HARI ini satu lagi fenomena perubahan apabila penduduk setempat di Tenom, sekali lagi beramai-ramai mengalihkan fahaman politik mereka daripada UMNO kepada PKR. Mereka yang hadir datang menyerahkan borang keanggotaan mereka di Pejabat Ketua Ranting Kg Sinalaung, Ulu Tomani, Kamiang Tumuh.
Paluan ‘Kulingtangan’, suatu penghormatan adat Murut menyambut ketibaan Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman, bagaikan menyatakan semaraknya semangat mereka untuk berjuang di bawah panji-panji PKR. Aura semangat mereka dapat di rasakan begitu membahang dan berkobar-kobar.
Dalam ucapan penghargaan Ketua Cabang, beliau menyatakan rasa bangga dengan semangat penduduk kampung yang ingin berubah dan bagi pihak Cabang PKR Tenom, Pakatan Rakyat berjanji akan membela nasib rakyat pedalaman yang gagal mendapat pembelaan daripada Wakil Rakyat UMNO/BN selama mereka menjadi Wakil Rakyat.
Menurut Halik, beliau merasa sedih dengan nasib penduduk pedalaman. Dengan kenaikan harga petrol, menandakan berlaku juga kenaikan harga barangan serta meninggikan lagi indeks kos sara hidup rakyat Sabah yang sukar ditangani oleh Kerajaan boneka UMNO/BN itu.
Bagi penduduk kampung di pedalaman, kenaikan kos sara hidup ini merupakan suatu bebanan bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan di tambah lagi berpendapatan yamg amat rendah.
"PKR mempunyai strategi dan manifesto yang baik bagi merakyatkan ekonomi selaras dengan hala tuju PKR yang mengutamakan pembelaan nasib rakyat jelata. Rakyat Sabah terutama di pedalaman mesti berani melakukan perubahan dalam PRU13 nanti,” kata Halik lagi.
Ucapan Ketua Cabang disambut dengan sorakan dan laungan ‘Lawan Tetap Sampai Menang’.
Mengulas mengenai seramai 68 orang ahli UMNO Tenom secara suka rela memohon untuk menyertai PKR Cabang Tenom, Setiausaha Cabang Tenom, Misery Raisimin berkata, pihaknya hanya menerima kemasukan 68 orang ahli UMNO, tidak mahu membohongi diri sendiri seperti Mantan Timbalan Ketua Cabang PKR, Lampag Kurais, yang telah memperdaya pemimpin UMNO kerana hanya 8 orang sahaja yang menyertai UMNO dikatakan 250 orang.
"Kami jujur dalam menyatakan angka kemasukan ahli UMNO ke dalam PKR. Kami tidak pernah berbohong kepada rakyat. Pemimpin UMNO mungkin tidak mempercayainya, tapi dari gambar yang disiarkan ini," kata Misery.
Oleh : MEDIA PKR
Saturday, June 11, 2011
Berbohong : Media PKR atau Media UMNO?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
samada media UMNO tau PKR, masing2 kena jujur dalam menyampaikan maklumat, kerana rakyat tau menilai mana yang benar dan silap.
ReplyDeleteNo matter which media they people chose to read, they must judge it with their own logic.
ReplyDeleteDon't just simply believe.
ReplyDeletejangan percaya sesuatu maklumat yang disampaikan selagi belum disahkan.
ReplyDeletependuduk kampung patut tanya Halik bolehkah PKR menurunkan serta mengekalkan harga barang2 tersebut selama2nya?? jawapan beliau sudah tentu 'tidak'..
ReplyDeleteSenang saja mahu cakap2, ingat kalau PKR memerintah sekalipun tidak akan ada kenaikan harga barang etc?
ReplyDeletemenukar keanggotaan dari satu parti ke parti yang lain adalah perkara biasa dan hak rakyat. mereka tahu menilai sendiri siapa yang lebih mengutamakan rakyat.
ReplyDeleteBalik2 isu yang sama saja mahu dihentam. Kalau harga pasaran dunia naik, kerajaan pula kasi turun harga dan tanggung semua kos? Lepas tu nanti kerajaan pokai, rakyat mahu komplen2 lagi kerajaan itulah inilah..
ReplyDeleteneji, betul tu..PKR tidak akan rasa bagaimana keadaannya berada pada tempat BN sekarang. mungkin PKR pun akan lakukan perkara yang sama jika mereka yang memerintah.
ReplyDeleteApa mau jadikan ini satu berita? Tiada lagi cerita lainkah? Lompat sini lompat sana, tak boringkah?
ReplyDeleteJika mereka berpendirian teguh, pekara begini tidak mungkin berlaku.
ReplyDeleteLagi berita katak melompat. Jangan membazir ruang sini dengan memaparkan kegiatan katak melompat.
ReplyDeleteHayat politik mereka cuma melompat dari parti ini ke parti sana.
ReplyDeleteTidak lama kemudian, mereka sudah jadi bekas ahli semua parti politik di Malaysia.
Jangan peduli dengan mereka. Lagi kita pandang dia orang, berlagak lagi dia orang itu.
ReplyDeleteLucu saya baca berita si Lampag ini dua kali menyerah borang penyertaan parti beliau. Tidak malukah?
ReplyDelete"..Pakatan Rakyat berjanji akan membela nasib rakyat pedalaman yang gagal mendapat pembelaan daripada Wakil Rakyat UMNO/BN selama mereka menjadi Wakil Rakyat."
ReplyDeletejanji terang bulan juga ni..
people doesn't care the number of the members..what the people care is how many people's issues such as low wages, high goods price has been solve?
ReplyDeletemana2 media pun rakyat tidak boleh percaya 100%..
ReplyDeletemana2 parti politik pun sama saja..suka berjanji terang bulan..
ReplyDeleteTenom lagi. PKR kununnya aktif di Tenom. Apa pun kita tunggu saja. Media mana yang benar dalam hal ini.
ReplyDelete