Monday, August 1, 2011

Ideologi songsang graduan IPTA

Seorang graduan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ditahan pihak berkuasa tahun lalu dipercayai telah menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan ideologi Salafiah Jihadiah bagi merekrut anggota militan baharu.

Dia yang merupakan Ketua Sel Tandzim al-Qaeda Asia Tenggara, Jemaah Islamiah (JI) telah mengendalikan enam buah blog, 37 artikel dan 35 audio (MP3) dalam usaha menyebarkan dakyah militan.

Sumber keselamatan memberitahu, blog pertama yang dibina oleh pelajar tersebut adalah Khattab Media Publication pada 12 Mei 2008.

“Isu-isu yang dibincangkan dalam blog itu menjurus kepada kewajipan untuk berjihad di Selatan Thailand.

“Tulisan itu juga menyeru agar Kerajaan Malaysia dan lain-lain negara Islam yang didakwa sekular dan pengamal bidaah digulingkan,” kata sumber itu ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang disiarkan dalam blog Khattab Media, graduan berkenaan yang berumur 28 tahun yang juga merupakan ahli Majlis Syura Mujahidin mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan iaitu ‘Operasi Taubah’ untuk menggulingkan kerajaan Sekular Islam di negara-negara di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Memetik laman web http://mp3 jihad.blogspot.com, terdapat beberapa koleksi kuliah jihad, syarahan hadis-hadis pilihan dan syarahan surah At-Tawbah dalam format MP3 yang disampaikan sendiri oleh graduan berkenaan. -Kosmo

13 comments:
Write comments
  1. usaha untuk menyebarkan dakyah militan melalui internet@blog harus disekat.

    ReplyDelete
  2. dakyah militan harus kita sekat, ini demi keselamatan negara.

    ReplyDelete
  3. Graduan IPTA seharusnya menggunakan kepintarannya untuk kebaikan masyarakat dan negara.bukan untuk menyebarkan ideologi yang boleh merosakkan dan mengancam keselamatan.

    ReplyDelete
  4. benarkah ini? jika benar graduan itu mennyebarkan ideologi yang tidak baik, ianya harus disekat.

    ReplyDelete
  5. Harap penyiasiatan lanjut akan dijalankan untuk memastikan kesahihan dakwaan ini.

    ReplyDelete
  6. Selain itu, rakyat sendiri perlulah pandai menilai penulisan seperti ini, jangan mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  7. Belajar tinggi2, tapi nak jadi militan. Ilmu yang ada itu sepatutnya digunakan untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  8. Kegiatan penyebaran ideologi militan ini perlu dipantau selalu.

    ReplyDelete
  9. Berani juga graduan tersebut. Kepada remaja sekalian janganlah menjadi penganas. Itu bukan pilihan yang terbaik untuk berjuang.

    ReplyDelete
  10. kegiatan seperti ini harus disekat untuk keselamatan negara/rakyat.

    ReplyDelete
  11. ini orang yang patut kena tahan dibawah ISA..

    ReplyDelete
  12. Kegiatan penyebaran idealogi militan ini jika tidak disekat dengan pantas akan mendatangkan akibat yang teruk.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.