Thursday, October 11, 2012
Demonstrasi Air Taman Medan Dusta Semata-mata
Kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas.
Oleh itu dakwaan sebuah NGO di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.
Menurutnya, rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
“Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma.
Penduduk yang duduk di flat yang mengatakan mewakili 3,000 orang sebenarnya hanya ada lebih 1,000 orang dan semua mereka dari blok dari A hingga H sudah menerima potongan rebat air daripada SPNB.
“Tuntutan mereka itu hanya berbaur politik kerana ia jelas mereka sudah mendapat perkhidmatan itu tetapi mendakwa kononnya tidak dapat,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor mengulas laporan media mengenai demonstrasi sebahagian penduduk di flat itu Ahad lalu yang mendakwa tidak mendapat air percuma 20 metre padu.
Beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu telah digunakan demi kepentingan politik Umno-BN.
“Saya mempunyai dokumen daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang mengatakan mereka sudah mendapat rebat itu dari Julai lepas atau mungkin lebih awal dari itu,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku dok kat Putrajaya ni dah 2 tahun dpt rebat percuma utk 20 meterpadu pertama ke. Ada dlm bil lagi, sapa kata takde air free. Eh eh eh, UMNO nih.
ReplyDelete**yassir arafat
tidak tau berterima kasih.....ingatlah kalu masi menipu Allah akan tanya nanti..! jgan ikut Syaitan!
ReplyDeleteSyaitan / UMNO dan terkadang syaitan pening dan demam panas sebab umno lebih terror kejahatanya dan fitnahnya dan hampir syaitan kehilangan perkerjaan.
ReplyDeleteDi Sabah janji kalau guna letrik kurang RM20 free. Tapi kami di kg Kebayau Telipok yang gunakan letrik kurang RM20 SESB datang baca meter 6 bulan sekali jadi waktu itu bil sudah mencecah lebih RM100 jadi tiadalah bil letrik percuma.
ReplyDeleteUMNO dah nazak sebab itu sanggup buat apa saja untuk menentang kebangkitan rakyat.
ReplyDeletePeniaga Melayu di Uptown diarah henti niaga?
ReplyDelete( Belum cukup kisah UMNO menipu orang awam dengan kes di UPtown Pulau Pinang menipu di selangor lagi semata-mata kerana terdesak karana kebangkitan rakyat. Walai pencacai UMNO yang beragama Islam Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Ingat sikit dunia akhirat )
Sdra Hashim Maon dr Kg Kerdas, GOMBAK tlh kemukakan fail saman kpd SYABAS atas KEGAGALANnya menyediakan prkhidmatan air bersih kpd sdra Hashim. Brkali2 aduan dbuat kpd Syabas mngenai kerosakan paip serta tiada air bersih kerumah beliau. Kerna tiada tindakan Syabas, sdra tu usaha sendiri secara kreativiti beliau demi air bersih. TAP TAP dtg Syabas krumah beliau tuduh mncuri air. Sapa ndak mengamuk.Hanya selesai dgn campurtangan SPAN ( Srhanjaya Air negara ) tetapi pihak Syabas tetap akan dsaman malu kerana tuduh curi air kpd pengguna setelah SYABAS yg gagal brfungsi. Sykt kroni UMporno tu. Sebab tu bodoh sama bodoh dgn lembu NFC.
ReplyDeleteBN penipu saja bha!!??.. **UMNO+BN bukan la sebuah parti yang tiada cacat cela, bukan juga sebuah parti yang terbaik..... tetapi di antara senarai parti politik yang ada..... UMNO+BN adalah terbaik!!!
ReplyDeletebetulka DS Anwar yg penasihat ekonomi PR Selangor dulu tu yg jujur + menepati janji2nya? janji dah `ditunaikan` termasuk isu air, murtad, arak, disco, cukai pintu rendah, subsidi kelahiran, OKU dibantu, UNISEL tiada campur tangan politik, rumah2 rakyat dibina..sentiasa ada, datang & memahami rakyat setiap kali kami perlukan??!!
malaysian mudah lupa..huhu
Ok.. kita ke mahkamah lah! Putar beli pandai. Sebenarnya banyak lagi yang dituntut bukan minta rebat air 20% setiap bulan, tapi antaranya -
ReplyDelete1. Kami juga sebenarnya menuntut sagu hati bulanan untuk rakyat menghantar anak2 kami ke taska seperti yg dijanjikan.
2. Jua ialah RM 75 sebulan untuk bayaran anak ke Nurseri .
3. RM 50 sebulan untuk bantuan kanak-kanak pra-sekolah, anak.
4. Bantuan RM 600 sebulan sebagai elaun Ibu tunggal di flat ini cukuplah..
5. Gaji minimum RM 1500 untuk pekerja di Selangor.
6. pengurangan cukai pintu,
7. bantuan perubatan percuma kepada warga emas.
8. Murtad, pub, pusat judi dan rumah urut yg berleluasa dan bertambah di Selangor.
pengumuman Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa kerajaan negeri berjaya menambah rizabnya kepada RM1.9 bilion berbanding RM500 juta pada tahun 2008 adalah menggembirakan kami orang-orang miskin. Bila Krj PR didakwa ok, tapi mengapa tak mau tunai janji?
Sedihnya ADUN-ADUN PKR Ini putar belit kenyataan! Hanya air yg kami tuntut?? ADUN Haniza pun jarang menemui kami, alih2 menjatuhkan maruah kami. PKR mmg suka memperbodohkan kami. Kami tak mau lagi sokong PR
Wal fitnatu asyaddu minal khotr..."Jgn kita bersama UMNo dlm menyebar fitnah celaka."
ReplyDeleteKalau dah bahalol dan bebal tapi masih mau sokong PARTI SYAITAN YG DIKENALI,sokonglah. Hanya jgn cipta isu2 yg sebenar tak ada isu spt sy sdra ANONYMOUS OKT 13; 8.43 PM dombakan kat atas tu. Sdra ni seolah2 spt penjual ubat mujarab yg boleh sembuh 40 jenis penyakit dgn satu pil ubat. Begitulah dgn sdra. 1-8 perkara yg dgariskan rasanya satu pun tak bole dpakai. Lepas sdra kata Anwar yg jadi penasihat ekonomi Selangor mcm gagal, tuduh pula MB Sel brputar belit lepas tu kaitkan pula dgn YB Haniza ADUN PKR. Jd rentetan yg sdra dombakan dah mcm 'imaginasi' sdra yg sebenarnya menggambarkan sdra keliru antara KEBAIKAN PR dgn KECELAKAAN BN/UMNO. Itu shj konsep yg saya nampak dr trjemahan tulisan sdra.
ReplyDeleteJgn suu dzon ( sangka jahat ) dgn UMNO yg minta seludupkan duit RM40 juta kpd mereka. Kan mereka tu miskin,hak mereka tu RM40 juta.
ReplyDelete