Thursday, October 11, 2012

UTHM Digesa Siasat Klip Video Gesa Sokong BN

Dewan Pemuda Pas Johor mendesak pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuat satu siasatan berhubung tersebarnya rakaman sebuah video di YouTube yang didakwa ada kaitannya dengan kakitangan pengurusan universiti berkenaan.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, desakan dibuat pihaknya kerana dalam rakaman berdurasi tiga minit 47 saat tersebut menunjukkan kakitangan berkenaan yang didakwa melakukan salah guna kuasa dalam mempengaruhi audiennya untuk menyokong kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) Beliau berkata, Peraturan 21 dalam Perintah Am Kerajaan Bab ‘D’ secara jelas menyebut bahawa kakitangan kerajaan dari Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik.

“Video yang dimuat turun sejak dua minggu lalu kini sudah disaksikan kira-kira 66,000 orang,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Suhaizan berkata, satu memorandum juga akan diserahkan kepada Naib Canselor UTHM pada hari ini berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, pejabat pengurusan universiti ketika dihubungi mengakui sedia maklum berhubung video terbabit yang dimuat turun dalam YouTube sejak dua minggu lalu. -SH

2 comments:
Write comments
  1. Ada juga spesis anjing umngok dlm institusi pengajian tinggi,bah. Ingat suma cardik otaknyah. Suda jd bodoh ka...!!

    ReplyDelete
  2. Mengapa idealis di bumi BN? Berdosakah kakitangan pengurusan IPTA ini? Siapa yg suruh gubal.akta ini? Siapa juga yg menyokong? Siapa mengesahkannya? , Peraturan 21 dalam Perintah Am Kerajaan Bab ‘D’ yg luluskan? Siapa yg bayar gaji+elaun2, mahupun pencen kepada kakitangan ini? SEMUANYA - KERAJAAN BN, KAN?

    Jadi, xde salahnya perkara ini. Perlu diingat- kakitangan yg dalam diam anti Kerajaan BN & menyebar info seperti ini kepada media2 Anti Kerajaan spt SABAHDAILY ini adalah parasit! Tp bertuahlah coz `mereka ini` tetap dihargai diterima& menerima gaji + elaun + emolumen bulanan..naik pangkat lg biarpun sentiasa anti kerajaan BN.

    **btw, ramai lagi rakyat yg menyokong padu BN masih mencari peluang & memerlukan pekerjaan di IPTA. TAPI MASIH HASAD, X BERSYUKUR DAN HIPOKRIT.Harapnya segelintir `org` yg anti Kerajaan BN sedar diri.. kerjalah dgn Kerajaan PR yg ada. berhentilah waima menjadi guru yg dibayar gaji& kemudahan oleh Kerajaan BN. Ramai lagi yang mahu bekerja secara ikhlas dgn Kerajaan BN !! Setakat ini Kerajaan BN terbuka, positif dan responsive. Bersyukurlah kita mempunyai kerajaan spt ini.

    bukan klip video LGBT pun, bukan klip Anwar dgn girl & boy! bukan klip ayah tutuh anak di Pahang tu..tapi hanya klip yg meminta sokong Kerajaan BN. hubbun watan minal iman!

    **kppm


    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.