Wednesday, June 8, 2011

SAPP akan perangkap Pakatan ?

Sementara negara memfokus ke arah pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat mula bergerak secara aktif untuk membentuk satu gandingan formal dengan parti tempatan di Sabah — SAPP dengan harapan dapat mematahkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri Malaysia timur itu.

Sabah antara negeri yang dilihat masih muncul deposit tetap bagi BN dengan menawarkan 25 kerusi Parlimen.

Pakatan Rakyat percaya bahawa kerjasama dengan Parti Progresif Sabah itu, yang diterajui oleh bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee, adalah penting demi merancakkan peluang perikatan tersebut menentang BN dalam pilihan raya umum, yang dijangka dipanggil bila-bila masa.

The Malaysian Insider difahamkan PKR Sabah di bawah kepimpinan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membentuk satu pasukan perundingan untuk mengadakan perbincangan dengan SAPP.

DIfahamkan anggota dalam pasukan itu termasuklah ketua cabang PKR Libaran Ahmad Thamrin Jaini, Datuk James Ghani (Papar), Datuk Halik Zaman (Tenom), Christina Liew (Kota Kinabalu), Datuk Kong Hong Ming (Tawau), ketua sayap pemuda PKR Sabah Jafery Jomion dan timbalan setiausaha agung PKR dan ketua cabang Penampang, Darell Leiking.

Kesemua mereka berada dalam majlis presiden khas yang ditubuhkan awal tahun ini.

Anggota lain dalam pasukan itu ialah bekas pemimpin BN dan bekas timbalan menteri persekutuan Datuk Kalakau Untol dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Roland Chia.

Seorang anggota parti memberitahu The Malaysian Insider, anggota pasukan itu akan bertemu hari ini untuk melantik pengerusinya sebelum diadakan perbincangan mengenai penggabungan.

Kata sumber itu lagi, apabila persetujuan dicapai dalam Pakatan Rakyat Sabah, perundingan dengan SAPP akan dimulakan.

Bagaimanapun, jika pilihan raya negeri Sarawak April lalu diambil kira sebagai petanda, kerjasama politik sedemikian boleh berubah rumit ekoran perselisihan pandangan antara Pakatan Rakyat dari Semenanjung dan SAPP, yang memperjuangkan autonomi bagi Sabah.

Yong didakwa sudah melenting berhubung cadangan tersebut ekoran satu pandangan penasihat DAP Lim Kit Siang minggu lalu bahawa parti itu sewajarnya membentuk pakatan formal dan bukan hanya persahabatan politik.

Ketika dihubungi, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mempertahankan pandangan Lim dengan berkata, apa yang diperkatakan itu tidak dikeluarkan dengan niat jahat.

SAPP, kata Wong, mesti menjadi “adik kandung” Pakatan Rakyat, bukannya hanya rakan atau saudara kepada perikatan itu.

Meskipun adanya pertengkaran kecil itu, kedua-dua DAP dan PKR secara terbuka memperlihatkan hasrat mereka dan kesegeraan untuk bergerak ke arah itu sementara SAPP kekal tidak komited setakat ini.

Ketika dihubungi hujung minggu lalu, Ketua Penerangan SAPP Chong Pitt Fah juga mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa partinya juga telah membentuk jawatankuasa perundingan untuk membincangkan soal penggabungan.

“Kami sudah membentuk jawatankuasa kami tetapi tidak mengadakan sebarang perundingan,” katanya.

Beliau juga yakin bahawa pakatan PKR-DAP-PAS-SAPP tidak akan berakhir seperti yang disaksikan di Sarawak antara Pakatan Rakyat dan SNAP. -Masdarwahid

42 comments:
Write comments
  1. kita lihat sahaja samada SAPP akan bekerjsama dgn pakatan atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Kerjasama sukar dicapai jika mempunyai matlamat yang berlainan.

    ReplyDelete
  3. Mampukah SAPP bergerak sendirian? Adakah PR ini benar2 mahu membantu rakyat Sabah atau sekadar ingin mendapat kemenangan berganda agar dapat menjadi kerajaan persekutuan? Renung2 kan.

    ReplyDelete
  4. Tunggu dan lihat bagaimana percaturan politik mereka nanti.

    ReplyDelete
  5. sukar untuk pakatan dan Sapp untuk bekerjasama kerana mereka seperti tidak sehaluan.

    ReplyDelete
  6. jika masing-masing mempunyai agenda sendiri, adalah lebih baik mereka bergerak sendiri saja.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin PR dari Malaya kurang memahami situasi rakyat Sabah. Bagaimana rakyat di sini mahu menerima mereka?

    ReplyDelete
  8. Mungkin lebih baik SAPP bergerak sendiri.

    ReplyDelete
  9. SAPP mungkin hanya bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan tapi mereka masih belum bersepakatan untuk menjadi ahli Pakatan.

    ReplyDelete
  10. Just wait and see what the outcome regarding this matter.

    ReplyDelete
  11. Gandingan yang mantap ka ni

    ReplyDelete
  12. Bunyi macam hebat je ni. Apakah kesudahan rundingan tersebut

    ReplyDelete
  13. Apa gimik seterusnya nie.

    ReplyDelete
  14. Ikhlas ke tak nak tolong rakyat Sabah. Jangan angin ribut je tapi habuk pun takda.

    ReplyDelete
  15. SAPP dan Pakatan dilihat mempunyai agenda berlainan, mereka sesuai ke nak bekerjsama ni.

    ReplyDelete
  16. Saya takut jika kerjasama ini hanya akan mengundang malapetaka kepada kedua2 parti.

    ReplyDelete
  17. Tapi apapun itu sudah pilihan yang matang oleh mereka ..... Rakyat kena pintar untuk membuat pilihan.

    ReplyDelete
  18. Terpulang kepada Pakatan ingin masuk perangkap SAPP atau tidak.

    ReplyDelete
  19. SAPP memang terkenal dengan Yong Teck Lee, seoarang yang hanya tahu bercakap tapi tidak ada tidakan susulan.

    ReplyDelete
  20. SAPP perlu mencapai majoriti kata sepakat daripada ahlinya jika benar2 ingin bekerjasama mahupun bergabung dengan parti dalam Pakatan.

    ReplyDelete
  21. SAPP dulu cakap tidak boleh pakai parti semenanjung..sekarang mahu kerjasama pula..

    ReplyDelete
  22. adakah kerjasama yang dimaksudkan adalah untuk survival politik SAPP?

    ReplyDelete
  23. yang pasti siapa yang dapat kerusi di sabah dan sarawak maka dia yang akan menjadi kerajaan..

    ReplyDelete
  24. PKR lebih dilihat mahu mempergunakan SAPP untuk merampas pentadbiran negara..adakah SAPP sanggup menjadi alat politik PKR?

    ReplyDelete
  25. kita lihat sama ada SAPP akan bekerjasama dengan pakatan.

    ReplyDelete
  26. I don't think it will work out for SAPP and Pakatan if they were to join forces.

    ReplyDelete
  27. setiap kali pilihanraya, Pakatan tidak terlepas berhadapan dengan masalah perebutan kerusi. entah bagaimana pula jika gabuangan itu disertai oleh SAPP..

    ReplyDelete
  28. Bukan SAPP tapi DAP yang akan perangkap PAKATAN sendiri. Jadi berhati-hatilah kepada PKR dan PAS.

    ReplyDelete
  29. Apa yang SAPP ada mahu perangkap PAKATAN?SAPP hanya parti kecil mahu memerangkap parti PAKATAN(PKR, DAP dan PAS)yang besar ini. Bijakkah presiden SAPP YTL?

    ReplyDelete
  30. Tidak tahulah, motif kedua-dua parti sangat mencurigakan. Baik tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  31. Saya rasa mereka tidak akan bergabung.

    ReplyDelete
  32. Entahlah, jap baik jap tak.

    ReplyDelete
  33. SAPP and PR will not be together.

    ReplyDelete
  34. Bagi saya, mereka ini bagaikan bom yang akan meletup je.

    ReplyDelete
  35. 朝野政党不是应该要互相容忍的吗?

    ReplyDelete
  36. Semakin hebat pertengkaran antara SAPP dan PR, semakin menguntungkan BN pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  37. Sama-sama ada agenda sendiri, macamana nak bekerjasama?

    ReplyDelete
  38. SAPP tidak akan menyertai PR. Ada udang disebalik batu. Pada PRU 13,andainya SAPP menang beberapa kerusi walau 3 atau 4 kerusi, kerusi BN dan PR tidak jauh beza, maka SAPP akan jadi 'king maker'.

    ReplyDelete
  39. Persengketaan antara SAPP dan PR tidak akan reda selagi masing-masing tidak berganja dari pegangan.

    ReplyDelete
  40. Kalau ada lawan tiga penjuru lagi pada PRU akan datang, kemenangan berpihak pada BN. Itu sudah pasti.

    ReplyDelete
  41. Duduk semeja dan runding. Takan tu pun tak boleh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.