Friday, August 5, 2011

Kerakyatan Digadai, Laporan Polis Dibuat

PAS Selangor hari ini membuat laporan polis ekoran dakwaan pertukaran rekod lebih 1,000 penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dalam masa satu hari sahaja.

Setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohamad Asri Sapar berkata, selepas memfailkan bantahan rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos, maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertukar keesokan harinya.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, beliau terkejut kerana rekod 1,108 penama itu bertukar menjadi warganegara.

"Saya khuatiri ada pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk memasukkan bukan warganegara sebagai pengundi," laporan polisnya itu dipetik.

Beliau ditemani Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman ketika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam petang ini.

Dalam aduannya, Mohamad Asri, 37, berkata beliau khuatir terdapat unsur subahat di kalangan SPR dan JPN untuk menjayakan "usaha haram" itu.

"Adalah amat membimbangkan sekali bahawa usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya di negara ini malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta kepentingan dan keselamatan negara," katanya.

Mohamad Asri juga menyerahkan senarai 1,108 nama terlibat untuk membantu siasatan pihak polis. -mk

13 comments:
Write comments
  1. laporan dah dibuat, pihak polis kena buat siasatan akan hal ini.

    ReplyDelete
  2. sangat bahaya jika warganegara asing ditukarkan statusnya untuk didaftarkan sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya siasatan dilakukan bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku..

    ReplyDelete
  4. Lakukan siasatan dengan telus. Jangan kerana wang suapan, anda jadi pengkhianat negara.

    ReplyDelete
  5. Nak dekat2 PRU 13 ni, macam2 hal berlaku.

    ReplyDelete
  6. Dakwaan ini haruslah disiasat.

    ReplyDelete
  7. Hanya rakyat saja yang layak mengundi.

    ReplyDelete
  8. Siasat harus dengan teliti dan terperinci

    ReplyDelete
  9. diharap yang berkenaan jangan berdiam diri dengan isu ini perlu diselesaikan dengan segera

    ReplyDelete
  10. Sudah-sudahlah PAS. Jika takut kalah ditempat sendiri maka sentiasalah membantu rakyat dan bukannya cuma tahu membuat aduan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. selepas kes Mismah berjaya dijawab, sekarang mereka mengaku lagi kononnya ada 1000 kes. kalau benar kes ini wujud, dedahkan semuanya. jangan hanya sekadar cakap 'berdasarkan maklumat yang diterima'..

    ReplyDelete
  12. nampaknya BN dah melampau memberikan PATI menentukan siapa kerajaan akan datang dalam PRU 13.Rayat bumiputera terlalai dan anak cicit akan menangung sengsara bergelut dgn anak PATI punya Mykad Biru mungkin anak cucu kita akan jadi kuli dan pelarian masa akan datang.Buatlah keputusan kalian untuk masa hadapan Sabah dan Malaysia am nya.

    ReplyDelete
  13. sebelum mengiyakan tuduhan dari pemimpin2 PAS, selidik dahulu kebenarannya.. jangan anggap semua yang keluar dari mulut pembangkang itu benar.. pembohongan mereka sudah banyak kali didedahkan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.