Niat seorang warga emas untuk membeli-belah di sebuah kompleks komersial terkenal di sini, Sabtu lalu, terbantut apabila mendakwa dihalau keluar oleh pengawal keselamatan yang mengesyakinya ingin mencuri gara-gara berlegar hampir sejam di situ.
Lee Lai, 55, ketika ditemui di Balai Berita di sini, kecewa dan malu apabila pengawal keselamatan terbabit meninggikan suara serta menepis topi dipakainya, selain peristiwa berkenaan diperhatikan pengunjung lain.
Katanya, sempena cuti umum dan hujung minggu, dia keluar sendirian dan memasuki pusat beli-belah terbabit untuk mencari barang keperluan kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Ketika membelek-belek harga barang, Lee dikejutkan dengan pertanyaan kasar pengawal terbabit yang menanyakan apa yang dia lakukan selama hampir sejam di pusat beli-belah itu.
“Saya terkejut apabila pengawal terbabit mengaku mengekori saya sejak masuk ke pusat beli-belah itu.
“Lebih mengejutkan, dia (pengawal) menyatakan peraturan pusat beli-belah itu tidak membenarkan pelanggan berada terlalu lama di dalam premis.
“Saya yakin dia menganggap saya ingin mencuri barangan di situ sedangkan ia sebaliknya,” dakwanya.
Katanya, selepas bertelagah hampir beberapa minit, lelaki terbabit mengugut akan menghalaunya keluar jika masih berdegil.
Menurutnya, dia meminta pengawal terbabit menyelesaikan masalah berkenaan di pejabat, selain ingin membuat aduan kepada pihak pengurusan, tetapi lelaki itu enggan dan menjerit menghalaunya keluar.
Akibat tidak tahan apabila disyaki mencuri, Lee menanggalkan jaketnya untuk membuktikan tiada barang diambil, namun pengawal terbabit tidak puas hati.
Dia kemudian pergi ke pejabat pengurusan untuk membuat aduan sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields, semalam.
Sementara itu, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memohon maaf kepada pelanggan berkenaan dan mengakui perkara itu terjadi akibat salah faham pengawal terbabit. -hm
Wednesday, June 8, 2011
Berjalan-jalan "Window Shopping" Pun Kena Usir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengawal keselamatan tidak sepatutnya bertindak melulu sehingga memalukan pelanggan. Apatah lagi seorang warga emas.
ReplyDeletetak ada salahnya pelanggan berada terlalu lama di premis.
ReplyDeleteMungkin warga emas itu kelihatan mencurigakan tetapi bukan begini caranya menjalankan tugas. Beradablah.
ReplyDeleteTidak cun tu security. Bukan pencuri kena tangkap, mungkin kalo pencuri terlepas la pla.
ReplyDeletepengawal itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian sehingga boleh memalukan warga emas terbabit.
ReplyDeletebiasanya pekerja di kedai yang selalu memperhati dan mengekori pelanggan. ini pengawal keselamatan pula..mungkin sebab warga emas tu berada terlalu lama di kedai tersebut ditambahkan lagi dia memakai topi dan jaket seperti itu jadi pengawal keselamatan tu pun syak sesuatu.
ReplyDeleteTeruknya melayan warga emas seperti itu. Kompleks apa itu, kita boikot.
ReplyDeletePengawal tersebut terlalu mengikut perasaan, pusat membeli belah itu patut mengambil tindakan terhadapnya.
ReplyDeletesekadar memohon maaf cukupkah untuk mengembalikan maruah warga emas itu? jika saya ditempat beliau betapa malunya saya diperlakukan seperti itu. bila masa pula wujud peraturan di pusat membeli belah supaya tidak boleh berada lama dikawasan itu? baik tidak payah berniaga..
ReplyDeleteIni bukan salah pengawal itu. Tapi kerana syarat pusat beli belah itu yang membuat pengawal terpaksa melakukannya.
ReplyDeleteThat is not the way to treat senior citizen!
ReplyDeleteini dah melampaulah..
ReplyDelete