Tuesday, June 7, 2011

Yuran Astro Bakal Alami Kenaikan?

Bermula 11 Julai ini, stesen televisyen berbayar Astro bakal membuat beberapa pelarasan pakej yang ditawarkan kepada lebih tiga juta pelanggannya dengan menyaksikan ada penetapan caj baru selain tawaran penjimatan.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan berkata, berikutan pelarasan itu sesetengah yuran langganan mungkin naik RM1 hingga RM15 sebulan bergantung kepada pakej.

Katanya, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan kenaikan kos kandungan global dan tempatan termasuk hak penyiaran acara sukan.

"Kami komited dalam meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi Astro tidak lagi mampu untuk terus menyerap kenaikan kos kandungan.

"Untuk itu, kos langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, walaupun ada yuran naik tapi ada penjimatan antara RM4 hingga RM14.95 sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya terus komited untuk mengekalkan caj langganan bagi Pakej Famili iaitu RM37.95 merangkumi 38 saluran pelbagai bahasa dan genre.

Katanya, pelanggan Astro juga boleh menikmati penjimatan lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan perakam video peribadi (PVR).

"Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.

"Aspirasi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman menonton yang terbaru dan tiada bandingnya kepada para pelanggan,'' ujarnya.

Astro yang beroperasi sejak tahun 1996 kini menawarkan 146 saluran pelbagai bahasa dan program antarabangsa serta tempatan. -kosmo

14 comments:
Write comments
  1. Janganlah naik sampai RM15.

    ReplyDelete
  2. Apapun, harap2x Astro tidak mengalami kenaikan yang tinggi.

    ReplyDelete
  3. lebih baik guna siaran tidak berbayar.

    ReplyDelete
  4. baru-baru ni tariff elektrik naik. sekarang yuran astro lagi pula dinaikkan. nampaknya, rakyat kena lebih berjimat sekarang memandangkan semuanya sudah naik..

    ReplyDelete
  5. rakyat juga kena pandai mengatur perbelanjaan. utamakan keperluan daripada kehendak.

    ReplyDelete
  6. Harap pelarasan pakej ini tidak mengalami kenaikan hingga membebankan pelanggan.

    ReplyDelete
  7. Kalau harga naik, mutu siaran pun kena tingatkan. Asyik2 wayang recycle. Bosan.

    ReplyDelete
  8. setuju dengan namaste...mutu siaran kena tingkatkan dan janganlah asyik tayang wayang yang sama berulang kali.

    ReplyDelete
  9. Namaste betul kata kamu. :D cerita satu hari ulang-ulang saja, lepas itu besok sama juga. Harap Astro cari lagi tayangan baru untuk memastikan kepuasana pelanggan dengan bayaran dan siaran yang ditayangkan.

    ReplyDelete
  10. Mungkin boleh lakukan sesuatu agar rakyat tidak terlalu terbeban.

    ReplyDelete
  11. Jika dinaikkan lagi takut ramai yang tidak mampu dan ini akan memberi kesan kedapa permintaan terhadap astro.

    ReplyDelete
  12. kalau saya rasa tidak mampu nanti saya tutup saja astro di rumah.. bukannya penting sangat pun..

    ReplyDelete
  13. Batalkan Astro sajalah. Jangan subscribe lagi.

    ReplyDelete
  14. Biar Astro bankrap sajalah, kualiti tidak naik, tapi harga pula naik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.