Tuesday, August 2, 2011

Najib selesai bedah lutut, MB Kedah stabil di IJN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan “arthoscopic” di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.

“Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut,” katanya.

Dr Hasan berkata Perdana Menteri (gambar) telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.

Dalam pada itu kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

“Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

“Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN,” katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan. -TMI

15 comments:
Write comments
  1. Harap PM Najib boleh cepat sembuh dan kembali kepada tanggungjawabnya tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  2. Harap menteri besar juga akan cepat sembuh dan boleh mula bertugas.

    ReplyDelete
  3. semoga kedua mereka cepat sembuh dan dpt kembali bertugas.

    ReplyDelete
  4. Rakyat mendoakan keadaan kesihatan PM dan Menteri Besar beransur pulih.

    ReplyDelete
  5. harap Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Azizan akan cepat pulih dan kembali sihat seperti biasa.

    ReplyDelete
  6. Semoga kedua-dua mereka kembali pulih seperti biasa.

    ReplyDelete
  7. PM Najib bersuka apa ya?

    ReplyDelete
  8. Warmth wishes to the very respect PM and Datuk Seri Azizan.. Get well soon, the country "needed" you to accomplish your tasks for the future of the counrty.

    ReplyDelete
  9. moga2 cepat sembuh, banyak lagi yang kena buat.

    ReplyDelete
  10. Rasanya masih kuat lagi tu untuk turun padang berjumpa rakyat.

    ReplyDelete
  11. Main futsal terus sakit lutut. Susah juga kalau orang kenamaan ini. Sukan lasak tidak sesuai mungkin. Jadi PM perlulah mempunyai rehat yang cukup.

    ReplyDelete
  12. Semoga kedua-dua mereka cepat pulih dan sihat kembali.

    ReplyDelete
  13. Our PM should maintain good health then only can manage the country..

    ReplyDelete
  14. main futsal? ... dah tua kenalah rehat ..

    ReplyDelete
  15. tekanan yang bertubi2 kot..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.