Permintaan tinggi terhadap daging ayam dan ikan pada musim cuti sekolah selain sikap tamak sesetengah peniaga didakwa punca utama kenaikan harga bahan makanan itu antara RM1 sehingga RM2 sekilogram sejak dua minggu lalu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, musim cuti sekolah memang sering menjadi pendorong kenaikan harga bahan makanan tersebut selain sikap sesetengah peniaga yang cuba mengaut untung berlebihan.
Kata beliau, kesannya harga ayam di ladang naik daripada RM4.90 pada awal minggu lalu kepada RM5.30 pada Jumaat lepas dan seterusnya mendorong penetapan harga lebih mahal di peringkat peruncit.
"FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) akan memastikan harga serta bekalan bahan makanan ini di pasar-pasar tani dipantau dan dikawal,'' ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Tambah beliau, sebanyak 450 buah pasar tani di seluruh negara akan digerakkan untuk menambah bekalan makanan segar.
Mengenai kenaikan harga ikan, Johari mengakui terdapat sedikit kenaikan harga beberapa jenis ikan di pasar-pasar awam.
"Sebagai contoh, ikan kembung gred A naik daripada RM9 sekilogram kepada RM10, ikan selar (RM10 kepada RM11) dan ikan tongkol daripada RM5.50 kepada RM6.50," jelasnya.
Johari berkata, berdasarkan analisis di beberapa kompleks pendaratan ikan, bekalan ikan terjejas sedikit akibat faktor cuaca yang tidak menentu selain permintaan tinggi pada musim cuti sekolah. -Kosmo
Monday, June 13, 2011
Cuti sekolah punca harga naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya, dari dulu lagi harga pasti akan naik bila menjelang cuti sekolah.
ReplyDeleteJadi, sudah buka sekolah ni adakah harga akan turun
ReplyDeletepeniaga janganlah naikkan harga sesuka hati walaupun mahu untung.
ReplyDeletePastikan harga serta bekalan bahan makanan di pasar-pasar tani dipantau dan dikawal
ReplyDeleteJangan la ambil untung lebih2 ba....mana pihak2 yg berwajib & bertanggungjawab untuk monitor kenaikan harga mcm begini?
ReplyDeletePemantauan dari masa ke semasa harus ada bagi memastikan tidak ada kenaiikan yang dilakukan sewenang2nya.
ReplyDeleteKeuntungan adalah satu perkara yang dinanti2kan oleh peniaga. Saya pasti kita semua juga inginkan keuntungan yang lebih namun yang membezakan kita adalah tahap kesedaran untuk mendapatkan keuntungan dengan cara yang baik, bukan dengan cara menaikkan harga dan mencekik darah pengguna. Oleh itu saya mencadangkan agar ada kempen kesedaran dilakukan untuk sentiasa memberi kesedaran kepada para peniaga agar melakukan perniagaan dengan betul.
ReplyDeletepeniaga haruslah mempunyai kesedaran dan tidak menaikkan harga sesuka hati.
ReplyDeletekalaupun peniaga2 ini naikkan harga barangan, bukan mereka yang kena blame.. rakyat tetap blame kerajaan.. so selagi dapat mengaut keuntunggan tanpa sebarang bantahan dari pengguna, selagi itulah mereka bermaharajalela..
ReplyDeletecuti sekolah bukan alasan untuk menaikkan harga barangan.
ReplyDeleteItu sudah pasti. Pemantauan perlu bagi harga barangan seperti ini. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba mengaut keuntungan.
ReplyDelete