Saturday, June 11, 2011

Wakil PKR Diminta Kutip Dana Untuk PRU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQK6nDKxGv-GZxrVxfsMpGbjSErSAc1xH4sqteTwCa-weVzrYfaJyST_sGimYirfpfVEAVKQNtVFqj9-j5wTWV7XuD2y_rZ_jLaLf8ALRLh3juBln7c-zVVo6hSqImyUmPWFfHduNoYIdD/s400/LogoPKR2.jpgWakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor diminta mendapatkan derma sekurang-kurangnya RM2 juta daripada orang ramai sebelum menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

PKR negeri mengarahkan ahli DUN eksekutif untuk mengutip RM50,000 seorang manakala Ahli Parlimen perlu mengutip sekurang-kurangnya RM22,000 seorang.

Anggota DUN perlu mengumpulkan RM30,000 seorang dan ahli Majlis Perbandaran disyaratkan mendapatkan RM20,000 seorang.

Bendahari parti peringkat negeri telah mengemukakan lebih 1,500 "sijil-sijil penghargaan" kepada Menteri Besar, lapan Ahli Parlimen, empat DUN eksekutif, lapan DUN dan kira-kira 80 ahli Majlis Perbandaran.

Tandatangan Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan bendahari, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew tertera pada sijil-sijil penghargaan atas sumbangan derma sebanyak RM500, RM1,000, RM2,000 dan RM3,000.

Dr Tan memberitahu, ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengumpulkan derma untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Kami memperkenalkan sistem pensijilan ini supaya penderma diberi jaminan bahawa sumbangan mereka disalurkan kepada parti dan bukannya poket sembarang individu."

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa penderma berkemungkinan menuntut pembalasan setimpal pada masa depan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya kelak kerana mereka boleh menggunakan sijil tersebut sebagai bukti derma.

"Saya percaya ini adalah cubaan untuk mensabotaj sistem kutipan derma yang sama seperti sistem diamalkan parti-parti politik di Amerika Syarikat.

"Badan-badan korporat enggan menderma kepada kami. Oleh itu, kami perlu bergantung kepada sumbangan orang ramai dan syarikat-syarikat kecil," katanya.

Dr Tan juga menegaskan, usaha kutipan derma dijalankan atas dasar sukarela.

Beliau diminta mengulas mengenai segelintir wakil yang tidak berpuas hati dengan arahan parti tersebut sekali gus menyifatkan mereka dipaksa untuk mengutip derma daripada orang ramai.

Seorang wakil mendakwa sesetengah ahli Majlis Perbandaran memaksa kontraktor-kontraktor untuk memberikan sumbangan derma sekiranya ingin membida sesuatu projek. -Mstar

13 comments:
Write comments
  1. Selepas menang PRU, PR juga perlu mengutip lebih banyak dana daripada orang ramai kerana PR tiada duit untuk memimpin sebuah negara.

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak memerintah sebuah negara jika dana tidak cukup? Sedangkan kerajaan sekarang yang sudah lama memerintah pun dihentam kerana isu kenaikan harga, inikan lagi jika kerajaan bertukar tangan. Fikir2 kan lah.

    ReplyDelete
  3. "Seorang wakil mendakwa sesetengah ahli Majlis Perbandaran memaksa kontraktor-kontraktor untuk memberikan sumbangan derma sekiranya ingin membida sesuatu projek."

    Dan perkara ini akan berlanjutan sehingga membebankan kontraktor2.

    ReplyDelete
  4. rakyat susah dan kini PR meminta derma daripada rakyat pula..

    ReplyDelete
  5. kalau menderma tu haruslah ikhlas. tak perlu menuntut pembalasan. yang penting, samada BN atau PR yang memerintah, hak dan kepentingan rakyat akan sentiasa terjaga.

    ReplyDelete
  6. Ingin mendapatkan derma, aktiviti ini hanya akan memberi gambaran yang buruk.

    ReplyDelete
  7. Namun begitu, beri peluang kepada PKR. Rakyat kena bijak memilih siapa yang layak untuk memerintah.

    ReplyDelete
  8. belumpun memerintah tapi sudah bertindak menyusahkan rakyat.. dia yang mahu bepolitik, orang lain pula yang susuh.. pemimpin2 dia hidup mewah tapi minta duit dengan rakyat..

    ReplyDelete
  9. dana untuk pilihanraya pun nak minta daripada rakyat ke?

    ReplyDelete
  10. How do we expect PKR to lead the country if they are asking money from the people??

    ReplyDelete
  11. Asking money from the people is first sign that PKR is not capable in leading the people but its up to the people to decide whether they are willing to "donate" money to them.

    ReplyDelete
  12. When GE13 comes, people must vote wisely. Think twice before voting that particular party.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya PKR memerlukan dana yang lebih untuk PRU13 ini bagi memastikan kemenangan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.