MANTAN Setiausaha Politik kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan era kerajaan Parti Bersatu Sabah, John Jinus berhasrat untuk bertanding di kawasan Tambunan pada PRU 13.
Kawasan Tambunan kini diwakili Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Josep Pairin Kitingan.
John Jinus merupakan Pengasas PBS meninggalkan parti itu bersama-sama Datuk Dr. Jeffery Kitingan dan masuk Keadilan (PKR) dan terus memimpin PKR di Tambunan selaku Ketua Cabang.
Bagaimanapun, Dr.Jeffery Kitingan telah keluar dari PKR bersama beberapa orang rakannya, tetapi, John Jinus yang merupakan orang kanan Dr. Jeffery dalam PKR, ketika dulu tidak keluar dari PKR, sebaliknya beliau (John) meneruskan perjuangan dalam PKR.
John tidak menafikan bahawa stastistik pengiraan undi pada PRU 12, setiap peti undi di Tambunan memang tiada yang di menangi oleh pembangkang, tetapi senario politik sekarang di Tambunan telah berubah, jelas John ketika tiba gilirannya memberi taklimat kepada para penceramah sebelum berakhirnya kursus itu.
Kursus pemantapan PACA sebagai persediaan menghadapi PRU 13 anjuran PKR negeri Sabah diadakan selama dua hari di Hotel Beringgis Beach Resort yang berakhir petang 8 Jun 2011.
Sementara itu, mantan pegawai polis Afared Linggi bakal memusnahkan politik wakil rakyat dari parti UPKO-BN di kawasan Bingkor pada PRU 13, Justin Gungka.
Ketika memberi tahu Sabahkini.net semasa waktu rehat dalam kursus itu, Linggi berkeyakinan besar kawasan itu jatuh kepada tangan Pembangkang pada PRU 13.
Kawasan Bingkor termasuk dalam Parlimen Keningau yang diwakili oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sekarang ini.
Ramai bekas penjawat awam yang pernah menyandang jawatan seperti Pengarah dan Pegawai Polis yang sudah bersara turut mengambil bahagian dalam kursus memantapkan para petugas PACA di samping berkongsi pandangan di kawasan lain selepas mendengar tunjuk ajar para penceramah yang berpengalaman yang didatangkan khas dari Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur.
Kawasan Tenom merangkumi dua kawasan DUN menghantar seramai sambilan orang yang diketuai oleh Setiuasaha cabangnya Masrey Raisimin turut dalam kursus itu.
Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI (sabahkini)
Friday, June 10, 2011
JOHN JINUS Vs PAIRIN DALAM PRU-13?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mesti menarik pertandingan ini anatara Jinus dan Pairin.
ReplyDeletePairin dan Jinus masing2 mempunyai ramai penyokong. persaingan antara mereka pasti sengit.
ReplyDeletememang kedua-dua mereka mempunyai penyokong masing-masing, tapi rasanya lebih ramai yang menyokong Pairin.
ReplyDeletekita tengok saja adakah pembangkang akan mendapat sokongan yang tinggi dari penduduk di Tambunan yang dikatakan Jinus telah berubah senario politiknya sekarang.
ReplyDeletetapi antara John Jinus dan Pairin, Pairin lebih menonjol dan dikenali ramai. apapun, masing2 pasti sudah bersiap sedia dengan jentera pilihan raya.
ReplyDeleteSenario politik sudah berubah. Persaingan mungkin menjadi lebih sengit.
ReplyDeleteKelebihan masih berpihak kepada Pairin. Tetapi apa2 pun boleh terjadi.
ReplyDeleteSetiap parti sudah mula mengatur langkah sebagai persediaan PRU 13. Tunggu dan lihat keputusannya.
ReplyDeleteramai org tambunan marah dgn pairin, sengaja dibiar mundur, tapi macamana pun tetap pangkah pairin jugak! takut ketulahan brgkali...
ReplyDeletebelum cuba belum tahu.. sebelum bertanding, semua kita boleh cakap. lepas bertanding baru cover balik, takut terkena ludah sendiri.
ReplyDeletePRU 13, ini menyaksikan pertembungan pairin dengan john linus, mungkin pairin akan hilang kekebalan di tambunan.
ReplyDeletepairin sukar dicabar di tambunan...selama ini tidak kira sama ada pairin kerajaan atau pembangkang sokongan tetap kuat diberikan kepada beliau di tambunan.
ReplyDeletemungkin dengan perubahan politik masa kini, pairin dapat dicabar tetapi untuk john menang adalah hampir mustahil..belaiu mesti mengemukakan isu yang kukuh untuk mencabar pairin.
ReplyDeleteapa2 pun, kita tunggu dan lihat pada PRU nanti.
ReplyDeleteterpulang kepada pengundi2 di tambunan untuk mengundi siapa yang dirasakan lebih layak mewakili mereka..
ReplyDeleterasanya pairin tetap menang di tambunan..selama ini pun, naik dia dalam kerajaan atau pembangkang, beliau tetap menang..
ReplyDeletekita tunggu dan lihat siapa yang akan lebih menonjol..
ReplyDeleteBercita-cita tinggi tiak bermakna pasti menang. Belum sampai masa belum tahu lagi siapa yang bertakta.
ReplyDeleteMampuka beliau mencabar bekas majikan beliau? Dt Pairin masih berhasrat berkhidmat, kita tunggu keputusanya nanti.
ReplyDeleteIt is like a grasshopper facing a giant, Giant is getting old but still powerful.
ReplyDeletekepada penduduk sabah khas KDM jangan terlalu asyik dengan pemimpin kesayangan anda,pilih lah pemimpin yang boleh menaik taraf bangsa anda kerana terlalu mengagung-agungkan seseorang boleh menjadikaan bangsa itu mundur dan ketinggalan pada masa hadapan,ambil contoh MURUT keningau yang dinama kan MURUT Naabai dimana sudah mereka,cuba periksa kepimpinan negeri atau persekutuan,sedang kan satu masa dulu mereka ada Tan Sri Suffian Koroh dan Azlan Kinjawan dan berjela-jela nama pemimpin MURUT Naabai ini sekarang mahu jadi ketua Bahagian Parti pun susah mahu cari...itu lah kalau pemimpin itu sudah tidak mampu menaik taraf sesuatu kaum itu tukar dengan yang berkemampuan....fikir-fikir lah sendiri.....
ReplyDeleteItu pilihan masing-masing dan terpulanglah pada PKR samada melantik John Jinus sebagai calon meraka.
ReplyDeletebanyak insiden yang lalu berlaku jika mereka ini tidak dipilih sebagai calon, mereka akan bertindak keluar parti serta merta dan jadi calon bebas kononya demi kepentingan penyokong.
ReplyDeleteTahap kesetiaan mereka terhadap parti teruji.
Cuma keinginan beliau sendiri dan barangkali cuma syok sendir saja. Manalah tahu PKR ada calon lain?
ReplyDeleteapa isu yang dibawa oleh John Jinus untuk melawan Dt Pairin?
ReplyDeleteWakil dari PKR iaitu John Jinus dan juga bekas pengasas PBS. Apa pun kita lihat peperangan antara PBS dan bekas ahli PBS ini.
ReplyDeletengam la rancak-rancak PRU13..timbulkan isu-isu relevan demi kemajuan.
ReplyDeletetia ada yang kekal untuk selamanya, apa lagi sinario politik sikarang sudah berubah. kalo um-no sudah jatuh, parti2 bn yg lain pun tia ada arti lagi..
ReplyDeletekalau betulpun John Jinus mewakili PKR melawan Pairin, rasanya John Jinus masih tidak mampu mengatasi populariti Pairin.
ReplyDelete