Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno Barisan Nasional selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.
"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
"Jadi kalau mereka (Umno) buka pintu untuk kita berunding dan bekerjasama, memang tak adalah. Kita memang bersama Pakatan Rakyat. Hubungan individu dengan pemimpin Umno, hubungan peribadi, itu biasalah, kita sesama Islam. Tetapi dalam politik, kerjasama tidak. Kita bersama Pakatan Rakyat,” tegas beliau lagi.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa pintu Umno masih terbuka kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Malah kenyataan Muhyiddin itu turut disokong ketua penerangan parti itu, Datuk Ahmad Maslan yang mengajak PAS melupakan memori silam antara kedua-dua parti itu.
"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya, yang dipetik dari Mstar Online.
Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977. -tvsnews
Tuesday, June 7, 2011
Mustahil PAS Kembali Bersama Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan tetapi tidak ada salahnya juga kalau PAS menjalin kerjasama dengan Umno Barisan Nasional.
ReplyDeleteTidak salah jika PAS bekerjasama dengan Umno BN.
ReplyDelete'Musuh politik, bukan musuh peribadi.'
ReplyDeleteBaguslah kalau fikir begitu. Profesional.
PAS dan UMNO berlainan agenda, mgkin mereka mmg tak boleh bekerjasama.
ReplyDeleteterserah kepada mereka sama ada ingin bekerjasama atau tidak.
ReplyDeletePAS telah disingkirkan dari BN apabila berlaku krisis politik Kelantan 1977. ini disebabkan sikap PAS sendiri dan bukan kerana BN membenci PAS.
ReplyDeletesekarang terserah kepada PAS samada menerima atau tidak ajakan BN untuk bekerjasama. mungkin PAS mempunyai alasannya yang tersendiri kenapa PAS mustahil untuk bekerjasama dengan BN lagi.
ReplyDeleteRasanya memang PAS tidak akan berkerjasama dengan UMNO. PAS lebih berminat dalam Pakatan Rakyat untuk mengulingkan kerajaan UMNO.
ReplyDeleteMemang satu yang mustahil, tapi jika ingin berjuang bersama saya rasa tidak ada masalah untuk itu.
ReplyDeleteSatu kegembiraan juga jika semuanya bersatu.
ReplyDeletemenjalinkan kerjasama atau tidak, tidaklah membawa impak yang besar kepada parti pemerintah. terpulang lah dengan PAS.. tapi tidak ada pula mana2 kenyataan pemimpin umno yang beriya2 mahu berkerjasama dengan PAS.
ReplyDeleteItu terpulang dengan pas mahu bersama UMNO atau tidak. Keputusan adalah ditangan pas itu sendiri.
ReplyDeleteTerpulanglah kepada PAS sama ada akan memilih untuk bersama Umno ataupun tidak.
ReplyDeleteApapapun, kita tunggulah dan lihat.
ReplyDelete