Tuesday, June 7, 2011

Husam Perlu Mengemudi Jentera Pilihan Raya Pas

PENAKA musafir di padang pasir yang kehausan air, begitulah perumpamaan boleh dikatakan kepada Husam Musa apabila sebaik menang sebagai naib presiden Pas beliau terus mencampakan idea dan harapannya untuk mengatur pelan bagi memajukan Pas. Katanya (Pas) akan merancang dan menyusun program di semua sudut untuk meletakkan Pas dalam keadaan kondusif bagi menghadapi pilihan raya. Begitulah kira-kiranya dan diharap saya tidak tersalah mentafsir!

Dua tahun Husam meninggalkan Jalan Raja Laut, meninggalkan bangunan Pas yang pembelian diusahakan olehnya. Nasib kata orang, sebaik rumah siap dia terpaksa berada di luar, menikmati keindahan dari jauh dengan penuh kekangenan membelah jiwa.

Pejabat naib presiden yang baru siap dan dilengkapi dengan kemudahan terpaksa ditinggalkan apabila kalah dalam pertandingan merebutan jawatan timbalan presiden dua tahun lepas. Walaupun tidak ada siapa yang menghalang untuknya berkontor di situ, tetapi Husam semacam merasakan kekalahan itu satu ruang untuk dia bermahasabah dan mengungsi dari situ.

Dan kemenangannya untuk menduduki semula kerusi naib presiden seolah-olah membawa pulang semula beliau ke rumah asalnya. Dia kembali kini saya percaya sesudah melakukan mahasabah dan istikharah yang banyak.

Tidak dapat dibayangkan apakah yang sudah dilakukan dan kejayaan yang sudah dicapai dalam tempoh itu kalau dia memenang jawatan timbalan presiden dua tahun lepas. Mungkin sudah banyak perubahan dan kemajuan untuk Pas. Iya, walaupun dilantik menjadi Ajk dan memegang lunjnah pembinaan bangunan Pas, tetapi kerja itu tentulah tidak sepenuhnya. Kata orang semangat untuk bekerja tidak begitu penuh dan bersemangat seperti sebelumnya bila mana tewas dalam sesutau pertandingan yang dibumbui harapan menggunung.

Keadaan itu ditimpa pula dengan suasana politik Pas di Kelantan yang berombak dingin atau bertiup bagaikan angin semilir. Walaupun tidak kencang tetapi kedinginan angin semilir yang meliang lintuk turun dari bukit ke lemah cukup menyejukkan badan. Walaupun Pas Kelantan tidak berkedut sangat, tetapi suasananya tidak begitu lendek. Masalah kedutan halus yang boleh dianggap seni dan mencabar permain politik Kelantan perlu disegera dilendekkan kerana pilihan raya umum sudah menggamit tiba.

Di sini sejajar Exco kanan kerajaan Kelantan itu menyebut fasal menyusun pembangunan dan kemajuan untuk Pas ingin saya mengongsikan sedikit idea bersama 'bekas' kawan saya ini. Mudah-mudahan didengarnya dan mendapat restu pula daripada Pas pusat. Apa yang saya perkatakan ini adalah dari kepingan hati yang jilah dan tulus.

Pada 12 Jun ini kepimpinan baru Pas - Dewan Harian akan buat pertama kali bermesyuart bagi membentuk barisan kempimpin sessi 2011 - 2013. Dalam mesyuarat itu presiden akan mencadangkan beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan untuk dipersetujui oleh Dewan Harian. Selepas itu penyusunan dan pengemasan lunjnah akan dilakukan.

Serentak itu juga ia lantikan pesuruhjaya Pas negeri-negeri akan dibuat. Di sini saya tidak mahu bercakap fasal Pesuruhjaya tetapi ingin memberi fokus kepada satu cabang penting dalam Pas iaini mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pilihan raya adalah penting. Pilihan raya adalah destinasi terakhir kepada segala gerak kerja yang dilaksanakan oleh Pas. Dari sudut atau kaedah untuk mendapat kuasa bagi merealisasikan cita-cita Pas, pilihan raya adalah penentunya. Walaupun Pas kini mendapat sokongan rakyat, tetapi kalau jentera pilihan raya masih ditakak lama, ia tidak menjamin kemenangan. Jentera pilihan raya akan memainkan peranan penting dan utama. Dalam hal jentera pilihan raya ini harus dimantapkan lagi dengan idea-idea baru yang bernas dan bersifat kontemporari.

Iya memerlukan seorang kreatif dan tahu membaca masa depan. Sorang yang strategis dan pakar perundingan yang cemerlang. Seorang yang bijak memintas perangkap dan jerat musuh. Yang arif membaca tektik dan muslihat lawan. Dalam masa sama seorang yang pandai mengumpankan musuh untuk terjerut dalam perangkap sebelum diserahkan kepada algojo.

Apabila melihat keperluan ini, di sini saya melihat Husam adalah antara orang yang memiliki beberapa keistimewaan itu dan layak diberikan tanggungjawab untuk mengemudikan jentera pilihan raya. Sekali lagi disebut jentera pilhan raya bukan saja setakat membuat penculaan ala stail lama itu tetapi teknik-teknik lain ayng lebih canggih dan memerlukan pembiayaan yang banyak.

Bukan bermakna Pengerusi JPP kini Abdul Halim Abdul Rahman sudah tidak laku dan diperlukan lagi. Tetapi pendekatan atau strategi yang digunakan pakai Abdul Halim sudah tidak relevan pada masa ini. Ianya sudah out of dated. Kalau kita insaf kegagalan dalam beberapa pilihan raya kecil lalu adalah disebabkan stail atau strategi yang lama yang diguna pakai sejak tahun 60-an lagi. Bagi memanfaatkan Abdul Halim beliau bolehlah dilantik sebagai penasihat JPP.

Sebenarnya banyak kalau hendak diperkatakan perubahan atau pendekatan yang perlu beralih dalam aspek ini dan saya yakin kalau ianya diserahkan kepada orang yang berkebolehan seperti Husam ia akan dapat meningkatkan martabat dan keberkesanan jentera pilihgan raya Pas. Kalau Mat Sabu penggerak massa biarlah Husam menyusun dan mengatur massa itu secara sistemetik menerusi JPP. Kombinasi antara dua kepakaran ini tentu akan memberi impak kepada Pas.

Saya rasa penyerahan jawatan itu bukan merugikan sesiapa apa lagi untuk menurunkan pangkat dan mengurangkan peranan sesiapa tetapi atas satu tujuan meningkatkan daya kerjanya. Dalam hubungan ini apa yang sangat diharapkan, perlantikan itu nanti akan turut sama membawa perubahan kepada JPN Kelantan.

Dalam hal ini Husam boleh memanggil semula rakan-rakan sebaya yang menjadi pemimpin pelapis di Kelantan, seperti Mohd Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan, Zulkefli Mamat serta adik-adik pemimpin muda Dr Mohd Fadzli Hassan, Nik Abdul Nik Abdul Aziz, Mohd Zaki Abdul Rahaman, Arifahmi Abdul Rahman dan lain-lain. Tenaga ini perlu digemblengkan untuk memastikan Kelantan dapat dipertahankan. Tidak molek kalau ada di antara tenaga di Kelantan di kesampingan kerana untuk berdepan dengan lawan semua perlu selangkah sederap.

Saya berharap cadangan ini akan diberi perhatian oleh Prersiden khususnya dan Dewan Harian yang akan bersidang pada 12 Jun ini

http://msomelayu.blogspot.com

14 comments:
Write comments
  1. Tahniah kepda Husam Musa. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab anda dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Pembaharuan perlu untuk mengemudi jentera pilihan raya.

    ReplyDelete
  3. semoga dpt membawa pembaharuan yng baik kepada PAS.

    ReplyDelete
  4. semoga PAS dapat mempertahankan kepimpinannya di Kelantan.

    ReplyDelete
  5. harap ahli-ahli PAS dapat bekerjasama dengan Husam untuk meningkatkan daya kerja dalam perjuangan bersama.

    ReplyDelete
  6. pastikan tugas dilaksanakan, itu yang penting.

    ReplyDelete
  7. kita tunggu saja, pastikah PAS dapat mempertahankan kerusi mereka atau tidak. PRU 13 adalah penentunya.

    ReplyDelete
  8. Tanggungjawab kepada rakyat harus diutamakan.

    ReplyDelete
  9. Jangan persiakan kepercayaan ini kerana ianya hanya berlaku sekali sahaja.

    ReplyDelete
  10. jadi sekarang ni PAS guna stail dan strategi baru la ni untuk menang PRU.. tengok la nanti macam mana rakyat nilai.. samada berdasarkan kemampuan parti menyusun strategi atau kemampuan parti menyelesaikan masalah rakyat.

    ReplyDelete
  11. Let's see if he is capable in leading PAS to win in the next GE.

    ReplyDelete
  12. Selamat memimpin PAS ke arah kemajuan.

    ReplyDelete
  13. Kita tunggulah PRU-13 untuk melihat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.