Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara yang enggan kembali berkhidmat di negara ini selepas menamatkan pengajian mereka akan diminta membayar balik dengan nilai penuh biasiswa termasuk dikenakan faedah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jemaah Menteri akan mengkaji berasaskan undang-undang sedia ada bagi melaksanakan tindakan itu.
"Jika Kabinet bersetuju, bekas pelajar tajaan JPA yang sudah bekerja di luar negara akan diwajibkan membayar balik semua perbelanjaan berkenaan termasuk faedah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini, Ahad.
Turut hadir ialah Ketua Bahagian UMNO Jerantut Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.
Mohamed Nazri berkata kebanyakaan pelajar tajaan JPA yang enggan pulang merupakan mereka yang menuntut di universiti di Eropah dan Amerika Syarikat yang menerima biasiswa berjumlah antara RM400,000 dan RM1.2 juta setiap seorang.
"Sewajarnya golongan berkenaan patut mengenang budi kerajaan yang memberi biasiswa dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional tertentu di luar negara," katanya. - BERNAMA
Sunday, June 5, 2011
JPA : Biasiswa Diminta Bayar Balik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang betul. Mereka ini menerima tajaan kerajaan dan duit rakyat untuk belajar di luar negara, memang patut mereka balik berkhidmat serta membawa balik apa yang mereka belajar semasa di luar negara.
ReplyDeletekerajaan memberi biasisawa kepada mereka adalah untuk agar mereka dpt kembali berkhidmat dgn negara.
ReplyDeleteTindakan ini wajar diambil kerana mereka sepatutnya kembali ke M'sia dan berbakti di tempat sendiri.
ReplyDeleteKurang semangat patriotik menyebabkan mereka memilih untuk bekerja di luar negara.
ReplyDeletepelajar yang diberikan biasiswa untuk belajar di luar negara seharusnya kembali untuk memberikan khidmat kepada negara.
ReplyDeleteRasanya gaji yang mahal di luar negara menarik minat mereka untuk bekerja di sana. walaubagaimanapun, sebagai seorang rakyat Malaysia yang sudah ditaja sepenuhnya oleh kerajaan harus sedar akan tanggungjawab mereka kepada negara.
ReplyDeletememang wajar untuk mereka membayar balik biasiswa itu jika enggan untuk berkhidmat di negara sendiri. usaha kerajaan kelihatan sia-sia saja jika pelajar yang ditaja tidak menyumbangkan apa2 kepada negara.
ReplyDeleteTidak pulang tapi jangan lupa bayar hutang. 400k--1.2 juta?? Banyak duit itu.
ReplyDeleteBaru saya tau biasiswa JPA begitu banyak sampai mencecah jutaan ringgit.
ReplyDeleteMacam mana nak kenakan tindakan undang-undang terhadap mereka sekiranya mereka tidak pulang ke Malaysia?
ReplyDeleteBudi dikenang, hutang dibayar. Tinggi pelajaran mu, mudah lupa jadi penyakit mu.
ReplyDeleteBukan susah untuk mereka membayar balik pinjaman jPA kerana nilai USD dan GBP sangat tinggi dibanding RM.
ReplyDeleteSebelum kita menunding jari terhadap mereka, lebih baik siasat apa sebab mereka ini tidak mahu pulang ke tanah air mereka.
ReplyDeleteBagus jugalah kalau tindakan ini dilaksanakan. hehe
ReplyDeleteTakkan suka2 guna biasiswa lepas tu tak mahu pula berkhidmat utk negara sendiri kan. hhmmm...
ReplyDeleteThis is to avoid brain drain in Malaysia.
ReplyDeleteServe ur own country before serving other country.
ReplyDeleteItu sudah pasti kepada mereka yang mendapat tajaan JPA haruslah balik semula ke negara untuk berkerja, tapi begitu sebaliknya kepada yang tidak balik kenalah membayar semula biasiswa tersebut dengan tambahan kadar faedah,.
ReplyDeletena pilih la yang mana satu.. mahu biasiswa atau bayar balik.. rasanya memang patut juga JPA ambil tindakan ini..
ReplyDelete