Selepas ditaburkan di sebahagian besar di kampung-kampung Melayu, Cina dan India di kebanyakan tempat di Selangor, video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diedarkan pula di Terengganu.
Sasarannya adalah di beberapa kawasan yang dijangka akan ditandingi oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Cabang PKR Dungun Abdul Rahman Yusof berkata video seks tersebut diletakkan berdekatan tandas di beberapa stesyen minyak di kawasan Felda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
"Semuanya diletakkan dekat tandas stesen minyak petrol dengan jumlah 20 keping. Ia diletakkan di dalam sampul surat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurutnya, beliau menerima aduan penyebaran itu daripada penduduk sekitar Durian Mas dalam parlimen Dungun dan Bukit Bading dalam parlimen Hulu Terengganu yang memaklumkan perkara itu kepadanya semalam.
Beliau berkata video itu turut tersebar di bebarapa lagi kawasan di Bukit Besi (Dungun), Jerangau (Hulu Terengganu), Chalok (Setiu) dan Cheneh (Kemaman).
Ditanya sama ada terdapat aduan daripada ketua-ketua kampung berhubung penyebaran video tersebut, Abdul Rahman berkata setakat ini belum.
"Kita sedang memantau (penyebarannya). Kita meminta siapa yang menjumpainya membuat laporan polis," katanya.
Beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks tersebut dalam masa beberapa hari lagi. -MK
Wednesday, June 8, 2011
Video seks kini ditabur di Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
video tersebut tak patut disebarkan sedemikian. perlu disiasat siapa yang menyebarkannya.
ReplyDeletePerlukah menggunakan cara ini demi menjatuhkan maruah seseorang?
ReplyDeleteSiasat perkara ini dan ambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan video ini. Perbuatan ini tidak senonoh.
ReplyDeletemereka yang menyebarkan video tersebut perlu dikenakan tindakan.
ReplyDeletesemua ni sebab pilihan raya dah semakin dekat..biasalah strategi2 politik
ReplyDeletetidak hairan politik sekarang ni tidak bersih. sentiasa gunakan isu-isu negatif untuk jatuhkan pihak lawan.
ReplyDeletePasal ini lagi. Boring. Sekarang ni era politik kotor.
ReplyDeleteSudah disebar ke terengganu pula.
ReplyDeleteKita harap tidak ada pihak lain menyalahkan orang lain tanpa bukti kukuh. Mungkin mereka saja melakukan semua ini bagi melemahkan pihak yang tidak bersalah seperti BN. Mereka menjangkakan bahwa rakyat akan marah dengan BN jika melakukan penyebaran dan berpaling kepada parti lain. Itu antara motif yang penyebaran ini.
ReplyDeletejangan hanya setakat bercadang.. terus buat laporan polis. kita minta pihak polis siasat siapa yang bertanggungjawab menyebarkan video ini.
ReplyDeleteWhat's the point of spreading the sex video?? doesn't give any benefit to the people. People already know about the sex video.. so just see what decision will the people make when ge13 comes.
ReplyDeleteNeway i hope the police is able to find the person who been spreading this sex video.
ReplyDeletetak habis-habis kes video ni...harap-harap orang yang bertanggungjawab menyebarkan video ini tertangkap jua nanti.
ReplyDeletemungkinkah pelakon-pelakon dalam video ini dibayar dengan lumayan sekali atau dipaksa?
ReplyDelete