Walaupun pengerusi Gerakan Kedah Cheah Soon Hai, semalam, melabelkan  perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai  'lawak bodoh yang tidak bermanfaat', namun rakannya di Pulau Pinang akan  menyertai acara itu bersama sekumpulan peguam.Menurut  ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit  Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai  Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.
Baljit  berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau  menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan  menjamin demonstrasi aman.
Kumpulan itu akan  menyerahkan nama-nama peguam yang akan terbabit dan mereka juga akan  membekalkan perkhidmatan perundangan kepada peserta BERSIH sekiranya  tangkapan dibuat.
"Setiap orang mesti hormat  perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat  meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.
Perhimpunan  besar-besaran itu akan diketuai oleh beberapa NGO dengan tujuan  menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon  campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya  negara. -MK
Saturday, June 11, 2011
Gerakan akan sertai perhimpunan BERSIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




harap perhimpunan tu berlangsung dgn aman tanpa sebarang kekecohan.
ReplyDeletejangan pula sampai berlaku kekecohan nanti..
ReplyDeleteBuat demonstrasi dengan aman.
ReplyDeleteAhli Gerakan terlibat dalam memantau perhimpunan ini atas dasar kerja saja.
ReplyDeleteYeah, hope that Bersih can carry on their assembly smoothly.
ReplyDeletebiarlah demonstrasi itu dilakukan dengan aman dan semua yang terlibat harus ingat apa sebenarnya tujuan utama demonstrasi itu dijalankan.
ReplyDeletetidak ada amannya jika perhimpunan itu dianjurkan oleh parti politik, dan tidak ada amannya jika perhimpunan itu mengganggu aktiviti orang awam yang lain.
ReplyDelete"Setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.
ReplyDeleteI like his statement especially it came from a member of BN component party.
Semua orang tidak kira apa latar belakang mereka, pekara yang betul dan benar kita berdir mempertahankanya
ReplyDeleteImej Gerakan bagi saya adalah sebauh parti politik yang sesat arah tuju parti. Kali ini mereka membuat satu keputusan yang boleh disifsatkan berani dan betul kerana mempertahankan hak rakyat yang diperuntukan oleh Perlembagaan.
ReplyDeleteMCA tidak berani menyertai perarakan ini? Gerakan sudah masuk, mana MIC?
ReplyDeleteHarap polis memberi lampu hijau kepada pihak penganjur kerana rakyat berhak menyuara secara aman.
ReplyDeleteIni adalah peluang yang baik untuk Gerakan membuktikan bahawa mereka masih releven dalam arena politik negara.
ReplyDeleteTidak ada larangan kepada mana-mama pihak untuk menyertai BERSIH. Apa yang penting pastikan tidak akan melanggar peraturan dan berkelakuan baik.
ReplyDelete