Tuesday, June 14, 2011

Guna rahim ibu sendiri untuk cuba hamil

STOCKHOLM: Seorang guru muda biologi bakal menggunakan rahim ibu sendiri dalam usahanya mendapat zuriat, lapor media semalam.
Dilahirkan tanpa rahim secara semula jadi, jika pembedahan itu berjaya, bermakna Sara Ottosson, 25, akan hamil menggunakan rahim yang pernah mengandungkannya selama sembilan bulan satu ketika dulu.

Ibu Sara, Eva Ottosson, 56, bersetuju menjalani prosedur yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Eva - seorang ahli perniagaan berpangkalan di dari Nottingham - bakal mencatat nama sebagai wanita pertama memindahkan rahim kepada anak perempuan sendiri.

Kata Sara, dia tidak memikirkan implikasi daripada keputusan mengambil rahim yang pernah menempatkannya ketika janin dulu.

“Saya seorang guru biologi dan rahim itu sama seperti rahim lain.

“Ibu saya pernah bertanya: Tidakkah prosedur ini aneh? “Saya tidak menganggapnya aneh,” katanya.

Menurut Sara, dia lebih bimbangkan Eva kerana perlu menjalani pembedahan besar. - DM

* Gambar hanya hiasan sahaja

http://penjualcendol.blogspot.com

9 comments:
Write comments
  1. bukankah berisiko besar untuk lakukan pemindahan rahim?

    ReplyDelete
  2. This is the first time I heard of this.

    ReplyDelete
  3. tidak semua orang sanggup melakukan pekara seperti ini.

    ReplyDelete
  4. Kalo ibu tumpang mungkin sudah banyak kali dengar tapi pemindahan rahim, pertamakan kali dengar.

    ReplyDelete
  5. saya harap kedua2 mereka selamat melalui sepanjang proses pembedahan ini..

    ReplyDelete
  6. belum pernah orang melakukan pemindahan rahm, risikonya amat tinggi, semoga pemindahan ini berjaya dan kedua mereka selamat.

    ReplyDelete
  7. Inilah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya.

    ReplyDelete
  8. Satu percubaan yang berani.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.