Saturday, June 11, 2011

MCMC : 10 Laman Web Disekat

http://vectorise.net/logo/wp-content/uploads/2010/12/SKMM-MCMC.jpgSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahu 10 laman web yang membenarkan aktiviti muat turun filem dan video secara tidak sah, disekat dan memaklumkannya kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk berbuat demikian.

MCMC berkata, pihaknya menerima permintaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keenggunaan untuk mencegah capaian kepada laman web yang didapatinya melanggar Akta Hakcipta 1987.

“Suruhanjaya telah memaklumkan kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tentang permintaan ini dan tindakan sedang diambil secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ia berkata di bawah Akta itu, pemegang lesen berkewajipan untuk membantu MCMC mencegah perbuatan melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

"Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan," tegasnya.

Maklumat mengenai surat daripada MCMC dipercayai untuk ISP teah terbocor dan disiarkan di laman-laman belog beberapa hari lalu.

Anatar laman web yang disenaraikan termasun www.warez-bb.org/ dan www.megavideo.com/. -Mstar

15 comments:
Write comments
  1. jika lama web tersebut tidak baik untuk masyarakat, lebih baik ia disekat.

    ReplyDelete
  2. Jangan kaut keuntungan dengan cara yang salah.

    ReplyDelete
  3. Macam manalah industri perfileman/muzik nak maju di negara ini jika rakyat sendiri yang menjatuhkannya.

    ReplyDelete
  4. peraturan perlulah sentiasa dipatuhi.

    ReplyDelete
  5. betul tu adidas kg..lagipun rakyat biasanya lebih suka muat turun filem atau video free dari laman2 web daripada membeli CD/DVD. pendek kata, rakyat lebih cenderung untuk mendapatkan sesuatu secara percuma.

    ReplyDelete
  6. lagipun, mungkin laman2 web tersebut bebas untuk mengeluarkan sebarang bentuk filem atau video yang tidak sesuai untuk ditonton.

    ReplyDelete
  7. teruskan sahaja sekatan ini... lagipun undang2 juga membenarkan sekatan ini dibuat..

    ReplyDelete
  8. Keep up the good job.

    ReplyDelete
  9. Samada ia penapisan atau penyekatan, bukan mudah kerana dunia cyber terlalu luas hampair tiada batasan.

    ReplyDelete
  10. Manta PM Tun Mahathir pernah berjanji tidak akan ada penapisan atau penyekatan pada internet semasa beliau menjawat jawatan PM.
    Janji ini perlu dipatuhi kerana ia melibatkan reputasi negara.

    ReplyDelete
  11. Muat turun wayang dan muzik di internent adalah percuma, itu yang jadi tarikan utama.

    ReplyDelete
  12. Apa sekatan yang berkesan? Sekat satu laman, timbul beratus lagi.

    ReplyDelete
  13. Dunia sedang melangkah ke era cyber yang tiada batasan. Negara yang maju tidak menyekat laman -web.

    ReplyDelete
  14. Biar rakyat yang menilai informasi yang mereka perlu. Kebebasan mendapat maklumat adalah penting. Ia meningkatkan kematangan seseorang.

    ReplyDelete
  15. Itu sudah pasti. Kepada mana-mana laman web yang tidak mengikuti syarat perlulah disekat bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.