Saturday, October 13, 2012

NGO Kelu Jawab Pertemuan Najib-Soros

Beberapa pemimpin NGO semalam enggan mengulas panjang apabila diajukan soalan berhubung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jutawan George Soros di New York pada 2010.

Antaranya, ahli Majlis Perundingan Melayu (MPM) Shahbudin Embun yang mendakwa masih belum membaca laporan itu – yang disiarkan Malaysiakini hari ini.

"Saya tidak mahu komen sebab saya tak baca blog itu. Tetapi secara umumnya, semua fakta ini datang daripada blog bahawa Soros tidak mesra dengan kita, tetapi mesra dengan pembangkang "Itu sahaja yang saya mahu komen. Jadi kamu pergi dan tidur dengan Soroslah," katanya dengan sinis apabila ditanya wartawan Malaysiakini dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, MPM juga merupakan menyokong Najib, institusi demokratik dan instusi raja.

"Kami sebagai NGO, akan mempertahankan negara ini, Datuk Seri Najib, institusi demokratik dalam negara ini dimana Raja adalah ketua dalam perlembagaan.

"Kami tidak mahu campurtangan daripada mana-mana pihak," katanya lagi dalam sidang media berhubung tindakan NGO Suaram yang menimbulkan skandal pembelian kapal selam Scorpene di Perancis.

Begitu juga reaksi beberapa NGO lain yang turut hadir dalam sidang media tersebut, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa dan Kelab Wartawan Muda Malaysia.

Pemimpin NGO tersebut berkata mereka masih belum membaca laporan berkenaan.

16 comments:
Write comments
  1. Itu NGO's Kepala Hotak. Memang akan kelu,mbah.

    ReplyDelete
  2. NGO ini kerjanya tidur saja sebab itu bila Najib akui sendiri temui Soros dorant t6ak tahu. Kesian punya NGO!

    ReplyDelete
  3. kelu/diam maksudnya dakwaan itu benar la...senjata makan tuan???

    ReplyDelete
  4. kalau orang lain jumpa pak soros tak boleh si...tapi Bung Najib jumpa om soros mengapa bisa....aduhh bisa bikin gua pusing jadinya.

    ReplyDelete
  5. Maklumat blog belum tentu betul. Kecuali kenyataan sendiri PM yang keluar dalam berita atau news portal.

    ReplyDelete
  6. Anwar kerap jumpa Soros mana kita tahu..chating dalam facebook lagi.

    ReplyDelete
  7. hala tuju negara kita begantung bagaimana kita menguruskannya. ramai orang cenderung untuk memikirkan negatif pasal pemimpin, mudah menyalahkan, mudah merungut. Tetapi, mereka tidak tahu bagaimana pemimpin itu berusaha utk berpandangan jauh hanya untuk memajukan negara kita daripada kemunduran. Manusia cenderung menikmati sesuatu yg indah tetapi langsung tidak mensyukurinya

    ReplyDelete
  8. Maklumat yg disampaikan dlm blog belum tentu betul kdang2 blog ini cuma luahan hati si penulis semata2 tanpa meggunakan fikiran dan kajian tetapi dengan hanya perasaan semata-mata

    ReplyDelete
  9. sepeti anjing dengan kucing

    ReplyDelete
  10. betul ke tidak ni? reka cerita senang ja.

    ReplyDelete
  11. Najib mengaku ada jumpa Soros tapi nothing special

    ReplyDelete
  12. Soros ni mahu buat krisis ekonomi macam dulu lagi ka?

    ReplyDelete
  13. Jgn kita suu dzon ( sangka jahat ) dgn PM yg jumpa Soros dNew York tu. Mngkin dia nak belajar agama dan akan ngajar kitab2 agama spt mana Nik ajis.

    ReplyDelete
  14. October 16, 2012 4:31 PM :

    mana kau tau soros yg menyebabkan krisis ekonomi? bagus kau kc ampai nama kau TUHAN bah!!!

    ReplyDelete
  15. Tapi Mahathir lagi dulu jumpa Soros dari Najib. rakyat pun tertanya2 tujuan pertemuan tu.

    ReplyDelete
  16. sekarang ni hangat isu dana dan isu Soros. semuanya berkaitan tentang wang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.