Wednesday, October 10, 2012

Wanita Dirogol Bergilir-gilir 10 lelaki Myanmar

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya - HM.

17 comments:
Write comments
  1. inilah acuan BN/UMNo yg senang2 nak menerima pekerja asing yg akhirnya akan membahayakan keselamatan dan harta benda penduduk tempatan...apa dah nak jadi dengan MALAYSIA KU INI ???????????????.

    ReplyDelete
  2. Sial siapa yang import perkerja Mymar ini ,bayangkan kalu anak kita yang terkena apa perasaan anda,pekerja asaing dan PTI banyak membawa jenayah so kita halau myammar dan pti dengan langkah kita tukar BN/umno di PRU 13 kepada PR ini kali lah.

    ReplyDelete
  3. nazri bilang pendatang asing tidak bahayakan negara. sekarang apa jadi? sekarang inipun penduduk di sabah sentiasa terancam dgn koloni pendatang ini. yg sedihnya, kerajaan UMNOBN senang2 saja bagi kerakyatan pada mereka hanya kerana alasan sudah pandai cakap melayu.

    sepatutnya rakyat sabah khususnya buka mata dan hati lihat bagaimana kerja kotor UMNO BN demi untuk menang pilihanraya sanggup menjual negara. apakah rakyat sabah yg menyokong UMNO BN tidak terasa berdosa kerana menyokong mereka walhal merekalah yg akan memusnahkan kehidupan anak2 mereka nanti'

    walaupun kita hidup susah tetapi bebas mencari rezeki kesana kemari tanpa rasa takut oleh sesiapa maka itu lebih baik daripada hidup senang lenang tetapi sentiasa takut kerana ancaman anasir2 PTI ni. aku ini sudah umur 50 tahun tak tahu apa akan jadi dengan anak2 pada masa akan datang. sebagai rakyat sabah, aku sungguh kecewa dgn isu PTI ini. paling menyakitkan hati apabila nazri kata PTI tidak membahayakan sabah. Pendek kata, aku mau tukar kerajaan dgn undi aku nanti.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik warga Nyammar tu ndak dpukul oleh oleh ramai. kalau memukul dan parah atau padam kawan tu, tentu kes yg timbul adalah membunoh oleh org ramai katas warga asing tu.Ndak timbul kes rogol. Itu undang2 Malaysia. Kalau kita kat negara diorang,nggak usah cakkap lah. Di INDON dan Thai...kalau kitak mamandu mobil dan kita dlanggar oelh mareka yg naik skuter, jawapnya kalu ndak ada Rps 1 juta atau Thai Baht500 ribu, jgn harap le mau lari. Tapi warga asng kat sini ,mamandu bebas pun ok. Mabuk pun ok, rogol wanita kita pun ok gak. Ndak ada apa2,bah. Ada undang2 nya tapi ndak menakutkan bg mareka suma,bah.

    ReplyDelete
  5. Sial ini BN bawa pekerja berjamama janayah so kita tukar dia kawan.

    ReplyDelete
  6. jahanam ini penyokong2 UMNO/BN, punca segala masalah sosialdi Malaysia khasnya Sabah

    ReplyDelete
  7. Kita kata SIAL pd BN tapi masalahnya ramai lagi org Sabah yg kata bagus. Malah yg ndak bagusnya PAS pulak. Bagus le bagituh, kita mnta UMNO masukkan warga Nyammar kat Sabah pulak. Baru betul tapi kalau dah bodoh tu,bodoh jugak lah.

    ReplyDelete
  8. Bro jangan sebut "Orang Sabah" NANTI KAPALA BERTEBURAN.

    ReplyDelete
  9. hujan lebat salah bn,tayar pancit salah bn,anak bodoh salah bn,buat ums salah bn,naik tarafjalan salah bn,jalanlubang sikit salah bn,tokey perlukan pekerja asing salah bn,kemalangan jalanraya salah bn,anak kena rogol salah bn...semuanya dipolitikkan dan menyalahkan bn.Ini lah kejayaan terbesar pembangkang yg telah berjaya mengubah pemikiran terutamanya orang sabah untuk membenci dan menyalahkan bn.tapi mereka yg punya akal dan fikiran yg waras tidak semudah itu diperbodohkan oleh taktik kotor pembangkang.

    ReplyDelete
  10. umno bn ditukar, yg ganti...lagi la ganas dan membawa ketidakharmonian.kluar mulut rimau masuk mulut naga.kekalkan bn jgn tukar

    ReplyDelete
  11. Mcm tuhan pulak si ANONYMOUS OKT 12, 4.25 PM @ 4.33 PM di atas. Dia tau dah yg ganti BN nanti lagi ganas dan tak harmoni. Cerdik lagi apai tuai drumah panjang sarawak atau kaum rungus dKudat, mba.

    ReplyDelete
  12. klu nazri aziz bilang x ancaman, knp 80% drpd statistik jenayah di sabah disumbangkan oleh PTI???

    ReplyDelete
  13. Bagi saya, PATI memberi ancam kepada keselamtan warga tempatan. Majoriti dalam penjara semua warga asing.

    ReplyDelete
  14. warga asing ni mmg suka buat hal.

    ReplyDelete
  15. Warga asing ni ada dokumen sah ataupun tiada??

    ReplyDelete
  16. Inilah sebab kita perlu menyekat kemasukan warga asing dengan lebih tegas.

    ReplyDelete
  17. Warga asing pun sudah boleh bawa Wira? Tolong la jangan dibagi muka sangat sama mereka ni!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.