Datuk Seri Najib Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajikan "yang baru terfikir oleh PAS" sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Bernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau berkata, penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA sudah menepati ciri kebajikan yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.
"Saya pelik dan ajaib, ada yang mencanangkan negara kebajikan...mereka baru terfikir?" katanya ketika merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di Putrajaya hari ini.
Baru-baru ini, PAS melaungkan untuk memperjuangkan negara kebajikan selepas sekian lama mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam.
Pada 3 Jun lalu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” kata Hadi. -MK
Negara berkebajikan Najib terus tekan rakyat?
Presiden Umno, Najib Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajkan "yang baru terfikir oleh PAS" sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Bernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.
Benarkan negara Malaysia sekarang negara berkebajikan.?
Bolehkah sesebuah negara dikatakan negara berkebajikan sedangkan :-
1) Rakyat semakin sengsara dengan kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik dan barangan akibat tindakan kerajaan menarik balik subsidi kepada rakyat tetapi pada masa yang sama meneruskan subsidi kepada kroni contohnya IPP. Malah Petronas juga semakin untung tetapi subsidi rakyat dikurangkan.
2) Kos pendidikan semakin meningkat dan rakyat terpaksa meminjam wang dari kerajaan dan terpaksa membayar dengan interest 4 % setahun. Sepatutnya sebuah negara yang dikatakan berkebajikan pendidikan sepatutnya percuma
3) Pemimpin kerajaan dan kroni-kroni mereka kaya raya sedangkan rakyat semakin terhimpit
4) Badan penguatkuasa, kehakiman, SPR, JPN dilihat tidak lagi telus dan menjaga kepentingan rakyat dan umum sebaliknya lebih banyak menyebelahi kerajaan dan BN.
5) Gaji dan pendapatan rakyat terbanyak tidak naik atau naik pada kadar yang sangat minimum sedangkan kos sara hidup meningkat mendadak.
5) Kos perubatan juga semakin meningkat.
dan banyak lagi ..............
http://mutaligat.blogspot.com
hrap negara kebajikan yang diwar-warkan oleh PAS benar2 menjaga kebajikan seluruh rakyat.
ReplyDeleteKalau kerajaan bertukar tangan sekalipun, adakah masalah2 yang disebutkan di atas tidak akan berlaku? Fikir lagi.
ReplyDeleteterserah kepada rakyat untuk membuat penilaian mereka sendiri.
ReplyDeleteTingkatkan lagi usaha2 untuk menjaga kebajikan rakyat jika itu yang dilaung-laungkan.
ReplyDeletesamada BN atau PAS yang lebih dahulu melaungkan 'negara berkebajikan' yang penting perjuangan yang menjurus kepada negara kebajikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan kepentingan rakyat sentiasa terjaga.
ReplyDeletemaknanya kalau PAS mentadbir negara ini semua harga barang dan perkhidmatan akan turun dan kekal selama2nya?? ini yang perlu dijawab oleh pemimpin2 PAS..
ReplyDeletesiapa yang berani cakap dalam PAS tidak berlaku rampasan tanah, penindasan, rasuah dan menternak kroni??.. dan siapa yang meluluskan dan mendapat manfaat dari IPP kalau bukan Anwar..
ReplyDeleteLet the people vote the party that is most suitable for their needs.
ReplyDeleteTidak penting siapa yang cipta model negara kenajikan, yang penting siapa yang berjaya melaksanakannya.
ReplyDeleteRakyat masih sengsara dengan beban hidup yang semakin meruncing, ini merebut 'jenama' pula.
ReplyDeleteFikirkan apa yang telah dihadapi oleh rakyat sekarang.
Jika seperti apa yang dikatakan Malaysia ialah negara kebajikan sekarang, saya rasa banyak ruang lagi masih perlu diperbaiki.
ReplyDeleteKenapa baru-baru saja isu ini dibangkitkan? Bukankah sudah lama PAS berniat menubuhkan sebuah negara kebajikan?
ReplyDeleteSebenarnya siapa yang duluan mengilhamkan idea ini?
ReplyDeletePAS sanggup melepaskan keinginan mereka menubuh negara Islam? Apa beza antara Negara Islam dan Negara Kebajikan?
ReplyDeleteKalau satu sama lain mempunyai tujuan yang sama apa salahnya jika bersatu dan bersama membantu rakyat dan negara..
ReplyDelete