Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak ‘menternak’ anak hingga mengabaikan pendidikan rohani, sekali gus mengakibatkan generasi muda terjerumus ke kancah perzinaan, kata perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.
Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad, semalam, mengenai pengakuan dua remaja perempuan berasal dari pantai timur yang menganggap aktiviti seks luar nikah sebagai hobi masa lapang selain menjadikan rumah keluarga lokasi terbaik bagi melakukan perbuatan terkutuk itu.
Katanya, konsep ternak digunakan bagi menggambarkan tindakan ibu bapa yang hanya bertanggungjawab menyediakan makanan, tempat tinggal, kewangan dan memenuhi kehendak anak tanpa memberi ‘makanan’ untuk jiwa remaja.
Katanya, tindakan sedemikian akan menghasilkan jurang antara hubungan ibu bapa dan anak, selain memberi ruang kepada remaja mencari keseronokan di luar rumah.
Menurutnya, ketiadaan ibu bapa di rumah kerana kesibukan mencari rezeki digunakan sepenuhnya oleh anak yang meningkat dewasa sebagai lokasi paling sesuai untuk melakukan kegiatan tidak bermoral iaitu alternatif kepada hotel bajet.
Katanya, hal ini berikutan ketegasan pihak berkuasa membuat serbuan terutama di hotel bajet dalam menangani gejala maksiat dan ia memaksa anak muda menjadikan rumah sebagai pilihan kedua.
“Rumah yang sebelum ini dianggap tempat paling bahaya dan tidak selamat bagi melakukan perbuatan maksiat kerana dibimbangi diketahui ibu bapa, sudah menjadi lokasi pilihan utama mereka.
“Ini membuktikan gejala maksiat negara kita berada di tahap membimbangkan kerana rumah disifatkan sebagai ‘benteng’ terakhir bagi penanda aras keruntuhan akhlak remaja berjaya dirobohkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, perbuatan zina berpunca daripada nafsu seseorang individu dan ditambah pula dengan kebanjiran bahan lucah secara terbuka hingga mewujudkan perasaan ingin mencuba di kalangan remaja biarpun masih di bangku sekolah.
Katanya, bagi menangani masalah berkenaan, ibu bapa disaran membimbing anak masing-masing dengan ajaran agama dan menitikberatkan kewajipan bersolat dalam usaha membentuk peribadi mulia. -hm
Tuesday, June 7, 2011
Jangan Hanya Pandai "Menternak" Anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sentiasa pantau kegiatan anak-anak. Jangan lalai akan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
ReplyDeleteRemaja harus tahu membezakan antara yang baik dan buruk. Berfikir sebelum bertindak.
ReplyDeleteIbu-bapa memainkan peranan yang penting untuk mengiring anak-anak mereka ke arah yang betul.
ReplyDeletesemua pihak terutamanya ibu bapa perlu sentiasa mengambilberat tentang anak-anak mereka. ini penting bagi mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
ReplyDeletemasalah keruntuhan moral remaja adalah masalah yang perlu diambil berat. pantaulah anak2 kita.
ReplyDeleteibubapa harus mendidik anak-anak mengenai agama sejak dari mereka dilahirkan dan ibubapa itu sendiri perlu menjadi 'role model' kepada anak-anak mereka.
ReplyDeleteParents plays an important role in their children upbringing.
ReplyDeleteThen again, there are many cases where children who come from religious background family are involve in sexual activity. These children were guided well by their parents but in the end they choose to be in the wrong path. So it's not fair to completely lay all blame at the feet of the parents. These children should also be blamed for acting impulsively.
ReplyDeleteHairan betul remaja zaman sekarang ni.. Ada juga remaja yang saya kenal, didik dengan baik TAPI dapat anak yang pandai berlakon. Depan tunjuk baik, belakang buat aktiviti yg tak bermoral. huhuhu
ReplyDeleteApapun, paling poenting ibubapa harus memainkan peranan mereka sebaik mungkin. Saya yakin buluh patut dilebur dari rebungnya:)
ReplyDeleteharap didikan dari para ibu bapa perlu bagi mengelak para anak berlaku seperti ini.
ReplyDeletekadangkala ada ibubapa yang bila ditegur pandai melenting.. kononnya itu hal keluarga dia dan orang lain tidak boleh masuk campur..
ReplyDelete