Tuesday, June 7, 2011

Pasangan Suami Isteri Ketagih Gam

aaaPolis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim memeriksa sepasang suami isteri berusia 17 dan 19 tahun dalam keadaan khayal di tempat permainan Taman Kemuning kira-kira jam 11.30, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, sebelum ini pasangan itu pernah ditemui di jirat Cina di Taman Cendana kerana menghidu gam.

Ketika disoal siasat dijalankan, pasangan lelaki menyatakan dia masih menganggur dan berhadapan dengan masalah keluarga.

“Pasangan lelaki menyatakan dia sudah bernikah sejak tiga bulan lalu. Dari soal siasat dibuat, pasangan itu pernah ditangkap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) dalam beberapa serbuan dibuat.

“Selain itu, pasangan lelaki pernah menerima hukuman penjara terhadap kesalahan khalwat dilakukan bersama pasangannya sebelum ini,” katanya

Menurutnya, polis memberi nasihat dan meminta pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan itu di masa akan datang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sukar untuk seseorang yang terlibat dalam masalah penagihan gam meninggalkan tabiat buruk berkenaan.

“Mereka tidak sedar menghidu gam akan mendatangkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, keluarga seharusnya menasihati pasangan ini supaya tidak terlibat gejala seperti ini,” katanya.

Peguatkuasa PADK, Mohd Amer Dahari berkata, beliau pernah menerima aduan dari orang ramai mengenai pasangan itu di sekitar Kulim.

Menurutnya, sebelum ini pasangan itu ditemui tidur berpelukan di Padang Kulim.

“Saya percaya pasangan ini bermasalah.

“Mereka perlu ditarbiahkan untuk memastikan kehidupan lebih teratur. Penglibatan semua masyarakat penting dalam membentuk pasangan ini ke jalan yang benar,” katanya. -SH

8 comments:
Write comments
  1. Sukar untuk berpatah balik apabila sudah terjebak. Pasangan ini perlu dirawat dan menjalani sesi kaunseling. Keluarga mereka juga harus ambil peranan untuk membantu memulihkan anak2 mereka ini.

    ReplyDelete
  2. This married couple surely has problem! They need help.

    ReplyDelete
  3. pasangan ini perlu dibantu untuk pulih.

    ReplyDelete
  4. pasangan remaja ni sepatutnya masih di bawah penjagaan ibubapa. mereka tidak boleh dibiarkan begitu saja.

    ReplyDelete
  5. pasangan ini memang bermasalah. mereka perlu dirawat agar pulih dari ketagihan gam..

    ReplyDelete
  6. Tidak ada undang-undang lagi kepada pesalah menghisap GAM. Harap adalah undang-undang nanti supaya penagih dapat ditangani.

    ReplyDelete
  7. masukkan saja ke pusat pemulihan dan asingkan pasangan ini sehingga mereka benar2 pulih dan mampu berdikari..

    ReplyDelete
  8. Mereka patut dihantar ke pusat pemulihan supaya memberhentikan ketagihan mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.