Tuesday, June 14, 2011

Wujud Ancaman Godam Laman Web Kerajaan

http://images.mylot.com/userImages/images/postphotos/2391375.pngPemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan, www.malaysia.gov.my.

Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.

Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.

"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.

Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweet memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.

Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.

Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu. -Mstar

18 comments:
Write comments
  1. Kebebasan manusia ada hadnya. Kita ada undang2... Secara logiknya manusia jika tidak ada undang2 untuk menyekat segala perbuatan mereka maka kacau bilau lah hidup kita semua....bukan kah begitu?

    ReplyDelete
  2. Jangan fikirkan tentang diri sendiri sahaja tetapi fikirkan lah tentang orang lain.

    ReplyDelete
  3. Hope that the government will make the right decision regarding censorship.

    ReplyDelete
  4. ni apa pula tujuan mereka lakukannya?

    ReplyDelete
  5. diharap ancaman siber ni dapat ditangani dengan baik.

    ReplyDelete
  6. harap pekara ini akan dapat diuruskan dengan baik.

    ReplyDelete
  7. kalau yakin penggodam ini dipihak yang benar, kenapa tidak bawa perkara ini kemahkamah? biar mahkamah yang tentukan mana satu pihak yang benar..

    ReplyDelete
  8. Terlalu diberi kebebasan pun susah, kebebasan disekat pun susah. Tepuk dada, tanya selera.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan harus pandang serius mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  10. harap kerajaan dpt hadapi ancaman ini .

    ReplyDelete
  11. Cabaran pakar kerajaan vs pengodam ini pasti kita nak lihat apakah Malaysia mempunyai pakar bersaing sebenarnya ini adalah sihat kita nak tau juga kehebatan Malaysia sebab Kalau sebut Indonisia seluruh dunia dah tau kepakaran mereka so let see what happen|

    ReplyDelete
  12. Satu lagi cabaran yang dihadapi kerajaan. Perbuatan ini akan menjejaskan proses pentadbiran harian kerajaan.
    Tidak patut berbuat demikian.

    ReplyDelete
  13. Siapa mereka ini yang berani mengugut kerajaan?

    ReplyDelete
  14. Web kegemaran mereka kena sekat, tentulah panas hati mereka.

    ReplyDelete
  15. Tindakan kerajaan adalah untuk mempertahankan kepentingan pihak yang telah menabuh usaha atas karya mereka. Mereka berhak menikmati pulangan dari usaha mereka.
    Laman tersebut telah menjejaskan hasil yang merka patut dapat.

    ReplyDelete
  16. Berapakah laman yang mampu disekat Kerajaan?
    Beratus juta laman dalam internet, satu disekat, barangkali sepuluh lagi yang serupa diwujudkan.

    ReplyDelete
  17. Kerajaan ampu menangani ancaman ini. Kerajaan boleh mengupah pakar-pakar untuk menyelesaikan pengodaman dari hackers ini.

    ReplyDelete
  18. Bersedia saja diharapkan kepada CyberSecurity Malaysia dengan pengodam tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.