Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.
Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.
“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.
“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”
Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.
Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.
"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.
"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.
Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".
“Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa,” kata Karpal.
Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. -mk
Wednesday, June 8, 2011
Karpal: Mahathir Banyak Buat Salah , Perlu Bertaubat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rasanya bukan sahaja Mahathir, malah karpal dan mana2 pemimpin yang pernah melakukan kesalahan perlu bertaubat.
ReplyDeletePerkataan bertaubat itu perlu untuk semua. Bukan hanya individu tertentu. Tiada manusia yang tidak pernah membuat dosa/kesalahan.
ReplyDeletesetiap orang perlu senstiasa berusaha untuk membetulkan diri sendiri dan berusaha untuk berubah menjadi lebih baik.
ReplyDeleteAhli2 politik veteran ini lebih baik bersara dan beri laluan kepada generasi baru.
ReplyDeletejangan saling menyalahkan. sepatutnya diri sendiri sedar dengan kesilapan yang dilakukan.
ReplyDeletesaya lihat kedua-dua mereka ini pun pernah dikaitkan dengan isu-isu yang kurang menyenangkan. sebaiknyanya mereka berusaha untuk memperbaiki kelemahan.
ReplyDeleteSeharusnya Mahathir bersara sepenuhnya dalam urusan negara. Tapi sebagai warganegara M'sia yang mengamalkan demokrasi, Mahathir boleh meyuarakan pendapat beliau. Begitu juga Karpal.
ReplyDeleteMahathir patut bersara dan mengundur diri daripada politik negara.
ReplyDeleteKebijaksanaan walaupun pada usia melebihi 80 tahun, minda intelektual tokoh ulung negarawan ini memang bijak dan sangat tajam pemikirannya. sebab itu pemimpin2 Pakatan tersentak setiap kali beliau buat kenyataan.
ReplyDeleteMahathir memang pemimpin yang berkebolehan. Kerana beliaulah Malaysia menjadi apa yang ada sekarang.
ReplyDeletesiapa2 yang bergelar ahli politik dan mempunyai kuasa memang melakukan kesalahan..semua sama saja.
ReplyDeletemahathir perlu minta maaf kepada penduduk sabah kerana menghalalkan projek IC kepada PATI.
ReplyDeleteThere is a good and bad in Mahathir.. Because of him, Malaysia is well developed. No other PM can beat him in that department.
ReplyDeleteAgree with joe. Mahathir is not the only politician with many mistakes. I think all politicians are the same. I hope all politicians focus to serve the people. Enough playing dirty!
ReplyDelete