Sunday, October 14, 2012

BN ingat rakyat senang ditipu kes RM40 juta?

“Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.

Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa.

“Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?” soalnya dalam satu kenyataan.

Tanya beliau lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura.

Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN.

“Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN,” katanya.

Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia.

“Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod.

Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan.

Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum. -HD

63 comments:
Write comments
  1. RAKYAT TIDAK BODOH BAH BUKAN SEMUA RAKYAT SABAH BOLEH DIPERBODOHKAN KALAU RAKYAT ASING BOLEH LAH MUNGKIN PERCAYA DENGAN CERITA INI HA HA HA HA

    ReplyDelete
  2. maksud kau,
    1. kau percaya duit itu tidak ada unsur rasuah?
    2. kau percaya duit itu bukan utk km sabah?
    3. kau percaya duit itu utk umno sabah? siapa yg pegang.. rakyat? musa?
    4. kau percaya ada org nak bagi kau rm40 juta... bukan rm4o ringgit begitu je tanya syarat?
    ABU

    ReplyDelete
  3. The opposition feel threatened now?

    ReplyDelete
  4. BN tidak perlu tipu rakyat sebab kerajaan tahu rakyat bijak buat penilaian.

    ReplyDelete
  5. Musa has been cleared!!!

    ReplyDelete
  6. dah tau dah rm40 juta itu musa nak kasi pendatang utk undi dialah
    .... mula-mula nak songlap seorang-seorang, tapi dah bongkar
    mungkin org kanan dia juga yg bongkar bah... kos org itu tak dapat..
    banyak bah mau guna duit utk pertahankan kuasa ...
    pemimpin yg korap utamakan duit... dia ingat duit boleh beli undi rakyat opp,,, undi saya!!!
    ABBNU

    ReplyDelete
  7. Due back off la ah chai if you can't say smth god..don say it

    ReplyDelete
  8. KALAU SPRM Malaysia boleh macam KPK Indonesia, Malaysia baru ada harapan tangani rasuah di negara ini.

    ReplyDelete
  9. Anonymous oktober 14,2012 7.15 AM


    kahkahkahkah.....pulang paku buah keras...haritu tuduh suaram terima dana asing,...tiap2 hari dok ulang cerita tu...

    ni apa ni??kalau belah hang, takdak apa pun kena..polis tak siasat...SPRM buta tuli...takde siasatan...alasan sebab menteri kata pihak pembangkang pun terima....hahahah

    undang2 hutan....monyet pun tak mau ikut undang2 camni....

    sama je..kalau dah kepada umno sabah, siapa ketua dia??ingat rakyat ni bodoh sangat ke??

    ReplyDelete
  10. aku nak bertanya kepada seluruh pencacai UMNO, Betul ke seludup wang untuk sumbangan politik itu satu cara yg betul? PM kamu kata ya, apa jawapan kamu?

    ReplyDelete
  11. Umnobn kamu semua pe cepat mati sial jahanam

    ReplyDelete
  12. BN ini berpandangan bahawa apa saja yg mereka buat haram tak haram boleh jalan . Peduli apa rakyat cakap! Tak kemana pun.

    ReplyDelete
  13. Kalau seludup rokok ..salah!!

    Kalau seludup arak ..salah !!

    kalau seludup minyak ..salah!!

    baru aku tahu seludup wang 40 juta tak ..Salah!!

    hahahhahaha.!!!! INI KALILAH kita org sabah tukar kerajaan!!

    ReplyDelete
  14. betulkah micheal chia ni adik ketua menteri musa aman patut pun dia berani seludup duit 40 juta kaya kaya kaya hahahah INI KALI LAH

    ReplyDelete
  15. ini kalilah bah...

    ReplyDelete
  16. Michael chia tu but masala je burukkan name musa,tiada orang rasa duit tu dia makan semua...

    ReplyDelete
  17. Michael chia cakap apa pun korang percaya,fikirlah dulu ....

    ReplyDelete
  18. Dah muak, Reformasi, Ini Kali La, Tuuukaaaar.....

    ReplyDelete
  19. Najib dah dtg Kudat dan brjanji lagihh. Beliau sentuh isu pendatang dr Filipina dahhh. Nak buat CIQ dKudat katanya..tapi ndak tau bila pulak. Pruntukkan banyak djanjikan dan nak buat l/raya pesisiran dr Tuaran - Kota Marudu - Kudat. Pulakkk dah!!

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  20. Janji manis smua nya itu..tidak bole dipercayai. buang parit saja.

    ReplyDelete
  21. najip dtg ke sabah buat janji, di janjikan akan buat lebuh raya pesisir pantai tuaran,kota marudu kudat. seingat saya, najip tidak pula menyatakan dalam belanjawan 2013. jadi memang benar,najip buat janji tapi tidak dinyatakan dalam belanjawan. anda percaya?.....

    ReplyDelete
  22. Bukan juga Musa yang cuba menipu, tapi ini keputusan terakhir daripada SPRM.

    ReplyDelete
  23. Terima sajalah keputusan ini, SPRM tidak akan menyiasat kes ini lagi.

    ReplyDelete
  24. Tahniah Datuk Musa Aman kerana sudah dibersihkan namanya.

    ReplyDelete
  25. Rakyat sendiri menilaikannya.

    ReplyDelete
  26. Sering Musa terlibat dalam kes rasuah, lama-kelamaan, rakyat pasti akan percayainya.

    ReplyDelete
  27. MACC sudah mengesahkan bahawa Musa tidak terlibat, UMNO pula dikaitkan sekarang. Semua orang yang sama je.

    ReplyDelete
  28. Kes ini tiada penyelesaiannya, pasti mereka ini akan bebas akhirnya.

    ReplyDelete
  29. Kes ini pasti membawa kesan yang amat negatif kepada BN dan Musa.

    ReplyDelete
  30. No one will get caught at the end.

    ReplyDelete
  31. Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan.

    Semua kes ini pasti tiada pengakhiran, kes ini akan dibairkan dan dilupakan secara automatik.

    ReplyDelete
  32. Musa sudah menafikan kaitannya dengan duit itu, sekarang, UMNo pula dikaitkan. kami menantikan perkembangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  33. Kes rasuah masih aktif lagi di politik. INi memang menyedih dan membimbangkan.

    ReplyDelete
  34. Jika ini berterusan, tidak hairan akan bertukar kerajaan.

    ReplyDelete
  35. Baru aku tau UMNO ini penyeludup rupanya!

    ReplyDelete
  36. inda apalah kalu dorang terlepas dari siasatan manusia, mereka akan bebas, sebebas-bebasnya kerana manusia juga yg berperanan menentukan bersalah atau tidak tunggulah siasatan Allah pasti tidak terlepas...tunggulah saatnya! seolah2 dorang ini macam inda pandai mati2... takutlah akan kuasa Allah

    ReplyDelete
  37. Kami dbagai genarasi pengundi baru pada pru13 ini akan memastikan bn/umno di sabah akan berkubur dan kalah yg amat memalukan pada pilihanraya ini, kami tidaksanggup lagi bila melihat parti dan orang2 nya membodphkan rakyat apatah lagi penduduk kampung seperti kami.tawau pastinya akan menerima kekelahan yg amat dasyat unk parti bn/umno dan ahli2 nya. Kami mukan mudah di perbudakan lagi walau pund berikan tangki air yg tak berkualiti.

    ReplyDelete
  38. Musa Aman bersih daripada rasuah

    ReplyDelete
  39. MACC telah menjalankan tugas sebaik mungkin

    ReplyDelete
  40. SOALAN : MENGAPA KALAU HAL BERKAITAN SABAH MESTI ORANG LUAR (LIM GUAN ENG) MASUK CAMPUR? SUDAH MATIKAH PEMIMPIM2 SABAH YG LAIN? ATAU TIDUR? ATAU TAKUT? ATAU PERLU RESTU ORG LUAR DAHULU?

    ReplyDelete
  41. Aku bila BN/UMNO bercakap atau orang2 dia sikit pun aku tak pernah percaya....brcakap bnyak hanya nak mengisi kantong mereka sahaja. aku sebagai pengundi muda paling tak suka dgn orang2 BN/UMNo.

    ReplyDelete
  42. Siapa nak berkerja sebagai penyeludup wang juta2 sila jumpa Musa?Umno

    ReplyDelete
  43. Apabila keadilan dipinggirkan, & poket diri sendiri & kroni yg lebih diutamakan, inilah yg terjadi. Majoriti rakyat sabah kekal dlm tahap kemiskinan tegar, w'laupun negerinya terkenal kaya dgn hasil minyak. Mmg patut pun rakyat sabah bangkit utk berubah, setelah sekian lama mereka ditipu. Sabah yg selama ini menjadi rezab tetap bn, telah pun bagi isyarat yg amat jelas utk perubahan pucuk pimpinan. Disabah rakyat bangkit, disemenanjung jugak rakyat sedang bangkit. Dgn kebangkitan rakyat begini, hanya ada satu jln sj bagi bn dlm PRU13. Itulah jln keluar! Begitu kehendak Yg Maha Berkuasa, begitu jugak ia bakal berlaku...

    ReplyDelete
  44. Be End biasa la,apa saja kelebihan atau kekayaan utk dorg saja..Sabah negeri termiskin,kata Musa Aman,saya tidak miskin....

    ReplyDelete
  45. BILA KHAZAH NEGARA DAN RAKYAT DIJADIKAN HAK PARTI TERTUA BERKUASA.....KHAZANAH RAKYAT DAN NEGARA JADI BERTABUR DAN HURU HARA....SIANG MALAM MEREKA FIKIRKAN KUASA--KUASA....YANG USANG DAN TUA....55 TAHUN LAMA SANGAT....

    ReplyDelete
  46. apa pun jua kesalahan yang dibuat oleh pemimpin umno bn selalunya kes diorang menang dalam siasatan...apa tidaknya mereka yang menguasai kerajaan pusat,sebab itulah kita perlu tumbangkan kerajaan umno bn ini supaya dasar pentadbiran lebih baik negeri boleh maju dan rakyat lebih sejahtera...bersama2 kita bangkit dan berjuang untuk menukar kerajaan..

    ReplyDelete
  47. Seludup rokok haram tapi seludup wang untuk UMNO halal

    ReplyDelete
  48. Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Sabah President Datuk Lau Kok Sing is confident China will continue to invest in Sabah, further cementing economic ties between Sabah and China.

    ReplyDelete
  49. "I understand that sizeable investments from China are already visible in Sabah, particularly in plantations, and the first hotel complex wholly owned by entrepreneurs from China already successfully operational," he said.

    ReplyDelete
  50. Speaking at the MCCC Sabah second anniversary celebration that was graced by Head of State Tun Juhar Mahiruddin on Friday, Lau said the Malaysia-China trade revenue had improved from US$74.2 billion two years ago to US$90.3 billion.

    ReplyDelete
  51. Thus, China has become Malaysia's largest trading partner, with Malaysia having a trade surplus of US$30 billion.

    ReplyDelete
  52. "Even though with the general decline in the world's economy this year, we are still confident of reaching US$100 billion in bilateral trade between our two nations," he said.

    ReplyDelete
  53. In this respect, Lau said there is a huge market for China to tap into Sabah, which has rich natural resources and the largest palm oil industry in the country.

    ReplyDelete
  54. "Our booming tourism industry also complements the growing affluence of tourists from China. Consumer products from China are becoming increasingly more dominant among our people," he said.

    ReplyDelete
  55. Lau assured that the Malaysia-China Chamber of Commerce Sabah branch would continue to play its role to further improve the cultural and trading ties between the two nations.

    ReplyDelete
  56. He said that ever since the formation of MCCC Sabah branch, it had specifically promoted Sabah through various business channels whenever suitable occasions arise, as the ideal state in Malaysia for business dealings among investors in China.

    ReplyDelete
  57. "For the past two years, our close business relationships have also translated into valuable visits of top leaders from the People's Republic of China.

    ReplyDelete
  58. "I am sure the recent visits by the top leaders from China and their senior officials would enable them to have a better understanding of our State of Sabah.

    ReplyDelete
  59. "At the same time, Sabah would be better exposed and hence better understanding among the business community in China.

    ReplyDelete
  60. Of course, the diplomatic and political storm over disputed territories in the South China Sea would also attract attention to the proximity of Sabah to the disputed regions," he said.

    ReplyDelete
  61. Meanwhile, during the anniversary dinner, Juhar also witnessed the appointment of Sabah Publishing House Sdn Bhd Managing Director, Datuk Clement Yeh, and Sabah Timber Industry Association President, Datuk James Huang, as the honorary advisers of the MCCC Sabah branch

    ReplyDelete
  62. Unemployment in Sabah is relatively low at 5.2 per cent and has not increased despite a population growth.

    Based on figures by the Department of Statistics, the rate is higher than the national level at three per cent but comparable to Australia which is regarded as a fairly resilient economy, and half of France which stands at about 10.2 per cent.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.