Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.
Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.
Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa. -hm
Saturday, June 11, 2011
Jururawat Diculik Nyaris Dijual
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syukurlah Jururawat tersebut selamat dan berjaya melarikan diri, kalau tidak, entah apa yang terjadi padanya.
ReplyDeletesentiasalah berhati-hati agar pekara yang tidak diingini dapat dielakkan. harap polis akan dapat menangkap tiga lelaki tersebut.
ReplyDeleteMalang tidak berbau. Nasib baik mangsa dapat menyelamatkan diri. Kena sentiasa berhati-hati dan elakkan jalan bersendirian.
ReplyDeletemacam-macam perkara boleh terjadi sekarang. jadi, kita kena selalu berhati-hati. kalau berjalan tu biarlah berteman dan kalau tidak pun berjalanlah di tempat yang ramai orang.
ReplyDeleteselagi penjenayah ini bebas selagi itu golongan wanita berada dalam bahaya.. kes2 seperti ini patut disusuli dengan operasi besar2an..
ReplyDeleteThe police should work harder to reduce crime rates.
ReplyDeleteBerhati-hatilah dengan keadaan sekarang dalam pemerdagangan orang ini. Banyak kes culik dan hilang berlaku. Jadi berhati-hatilah. Jangan berjalan berseorangan.
ReplyDeletesemoga polis dapat menangkap mereka yang terlibat dalam kegiatan jahat ini dan harap kes ini dapat diselesaikan.
ReplyDelete