Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.
Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.
Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.
“Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.
“Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet.
“Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.
“Kami tidak tahu motifnya dan kenapa Yasin di masjid ini dijadikan pilihan,” katanya.
Pihaknya telah membuat laporan polis dan kesemua 21 naskhah terbabit diambil polis untuk disiasat.
Imam 1 masjid berkenaan, Ahmad Zawawi Ali berkata, majlis bacaan surah Yasin itu diadakan malam semalam untuk menggantikan kuliah agama dan dihadiri 75 lelaki dan 25 wanita.
“Selesai solat Isyak, naskhah surah Yasin itu diambil dan diedarkan kepada jemaah. Seorang daripada jemaah lelaki menyedarinya dan memberitahu Abdul Rahman.
“Suasana majlis bertukar menjadi riuh apabila lebih ramai jemaah menemui gambar itu di dalam naskhah masing-masing,” katanya.
Gambar lucah itu tidak ditemui di dalam naskhah yang dikhaskan untuk jemaah perempuan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan laporan polis yang dibuat.
“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Sehingga kini belum ada tangkapan.
“Kita ingin menasihati jemaah dan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.
Beliau meminta pentadbir masjid lebih berhati-hati menjaga masjid dan meletakkan pengawal untuk mengelak pencerobohan. -SH
Sunday, June 5, 2011
Gambar Lucah Dalam Yasin, Angkara Siapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa yang melakukan perkara seperti ini dan apa motif mereka melakukannya?
ReplyDeleteAda juga yang sanggup buat macam ini? Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang.
ReplyDeletesungguh biadap mereka yang melakukannya. tidak menghormati kesucian agama lain.
ReplyDeleteHarap tindakan diambil ke atas individu yang tidak b'tanggungjawab ini.
ReplyDeletemacam2 perkara berlaku sekarang. harap perkara ini disiasat dengan teliti dan pelaku dikenakan tindakan yang wajar.
ReplyDeleteperbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab. tindakan yang tegas perlu dikenakan terhadap individu yang bersalah.
ReplyDeleteHopefully the culprit will be found and action will taken against that person.
ReplyDeleteIni satu perbuatan yang menjijikan. Apa motif perbuatan ini?
ReplyDeleteIni satu perbuatan yang dirancang. Polis harus cari siapa dalang perbuatan ini.
ReplyDeleteMacamana rupa manusia yang sanggup mencemarkan kesucian rumah ibadah ini?Mempunyai tanduk di atas kepala kot?
ReplyDeleteThis is ridiculous. What is in their mind?
ReplyDeleteIni adalah perbuatan segelintir manusia yang tidak tau erti hormat dan tidak menghargai keharmonian masyarakat.
ReplyDeleteKita doa agar Tuhan mengampuni tindakan kurang ajar dalang perbuatan ini. Mereka ini sesat.
ReplyDeletehhmmm, siapapun yang buat perkara ini hanya Tuhan saja yang tahu.. Susah juga manusia zaman sekarang, ada2 saja hal yang nak ditimbulkan.
ReplyDeleteSemoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal hasil daripada perbuatannya.
ReplyDeleteMungkin ada pihak menyimpan dendam dengan pihak masjid. Apa pun biarlah pihka polis membuat siasatan dan harap sedikit maklumat perlu diberikan kepada pihak polis untuk membantu kes ini.
ReplyDeleteini isu besar ni.. baik tunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang spekulasi.. tau la si pesalah nanti apa akibatnya..
ReplyDelete