Tuesday, August 2, 2011

Pelajar Dirogol Masa Ponteng Sekolah

MAHANG - Seorang bapa berusia 56 tahun yang dipanggil ke sekolah untuk berjumpa guru anak perempuannya berusia 16 tahun terkejut apabila dimaklumkan anaknya dirogol dua pelajar lelaki. Gambar fail.

Rahsia perlakuan sumbang itu terbongkar apabila mangsa dipanggil seorang guru lelaki untuk membuat pengakuan terhadap kejadian yang berlaku kepada diri mangsa. Bapa mangsa yang kecewa dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Mahang.

Pada hari kejadian, mangsa bersama dua rakan perempuannya mengambil keputusan untuk ponteng sekolah. Mereka turut ditemani tiga pelajar lelaki lain. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk pergi ke sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit.

Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dirogol dua pelajar lelaki berusia 15 tahun di hadapan seorang rakan perempuannya.

Rakan mangsa tidak berbuat apa-apa dan terus merahsiakan tentang kejadian itu. Selepas dirogol, mangsa terus balik ke rumah.

Jurucakap polis berkata, memandangkan mangsa masih di bawah umur, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

14 comments:
Write comments
  1. Itulah, ibu-bapa menghantar kamu pergi sekolah untuk belajar, tapi kamu ponteng pula. Bila terjadi perkara macam ini, siapa yang patut disalahkan? Memanglah ibu-bapa akan kecewa.

    ReplyDelete
  2. perkara ini terjadi atas kebodohan pelajar tu juga. jadikan ini sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
  3. Rogol atau atas kerelaan sendiri? Yang 'pintar' sangat ponteng sekolah dan ikut pelajar lelaki itu apa pasal? Budak2 zaman sekarang lebih advance dan liar. Ibu bapa pun susah mahu kawal mereka.

    ReplyDelete
  4. salah pelajar tu juga. kalau tak ponteng sekolah taklah jadi begitu. ibubapa pun kena selalu beri perhatian pada anak2 dan awasi perubahan tingkah laku mereka.

    ReplyDelete
  5. kes ini harus dijadikan pengajaran..jangan lah terlibat dengan kegiatan yang tidak baik..

    ReplyDelete
  6. Banyak pihak perlu bertanggung jawab jika berlakunya kes sebergini terutama ibu bapa sendiri, puhak sekolah dan juga murid itu sendiri. Murid tersubut yang menjadi rugi utama jika ia tidak menyayangi diri dia sendiri.

    ReplyDelete
  7. ni suka sama suka ni. Perangai teruknya.

    ReplyDelete
  8. Semakin membimbangkan generasi sekarang ini. Perkara sebegini perlulah ditangani sebaiknya bukan saja pihak sekolah malahan ibubapa juga memainkan peranan mereka untuk mendidik.

    ReplyDelete
  9. macam2 perangai dengan generasi muda sekarang..

    ReplyDelete
  10. Inilah masalah pelajar perempuan itu. Dia yang mahu ponteng sekolah, balasanlah ini yang diterima. Kesian ibubapa dia, terdapat anak yang baik.

    ReplyDelete
  11. Perangai sendiri yang menjadikan perkara begini berlaku.

    ReplyDelete
  12. Salah siapa? Salah sendiri pula.....

    ReplyDelete
  13. Hope the girl has already learn her lessons. The teenage boys should be taken under rehab. I can't imagine what would happen to them when they grow up.

    ReplyDelete
  14. kasi rasa tu budak2 macam mana sakitnya hukuman sebat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.