Wednesday, June 8, 2011

JPN tolak pendaftaran 'Anak Malaysia'

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

azlan"Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa, penentuan keturunan bagi kanak-kanak adalah berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak sahaja.

"Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut," kata Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.

NONEBagaimanapun, JPN menolak permohonan itu dengan mengatakan yang pasangan itu hanya dibenarkan memilih sama ada Cina atau India. Hannah (kanan) akhirnya terpaksa memilih Cina dan memutuskan untuk menulis surat rayuan kepada Najib dan JPN.

Bawa ke mahkamah

Susulan itu ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo melalui laman twitter menyokong tindakan pasangan tersebut dan mencadangkan perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.

Sementara itu NGO 'Saya Anak Bangsa Malaysia' (SABM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan JPN menerima pendaftaran semua kanak-kanak sebagai 'Anak Malaysia' berdasarkan tuntutan ibu bapa.

“Kami sepenuhnya menyokong ibu bapa dalam menentukan identiti anak tercinta mereka.

“Kami dengan sepenuh hati memuji Hannah dan Rama di atas keberanian dalam menegakkan pendirian mereka.

bangsa malaysia multiracial malaysia“Pendirian mereka mengingatkan kita tentang identiti umum sebagai manusia biasa, dan sebagai ahli kolektif yang dipanggil Malaysia, layak untuk mendapat penghormatan paling tinggi,” kata SABM dalam satu kenyataan hari ini.

Dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menyemak keperluan dalam kategori 'etnik' dalam semua borang rasmi.

Dianggap tempang

“Kami hairan terhadap status semakan terhadap perkara ini. Apa yang jelas JPN belum bertindak terhadap keputusan itu.

“Dalam era teknologi maklumat, alasan JPN bahawa sistem baru belum dibentuk bagi menentukan 'identiti' baru itu boleh dianggap tempang,” kata kenyataan itu.

najib and malaysia peopleSABM berkata Najib dan kabinet perlu mengambil tindakan serta-merta bagi menunjukkan keikhlasan kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia.

“Kita, sebagai rakyat, memerlukan secara sedar menolak etnik yang dicipta oleh ahli-ahli politik dan ahli birokrat yang membezakannya”. Kata SABM

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia menyokong Hannah dan Rama dalam perjuangan mulia untuk mencabar paradigma ketinggalan zaman pentadbiran berdasarkan 'keetnikan'” mengulas kenyataan. -MK

17 comments:
Write comments
  1. jika semua gunakan etnik anak Malaysia. akan hilanglah identiti bangsa kita seperti bajau,Dusun, Cina, Melayu, India dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Idea ini agak pelik. Identiti sebenar bangsa akan hilang jika digunakan secara kolektif.

    ReplyDelete
  3. Kurang setuju dengan penggunaan 'anak malaysia'.

    ReplyDelete
  4. saya pun kurang setuju dengan idea ini. identiti bangsa perlu dikekalkan dan pada masa yang sama kita semua saling menghormati.

    ReplyDelete
  5. saya pun tidak setuju dengan pendaftaran 'Anak Malaysia' ni. kan lebih terperinci jika menyatakan etnik seseorang tu.

    ReplyDelete
  6. Macam tidak sesuai, bangsa tiap2 etnik mempunyai sejarah lampau yang boleh membanggakan. Bangsa juga mempunyai identiti yang tersendiri. Jika penggunaan Anak M'sia untuk bangsa maka hilanglah identiti sesuatu bangsa, Lama kelamaan orang akan lupa bangsa2 yang suatu masa dulu ada di M'sia. Jadi, saya pun tidak setuju juga dengan penggunaan Anak M'sia sebagai bangsa. Kita harus berbangga & menjaga identiti bangsa masing2 & tidak harus dilupakan. Ini yang unik dengan M'sia. Kepelbagaian bangsa.

    ReplyDelete
  7. Mereka harus bangga & bersyukur, walaupun berlainan bangsa tapi boleh bersama membina sebuah keluarga. Saya tidak bersetuju penggunaan "Anak M'sia" sebagai merujuk bangsa seseorang. Mereka kena pilih samada anak tersebut berbangsa cina / india.

    ReplyDelete
  8. kenapa perlu wujud permintaan seperti ini? atau ini hanya permintaan peribadi Hannah kerana tidak mahu dalam apa jua urusan anaknya dikategorikan berbangsa India? Hannah perlu belajar menghormati bangsa, bukannya menghapuskan bangsa.

    ReplyDelete
  9. Itu sudah pasti, keturunan haruslah mengikuti keturunan ibu atau bapa. Tidakkan Ibu melayu, bapa jawa anak pula india. Tidak logikkan perkara ini.

    ReplyDelete
  10. kalau mahu terima semua kanak-kanak sebagai anak malaysia, jadi makin bertambah lah warga asing di sabah..harus diingat bahawa sabah parah dengan kehadiran warga asing..

    ReplyDelete
  11. tidak perlu wujudkan satu lagi bangsa...identiti keturunan seseorang anak itu harus berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa..

    ReplyDelete
  12. It would be difficult to identify a person race if the birth cert only state the ethnicity as "anak malaysia".

    ReplyDelete
  13. Be proud of the various races we have in malaysia.

    ReplyDelete
  14. Setuju, status anak perlulah sama dengan status ibu-bapa.

    ReplyDelete
  15. Pendaftaran sebagai Anak Malaysia ini perlulah dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  16. kenapa JPN tak memperkenalkan sahaja keturunan 'Cin-dian' dalam borang? kan bagus...

    ReplyDelete
  17. Perkataan 'Anak Malaysia' memang tak setujulah. Kemungkinan besar masalah PATI di Sabah bertambah rumit lagi jika mereka mangatakan anak itu dilahirkan di Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.