Wednesday, June 8, 2011

Panggil polis bodoh, didenda RM50

Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lalu di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai penyiasat, V Ravi, manakala tertuduh diwakili peguam Hayyatuddin Muhammad.

Peguam bela tertuduh sebelum itu merayu mahkamah supaya melepaskan tertuduh dengan amaran memandangkan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya selain anggota polis terbabit juga tidak memakai pakaian seragam serta kenderaan rasmi jabatan ketika menjalankan tugas itu.

Katanya ia tidak mencerminkan etika yang sepatutnya dipatuhi oleh seorang anggota polis ketika menjalankan tugas mengakibatkan berlaku salah faham sehingga menimbulkan provokasi yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

Mengikut fakta kes, tertuduh dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya dan telah terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan.

Dia yang diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga mengeluarkan kata kesat itu sebelum bertindak menghubungi ayahnya.

Ayahnya yang datang selepas itu dilaporkan memarahi anggota polis berkenaan kerana menegur anaknya dengan mengatakan jalan itu adalah jalan anaknya dan kawasan itu adalah kampung mereka sebelum bertindak meninggalkan anggota polis tersebut dalam keadaan tidak puas hati. - BERNAMA

13 comments:
Write comments
  1. lain kali jgn mengeluarkan kata2 kesat terhadap orang lain.

    ReplyDelete
  2. Dekat atau jauh suatu perjalanan itu, undang2 mesti dipatuhi. Lain kali gunakan topi keledar jika tidak mahu disaman.

    ReplyDelete
  3. Ikut etika kerja untuk mengelakkan salah faham.

    ReplyDelete
  4. tidak kira sesiapa pun perlulah mematuhi peraturan dan jangan mengeluarkan kat-kata kesat terhadap orang lain.

    ReplyDelete
  5. tidak kira polis atau siapapun, kalau ditegur sebab menyalahi undang2 kenalah terima dengan baik. bukan membalasnya dengan kata2 yang kesat.

    ReplyDelete
  6. si ayah kenapa pula memarahi anggota polis tu. sepatutnya dia marah dengan anaknya sebab tak memakai topi keledar.

    ReplyDelete
  7. Polis itu hanya menjalankan tugasnya saja. Sudahlah salah kerana tidak memakai topi keledar...

    ReplyDelete
  8. sebenarnya rondaan tanpa memakai pakaian seragam lebih berkesan.. apa salahnya polis itu melakukan sesuatu yang baik untuk keselamatan perempuan itu? dan si ayah juga patut ajar anak dia mematuhi undang2.. hari ini panggil polis bodoh, besok2 bila ada masalah polis juga yang dia cari..

    ReplyDelete
  9. Salah sendiri janganlah sampai menyalahkan polis dan mengeluarkan perkataan yang kurang sopan. Lainlah cerita jika polis itu cuba mencabul kehormatan haruslah juga. Ini salah sendiri tidak memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal.

    ReplyDelete
  10. The only bodoh person i can see here is the lady.

    ReplyDelete
  11. She ought to be fined for calling the police stupid. All the police did was to warn her to wear helmet.

    ReplyDelete
  12. hah, jangan tak pakai lagi helmet tu..nanti terkena polis yang sama parah lagi!

    ReplyDelete
  13. waduh...si ayah patutnya berasa malu atas tindakan anaknya itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.