Menurut laporan akhbar seminggu dua ini, isu rasuah bolasepak kembali dihantui. Isu rasuah ini semakin hangat apabila kenyataan telah dibuat oleh beberapa pihak termasuk penerima dan pemberi.
Sukan bolasepak merupakan sukan nombor satu yang mempunyai peminat paling ramai, isu ini pernah melanda Malaysia pada tahun 1994 dan 1995 sehingga menyiasat 120 orang pemain , jurulatih dan pegawai sehingga digantung setahun hingga empat tahun.
DPPKM memandang serius isu ini apabila 3 Jun yang lalu, tersiar di sebuah akhbar mengenai seorang jurulatih pasukan T-Team yang mendedahkan bahawa pemain beliau mengaku menerima rasuah. sebelum itu bekas pengurus pasukan T-Team juga mendakwa mengakui isu tersebut masih lagi berleluasa.
Ini juga kerana mengikut laporan sebuah akhbar Ketua Polis Negeri Terengganu belum lagi menerima laporan berhubung sindiket perjudian bolasepak ini.
DPPKM memohon beberapa perkara dilakukan segera berkenaan dengan isu ini
1- Menyiasat secara keseluruhan semua pasukan bolasepak samada Skuad negeri, kelab, presiden mahupun pelapis tidak mengira pangkat samada pengurusan sehinggalah kepada pemain simpanan.
2- Semua persatuan bolasepak haruslah membuat laporan polis dengan kadar segera, agar tindakan pantas dan segera dapat diambil bagi membendung isu ini semakin menular.
3- FAM haruslah bertegas menangani dalam isu ini, memandangkan perkara ini boleh kembali semula menjelma walaupun tindakan diambil. Dengan menghukum
4- Slot pengisian ruhiyyah atau kerohanian hendaklah dipertingkatkan samada diterapkan dalam kursus, latihan ataupun tazkirah pendek selepas latihan ini kerana kebanyakan pemain bolasepak memiliki asas agama yang kurang.
Akhir sekali DPPKM mengharapkan agar semua persatuan sukan di dalam negeri Terengganu dapat mengatasi isu ini dengan sebaiknya, DPPKM dengan senang hati dan tangan terbuka bagi member kerjasama kepada mana-mana persatuan untuk yang memerlukan bantuan.
Semoga Allah dapat memelihara negeri kita daripada bala dan bencana kesan daripada tangan-tangan manusia yang durjana. Kami juga mendoakan kemenangan skuad Negeri Terengganu dalam perlwanan akhir piala FA 11 Jun nanti.
Menerajui Kebangkitan Anak Muda
Mohamad Aswadi Bin Mohamad
SETIAUSAHA PEMUDA PAS KAWASAN MARANG
Tuesday, June 7, 2011
Rasuah Bolasepak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap pengambilan rasuah tidak akan berlaku lagi. Bertandinglah dengan bersih, selamat berjuang kepada Pasukan Terengganu!
ReplyDeletePenyiasatan secara kesuluruhan harus dijalankan untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk.
ReplyDeleteTingkatkan integriti, jauhkan rasuah. Mainlah dengan semangat kesukanan.
ReplyDeleterasuah dalam sukan menjejaskan kualiti persembahan dalam pertandingan. harap pekara ini dapat diberikan perhatian yang serius.
ReplyDeletejauhilah rasuah, jika atlit mengambil rasuah, selagi itulah industri sukan kita takkan berkembang.
ReplyDeletediharap pemain, jurulatih dan pegawai dapat berkhidmat dalam bidang bola sepak tanpa terlibat dalam rasuah.
ReplyDeletesebaiknya gejala rasuah harus dibanteras dalam semua lapisan masyarakat kerana rasuah hanya menguntungkan individu tapi dalam jangka panjang ia merugikan negara dan rakyat.
ReplyDeleteEven in sports, there is bribery. Such a shame for these people to involved in taking the bribe.
ReplyDeleteEveryone should stay away from any involvement in bribery and corruption
ReplyDeleteRasuah memang menakutkan. Kalau semua benda pun ada rasuah, entah apa yang akan berlaku nanti.
ReplyDeleteJusteru, semua pihak harus bersatu memerangi rasuah.
ReplyDeleteJangan diulangi lagi perkara ini..
ReplyDeletepemain yang menerima rasuah tidak patut diberikan peluang kedua walaupun beliau berpotensi mengharumkan nama negara..
ReplyDelete