akan dinaikkan lagi..sudahlah meter baru elektrik yg berfungsi sebagai mesin duit utk TNB.. rakyat akan dibebankan lagi dgn kenaikan kos elektrik.. sebarang kenaikan mempunyai impaknya, harga barangan pun akan meningkat..apa piihan rakyat..?? Ada...tukar rejim TNB dan TBN pada PR..!!

    ReplyDelete
  12. TNB walaupun ianya swasta TETAPI tetap tuan punya syarikat adalah KERAJAAN MALAYSIA... xyah nak konar sana sini... memeras kantung rakyat melahirkan perasaan 'memberontak' RAKYAT...

    ReplyDelete
  13. Ti N Be bkn badan koporat tetapi keparat.........bln lepas bil kena bayar lebih kurang rm 250 tetapi bulan ni kena bayar rm 450......sekali ganda naik.gunakanlah duit haram itu utk pelihara umno.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.