Monday, June 13, 2011

Bersih 2.0 akan tetap diteruskan

Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.

Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.

"Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.

Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta.

Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.

"Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya.

Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman.

"Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya.

Declare perang fizikal

Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar.

"Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata.

"Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya. -HD

Ambiga tak gentar ugutan

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan tidak gentar dengan pertembungan kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan aman 9 Julai ini.

dap abolish isa forum 230908 ambiga sreenevasanKetika dihubungi petang tadi, Ambiga berkata beliau menghormati pandangan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang berikrar akan menghalang perhimpunan berkenaan.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ambiga berkata perhimpunan BERSIH diadakan secara bertanggungjawab, aman dengan matlamat murni agar pilihan raya bebas dan adil diadakan di negara ini.

"Ramai rakyat Malaysia yang berkongsi pendapat ini, mereka menyokong penuh usaha kami. Saya tidak akan bergaduh dengan PERKASA yang membantah perhimpunan ini kerana ia adalah selaras dengan proses demokrasi dan kebebasan berpersatuan,” katanya.

bersih rally 271207 02"Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan,” kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.

Katanya yang penting BERSIH 2.0 mahu perhimpunan aman dan pada masa yang sama berharap tanggapan pihak berkuasa, khususnya polis mengenai perhimpunan seumpama itu akan juga berubah.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.

NONEBeliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.

Beberapa laporan polis juga dibuat bagi membantah perhimpunan itu. -MK

21 comments:
Write comments
  1. Teruskan usaha demi pilihan raya yang adil dan bersih.

    ReplyDelete
  2. Himpunan tersebut akan menganggu lalu lintas. Setiap parti yang bertanding perlu la bersih dan adil dalam pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  3. Bukankah gagasan 1Bumi 1Melayu juga dibantah dulu tapi ia tetap juga dilancarkan?

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan ini akan menyusahkan orang ramai terutamanya laluan trafik dan akan menjejaskan industri pelancongan negara.

    ReplyDelete
  5. Apa salahnya perhimpunan Bersih ini dijalankan jika ia dibuat secara aman dan bertanggungjawab. lagipun tujuannya baik iaitu untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

    ReplyDelete
  6. Harap semua parti/badan bersikap profesional dan tidak bertindak mengikut perasaan.

    ReplyDelete
  7. Love one another as i have love you ( John 13:34-35 )

    ReplyDelete
  8. Dua2 sudah hilang akal, baik kamu pergi jauh2 dari Malaysia sebab orang2 macam kamu ini memang tidak boleh hidup bersama. Kami pun tidak inginkan orang2 seperti kamu ini....lebihkan keganasan berbanding kedamaian... GILA baik semua masuk rumah sakit jiwa...

    ReplyDelete
  9. Kalau saya Najib sudah lama sy buang kewarganegaraan terhadap kedua2 pihak... biarkan mereka rasa.... hanya fikir tentang mereka sahaja tapi tidak fikir tentang orang lain. Ingat kamu saja yang tinggal di Malaysia ini? Kalau berani sangat pergi lah jadi askar beramal untuk negara, kan ada pahala lagi daripada melakukan kerja yang tidak berfaedah ini..... Betul2 Sakit jiwa dan otak!

    ReplyDelete
  10. kedua-dua pihak haruslah bersikap rasional dan fikirkanlah kepentingan awam.

    ReplyDelete
  11. "Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia,"

    apa PAS ingat itu jalan hak dia? suka2 buat perhimpunan.. habis la semua penyokong2nya dijadikan perisai semata2 untuk mencapai agenda politik mereka..

    ReplyDelete
  12. jika PERKASA dan Bersih20 bertembung, pasti ia akan menimbulkan kekecohan yang lebih teruk. tak bolehkah mereka fikir pasal keamanan negara.

    ReplyDelete
  13. Jika semua pihak harus berfikiran secara terbuka berusaha mengelakkan ketengangan kan senang. hhmm..

    ReplyDelete
  14. Apapun, harap hal ini dapat ditanggani dengan baik.

    ReplyDelete
  15. Inikah PAS yang sukakan kekacauan.

    ReplyDelete
  16. Polis kata akan buat tangkapan sebelum perarakan ini. Tujuan ialah untuk menggelakan keadaan yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  17. Polis boleh membantu menjayakan perhimpunan ini dengan memberi bantuan pemantauan dan penyusunan trafik.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan tidak perlu terlalu risau akan perarakan ini. Biarlah mereka berarak dengan aman dan terima 'message' yang dibawa oleh mereka dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  19. Kerajaan harus menghormati hak rakyat berhimpun dan menyuarakan pandangan. Jika Bersih diadakan dengan aman, lulukan permohonan Bersih.

    ReplyDelete
  20. Tujuan Bersih adalah untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Jika ia disekat dan tidak dibenarkan, bermakna kebenaran tidak diamarkan.

    ReplyDelete
  21. Jangan mengunakan alasan bahawa perhimpunan ini menjejaskan lalulintas atau mengganggu ketenteraman awam, rakyat tidak percaya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.